Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Kesayangan dan Ruang Hati

Hati manusia sangat rapuh dan terasing. 
Kalau ia tidak rapuh masakan ada orang yang pendiriannya boleh goyah dengan sesuatu yang sangat kecil.
Hati itu juga, kalau tidak terasing ia akan melumpuhkan pendirian kekar dan tegar seseorang.
Jadi hati itu rapuh, hati itu juga terasing.

Memiliki hati, bererti memiliki perasaan. Dan yang menariknya hati yang rapuh dan terasing itu boleh memuatkan bermacam jenis perasaan. Sayang, suka, terharu, benci, jelik, hina, hampa, dan macam2 lagi.

Tapi cukupkah ruang hati itu? Cukupkah?

Tak pernah cukup gamaknya. Sebab itu ada nafsu. Nafsu itu ada sebab keinginan hati. Dan bagi mereka yang tahu, pandai, terpelajar dan beramal dengan ilmu, mereka tahu bagaimana mengawal hati, sekaligus mengekang nafsu. Tapi bukan semua yang ada hati itu mapu berbuat demikian.

Kesayangan yang timbul dalam hati juga mengeluarkan persoalan yang aneh. Kerap kali tertanya, adakah hati itu mampu menampung setiap rasa sayang yang ada? Sudahlah ruang hati itu dikongsi, rasa sayang pula tak pernah nak menurun. Ruang itu makinn sempit. Makin kurang....

Penyelesaian yang mudah adalah melupakan perasaan yang ada. Menekan diri membiak didalam hati. Ya, melupakan dan melupakan. Manusia yang hidup kepada reputasi Si Pelupa. Manusia lemah yang tak mampu memberi dan menerima. Manusia yang lemah yang berharap dengan melupakan rasa sayang itu, dirinya tidak akn terluka sebab hatinya tiada ruang untuk rasa sayang. untuk membuang rasa sayang yang

Andai sahaja hati, perasaan dan nafsu itu tiada, adakah dunia ini akan jadi kebih senang?




BACA LAGI- Kesayangan dan Ruang Hati

Yellowcard - For You, And Your Denial

Yellowcard - For You, And Your Denial

Setelah lama menunggu, akhirnya Yellowcard release album baru....




p/s: masih amat sukakan Shawn dgn violin die. Best dan Best....

BACA LAGI- Yellowcard - For You, And Your Denial

Actions, Consequences, Risks

I quote someone " Umur awal 20-an adalah waktu prime untuk manusia. Mereka sudah ada asas ilmu yang diperlukan untuk menimba pengalaman di laman yang lebih luas."

Kata2 itu memang best untuk dijadikan ingatan. Ia mengingatkan tentang luasnya dunia, dan setiap pelosok yang ada adlah untuk diteroka....

Quote again "Orang muda, kamu tiada keinginan nak melihat dunia yang lebih luas?"

Pertanyaan yang best. Kalau ditanya kepada Al-Fikr, jawapannya sudah jelas. YES, I DO....
If only our action in this world have no consequences....(Bunyi macam alasan)

Dalam zaman sekarang nie, semua orang berharap macam tu. Take action, no consequences. 

But, reality is a f**king retard b***h. No offense. but it is true. You take a leap, you face a various probability of consequences....

Tapi kadang2 untuk terus hidup tanpa kekesalan, kita kena berani ambil risiko. Even the risk will grip our breath to the very last moment.

2 quote diatas, mengingatkan Al-Fikr betapa suatu masa dulu Al-Fikr menyimpan impian untuk mengembara. Nak tengok matahari terbit, terbenam dari tempat yang berbeza. Nak tengok banyak benda dari seluruh dunia. Dan kalau nak buat semua tu, kenalah time muda belia dan bertenaga. Kalau nak tunggu time dah retired, baik tak payah. 




BACA LAGI- Actions, Consequences, Risks

Got a year....

Al-Fikr, sudah menulis di blog ini untuk 1 tahun.
Hurray!!!

Not to mention, tapi Al-Fikr agak terkejut juga yang diri ini masih mampu menulis (menaip) setiap butiran random tentang hidup yang....Well, hidup yang best sehari-hari.

So, 1 tahun....Masih berminat untuk terus menulis. Even, motif asal blog ini sudah tersasar jauh. Tapi, itu yang dipanggil evolusi. Tak semestinya hari ini kita suka makan nasi, esok kita masih mahu nasi, right? Pembaharuan adalah perkara paling best untuk dibuat. Kalau tak nak pembaharuan untuk semua, buat pembaharuan untuk diri sendiri. Sebab hari ini, mesti lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik dari hari ini....

Sempena 1 tahun usia blog ini, Al-Fikr nak buat something kelakar. Something yang memastikan Al-Fikr terus kekal menulis untuk hari2 mendatang. So Al-Fikr cadang nak buat 1 slot mesti buat posting on specific day. 1 slot merapu yang mengekalkan blog ini di-update secara berkala....

Tapi sebab march dah nak habis, Al-Fikr rasa better start bulan april. Kalau tak jadi pun, orang akan fikir Al-Fikr buat prank April Fool je (no kidding....Al-Fikr tak pernah buat prank April Fool, kena prank adalah).

So,  a year....May I get a better and bright year ahead. Amin....



BACA LAGI- Got a year....

Bila....

**Just a mumbling**

Bila terkenang....

Al-Fikr baru2 nie, sering terfikir nak sambung belajar. Nak sambung Master. Nak sambung balik research yang tak habis diteroka. Nak terus-terusan tenggelam dalam arus persoalan ilmiah yang memaksa diri untuk terus berfikir dan menganalisis. Nak saje tengok hasil kajian yang menarik. Nak rasa puas setelah berpenat-lelah, mebuktikan yang teori Al-Fikr tepat dan terbukti secara saintifik.

Memang best bila fikirkan semua tu. Serius, perasaan semua tu tak tergambar oleh gambar2 dan kata2.

Waktu Final Year, Al-Fikr buat thesis tentang genetic alteration pada ikan keli. Biarpun waktu awal2 buat research tu rasa cam susah sangat, tapi step by step ia mematangkan Al-Fikr. Bukan semua orang yang diberi peluang untuk mengkaji keajaiban ciptaan ALLAH ditahap molekul dan sel. Kalau orang lain boleh berbangga ciptaan2 yang superb macam I-Pad, I-Pad 2 dan macam2 lagi, Al-Fikr boleh berbangga kerana dapat melihat kebesaran ALLAH mencipta makhluk. 

Sewaktu bertungkus-lumus menyiapkan kajian thesis, Al-Fikr menonton secara live pembentukan embrio ikan keli. Bagaimana dari 1 sel dengan 2 set (dalam kajian thesis, AL-FIkr buat triploid so Al-Fikr tengok 3 set) kromosom membesar membentuk organisma yang dinamakan ikan keli. Memang terbaik.

Bila terkenang semua tu, memang rasa rindu. Siapa yang tak rindu kepada kesukaan sendiri. Sedangkan orang disayang dirindui, inikan pula sesuatu yang kita suka buat. Benda yang kita suka, kita yang set rule nak suka macam mana. Kita yang set rule nak buat macam mana. Siapa yang tak rindu?
Owwhhh....Cepatlah cukup duit, nak tampung pembiayaan pengajian....

p/s: jangan dikeji jika tidak memahami. jangan dicerca jika tidak mengerti....

BACA LAGI- Bila....

Kita pernah kenal....Tapi aku tak pernah nak ingat

Apakah perasaan korang apabila ditegur oleh orang yang PERNAH korang kenal, tapi dah lama terpisah. Nak lagi best die tegur korang dengan EAGER macam baru semalam kuar makan sama2, tapi korang dengan muka confuse + tak bersalah tanya "Kita pernah kenal ke?"

Ya agak sengal disitu, tapi kenyataan memang tak pernah best. Sebab Al-Fikr adalah orang yang macam tu. Memang pernah kenal orang tu. Pernah buat banyak benda sesama. TAPI, kalo dah terpisah, dalam jangka masa 3 minggu je, orang tu akan lenyap dari ingatan kalau dia tak cuba nak buat hubungan jarak jauh. Dan best lagi ia hanya terjadi kepada pertemuan 4/6/8/lebih mata or sekadar perbualan orang ketiga.

Ia adalah masalah Al-Fikr yang paling kronik. Muka macam pernah nampak, tapi tak ingat kenal kat mana. Dah tak ingat tu, nak tegur memang bukan option-lah. Dan kalo orang tu pun perasan, DAN dia tegur....Bersedialah untuk explain dan buka cerita2 lama....Maafkanlah diri ini yang cepat melupakan.

Kepada yang belum terkena, janganlah marah andai 1 hari nanti anda terkena. Kepada yang sudah merasa, maafkan Al-Fikr okay....Ia tidak disengajakan, bukan juga dibuat2....




BACA LAGI- Kita pernah kenal....Tapi aku tak pernah nak ingat

Keluarga Bahagia 2 - Saujana


Saje nak layan lagu ni....
Juga sebagai ingatan kepada diri yang keluarga bukan boleh ditinggalkan tanpa rasa bersalah untuk mereka yang punya iman, akal dan jiwa....



BACA LAGI- Keluarga Bahagia 2 - Saujana

Di kala aku kebosanan


Al-Fikr sekarang nie cukup bosan. Bosan yang tak sama dengan mana2 rasa bosan yang pernah dilalui time study dulu. Tapi, even bosan pun hidup dtill ken terus. Still kena enjoy every little thing. Still xbleh nak putus asa.

So macam time study dulu gak, bile bosan Al-Fikr akan cari buku untuk dibaca. Dan sekarang nie, bosan2 xde benda nak buat, Al-Fikr cari tempat yang best skit, berangin, xde bunyi bising2 dan baca buku. Dan sekarang nie tengah berusaha menghabiskan buku 'ROOM' tulisan Emma Donoghue. Even nampak macam cliche dan biasa2, tapi Al-Fikr memang suka baca buku cerita camnie....

So, kebosanan adalah gerbang kepada perluasan imaginasi dan pengetahuan untuk Al-Firk. (bunyi ayat last nie sangat kelakar)




BACA LAGI- Di kala aku kebosanan

Avril Lavigne - Goodbye Lullaby


Lullaby....Distract me with your eyes, Lullaby
I love you so.... (Goodbye Lullaby)
I love you so.... (Goodbye Lullaby)
Goodbye brown eyes
Goodbye my love....

Hohohoho....Actually baru lepas enjoy album baru Avril Lavigne Goodbye Lullaby. Overall lagu2 yang ada adalah best (but personally, Al-Fikr suka lagi Under My Skin). Dalam album Goodbye Lullaby nie, Al-Fikr suka track Goodbye + Alice....


The Cover
(so nice)


BACA LAGI- Avril Lavigne - Goodbye Lullaby

I have no special Sweetheart....So what?


The World is wide, but it is never enough for my love (& madness)

Urmmm....Dunia nie luas lagi. Belum puas berjalan lagi. Lidah nie pun baru boleh bercakap 2,3 bahasa (tak termasuk slang2 tempatan). Tapi dah ada yang labelkan Al-Fikr bujang terlajak....

Huuuu....Best lagi kalo dia bagi title Eligible Bachelor. Better, no?
Oooo....Hé ! L'ami! Umurku belum masuk pagar 30 ok....So bujang terlajak, totally lame....Well, not doubt yang ramai kawan yang sudah, akan dan merancang untuk bina masjid. Kad2 kahwin dari lepas grad dulu dah bleh wat album pastu wat sampel open bisnes cetak kad kahwin dah. Tapi bukan semua lelaki bleh bloom awal. Ada gak yang amik masa nak sampai full bloom. Assume jer Al-Fikr camtu....

Top lagilah hujah, Al-Fikr masih ada tanggungjawap yang lagi besar. Family always top priority and responsibility. + lagi kegilaan Al-Fikr masih belum jumpa garisan penamat. Berat memberi komitmen, kalau kegilaan ini tak berakhir (agak2 sewel disitu).

Tapi y'all tau kan Al-Fikr always open to anyone. Mulut laju macam peluru....Habis cakap baru terfikir.... Korang pun tau kan, macam mana Al-Fikr selalu lari dari buat kerja. Tiada alasan, just tau2 dah lenyap macam asap. Nak bagi komitmen dengan sikap camni? Makes me wonder....Who'll ever dare to stand me....


p/s: Tiada kena mengena dengan sesiapa samada hidup/mati. Setiap kebetulan adalah perancangan ALLAH yang kita tak pernah tahu. Ditaip untuk menegakkan pemikiran saya yang stay single dengan alasan masih belum puas melihat dunia dan tak suka kepada komitmen....(Jangan ambil peduli sangat kata2 ini)


BACA LAGI- I have no special Sweetheart....So what?

ChromeCryme is female tendency


Wajah terbaru ChromeCryme


Ahaks....
Memang klaka plak bile tetiba benda bukan hidup pun ada jantina. Selama nie, tengok pc, henset, tv xde lak terfikir pe jantina die (secara tepatnya ia bukan jantina, tapi tendency gender). Tapi, tadi ada r terbaca post entry blog someone. Post pasal  script program yang bleh kuar bunyi (benda nie dah  lama ada just tak penah lak terniat nak try). So try r dekat ChromeCryme tersayang-lebih-sayang-dari-Memphis (sebab Memphis tiada disisi sekarang nie)

Memphis yang sudah lama tak disentuh sebab tak balik kampung

So, try r script to. Play bunyi, sekali suara pompuan yg kuar. Ahaks....ChromeCryme adakah kamu kembar kepada Chrome Dokuro ( Hitman Home Tutor Reborn)? Adakah kamu bleh kuarkan Mist Imaginary gak?

Chrome Dokuro


BACA LAGI- ChromeCryme is female tendency

It is almost a year....


Setahun....Untuk apa setahun itu?
Usia blog-yang-tak-seberapa-ini.
dah hampir setahun....

So, planning tuk setahun ber-blogging?
..................................... (long pause and no answer)
Urrrmmmm....
Maybe tuk pastikan mood blogging tu (sentiasa) ada, Al-Fikr akan buat slot-mesti-post-ikut-time.
Maybe amik sehari sebulan, sejam sebulan, or whatever.
Tapi pembaharuan dan penambahbaikan perlu ada. Baru dunia penuh warna macam pelangi....


BACA LAGI- It is almost a year....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts