Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.
Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

My.. Oh, my...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ����

Apa khabar kalian semua? Al-Fikr sihat2 sahaja sekarang ni.

2 tahun sudah blog ni tiada post baru...

Mungkin masa itu kesempitan sedikit ����.

Tapi, keinginan menaip itu sentiasa ada dalam diri ini. Mungkin perlu masa untuk diseru kembali.

Ya, Al-Fikr akan sering kali update blog ini lepas ni. Ya, azam baru ������

BACA LAGI- My.. Oh, my...

Need time to rest.... Too much to asking for


Lamanya tak update blog ni....
Terasa lama gak jari2 ni tak menaip.
Terasa lama gak tak pegang novel2, buku2 medium weight.
Masa2 yang ada habis diguna untuk kerja.... Serasa kosong walaupun masa itu tersisi.

Semenjak menjadi career person, semua yang ada bagai tidak cukup.
Masa rehat tak cukup.
Makan tak cukup.
Duit tak cukup.
Pendek kata semua tak cukup.

Tapi semuanya datang berganjaran.
Datang dengan habuan.
Doa tidak putus2 untuk kesenangan.
Doa tidak putus2 untuk kebahagiaan.
Doa tidak putus2 untuk kelapangan.

Syukur ku pada ALLAH
Kerana aku bekerja melakukan sesuatu yang aku minat.
Sesuatu yang ada matlamat lagi besar.
Sesuatu yang berbaloi dikejar & dikerjakan.
Moga ALLAH memudahkan segala urusan.

Ku daki batuan cabaran demi keindahan di hadapan


p/s: Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Al-Fikr.....


BACA LAGI- Need time to rest.... Too much to asking for

LOVE 0.4%



 Written for someone special, special someone & especially someone really special

As I am only a human, my love to you is not vast. It is 0.4% just….
So little; yet so precious.

Where is the other 99.6%? Is it wasted to no avail?
No. I have used the other 99.6% to:
  • Like you.
  • Ask guidance & assistance from Allah, The Creator.
  • Pray for the option I chose is not wrong.
  • Learn to not harm you.
  • Do no harm to you.
  • Learn about you.
  • Learn from you.
  • Teaches you about Allah, Prophets and Islam.
  • Teaches you about responsibility.
  • Teaches you about everything.
  • Teaches you about me.
  • Adore you.
  • Obey you.
  • Fight against seduction.
  • Stand tall to not fall allured
And many other things. I have done everything, just to earn a woman that is compatible with me. Not as a lover alone. But as a woman in whole. So, when we tie the knot, we will know something, keep learning something, have each other’s back, never to betray each other’s, discover and solve many other  things that Allah have store for us.




p/s: bukan idea asal Al-Fikr. Mungkin ditulis ketika belajar suatu ketika dulu. Tapi, ia memberi kesan kepada jiwa tentang nilai cinta & pengorbanan. Dan, 0.4% tu adalah peratusan yg Al-Fikr suka. Jangan tanya kenapa 0.4%, sebab Al-Fikr suka percentage tu; ada makna & ada cerita.


BACA LAGI- LOVE 0.4%

Fun Things To Do While Driving (At Your Own Risk)


Bosan dan penat sewaktu memandu? Tertekan dengan kerenah pengguna jalan raya yang rasa diri itu raja tanpa takhta? Al-Fikr ada sedikit tips kelakar (boleh jadi bahaya kalau salah cara) unruk dikongsi. (dalam bahasa Inggeris, ada frasa yang sangat panjang kalau dihurai dlm bahasa Melayu)
  1. Vary your vehicle's speed inversely with the speed limit.
  2. At stop lights, eye the person in the next car suspiciously. With a look of fear, lock your doors.
  3. Write the words "HELP ME" on your back window in red paint. The more it looks like blood, the better.
  4. Throw Spam. You know... the stuff in the can.
  5. Get in the fast lane and gradually ... slow ... down ... to a stop. Then get out and watch the cars. Throw the Spam at them.
  6. Have conversations, looking periodically at the passenger seat, when driving alone.
  7. Laugh a lot. A whole lot. Hysterically. Borderline asphyxia.
  8. Eat food that requires silverware. Eat it elegantly.
  9. Pass cars, then slow down. If they pass you, pass them back. Repeat.
  10. Sing without having the radio on. Make sure you're into it.
  11. Roll down your windows and blast talk radio. Attempt to headbang.
  12. Honk frequently without motivation. Totally random. It's fun. Promise.
  13. Wave at people often. If they wave back, get angry and make an obscene gesture.
  14. Let pedestrians know who's boss. But do it in a non-going-to-jail kinda way.
  15. Look behind you frequently, with a very paranoid look. Someone's after you!
  16. Restart your car at every stop light. You can't help if it stalls right?
  17. Hang numerous car-fresheners in the rear-view mirror. Talk to them, stroking them lovingly. Caress them. You love them. They love you.



Pesanan akhir dari Al-Fikr. Rancang perjalanan anda. Berdoa pada Allah agar dimudahkan perjalanan. Pandu dengan cermat dan berhemah. Orang yang buat salah pada kita jangan dimaki, takut nanti bala menimpa diri.

BACA LAGI- Fun Things To Do While Driving (At Your Own Risk)

Saya analogi-kan perasaan saya


Analogi merujuk kepada perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain samada dari jenis yang sama/berbeza. Jadi, analogi perasaan pula adalah membuat perbandingan perasaan dengan sesuatu yang lain. Jujurnya, Al-Fikr selalu ditanya 'kenapa kau suka bandingkan perasaan kau dengan sesuatu yang jelas?'Best-kan pertanyaan tu. Kenapa agaknya....
Realistiknya, perasaan adalah sesuatu yang abstrak. Suka....suka tu macam mana?Nilai dia macam mana pula? Siapa tahu? Allah yang Maha Mengetahui. Tapi manusia pun perlu tahu juga perkara macam ni. Takkan sebab perasaan tak boleh dinilai, ia tak perlu dinilai? Mengarut. Kalau macam tu, ungkapan2 yang menggambarkan perasaan tu tiada nilailah. I love You, tak sama nilai dengan I belikan you banglo.


Alternatif yang Al-Fikr boleh fikir adalah analogi-kan rasa ini. Macam, saya sukakan awak macam saya sukakan TV. Siapa tak suka TV. Tapi bukan sepanjang masa nak duduk menatap TV je. Analoginya jelas. Rasa suka itu ada, tapi tak semestinya nak sentiasa bersama.

Kadang2 manusia ni terpesong dengan perasaan mereka sebab perasaan tiada nilaian. Sebab tu senang2 cakap 'Saya cintakan awak sampai nafas saya habis'. What The Hell? Cakap camtu hari ni, selang hari2 berikut, terpisah tanpa habis nafas. Oh C'mon. Perasaan manusia ni takde nilai ke? Atau nilai perasaan macam tayar kereta. Boleh pakai dalam tempoh masa tertentu. Habis tempoh kena tukar. Bunga tayar haus kena tukar.


Cuba analogikan. Paling tidak kita tahu level perasaan tu kat mana. Takdelah kita terikut sangat perasaan sebab kita tahu level dia kat mana. Level kasut ke. Level laptop ke. Level keperluan oksigen ke. Analogi-kan untuk menjelaskan level perasaan itu.

Kalau sudah jelas nilai dia, takdelah nanti nak cakap 'sebab saya sayanglah saya lepaskan awak'. Oh C'mon. Dah sayang nak lepaskan pula. Pelik. Kalau kita sayang, kita akan jaga. Kalau ada yang nak merampas, kita akan fight back. Mana ada orang yang biar jer kereta dia kena tarik tanpa sebab. Sebab apa? Sebab dia sayang kereta dia.

Akhir kata, cuba analogi-kan perasaan itu. Barulah kita tahu nilainya. Tapi perasaan berubah mengikut manusia, maka analoginya pun turut berubah. 


p/s: Tiada niat menyinggung 
perasaan sesiapa. 
Sayangkan korang semua seperti sayangkan TV.  : P


BACA LAGI- Saya analogi-kan perasaan saya

Saya sedang berpuasa

Saya sedang berpuasa....


klik gambar tuk besarkan

sumber gambar disini


BACA LAGI- Saya sedang berpuasa

Singa + Harimau = Sinimau?


Singa + Harimau = Sinimau? (Cam pelik jer bunyi.)
Tapi dalam English best pulak,
Lion + Tiger = Liger.


Ok. Mari cerita sikit tentang binatang kacukan ini. Liger (tak nak panggil sinimau, pelik+kelakar bunyi die) adalah hasil kacukan Singa Jantan dengan Harimau Betina. Jarang - atau mustahil - ada dalam habitat liar dua2 spesis, sebab habitat dah jelas berbeza. Harimau hidup kat hutan, Singa kat Dataran Berumput Afrika. Tapi kacukan inter-spesis ni banyak jadi dekat dalam zoo, hasil kacukan ini dipanggil hybrid.

Selalunya, hybrid ini mandul. Sebab apa? Al-Fikr akan terangkan dilain hari (kalau teringat). Berbalik kepada Liger ini, ia dikategorikan dalam keluarga kucing & menjadi spesis kucing terbesar secara automatik sebab....Sebab Liger nie besarlah. Sebab die besar, maybe berpunca daripada genetik bawaan keturunan. Harimau & Singa kan besar2. Bukan macam kucing2 kat rumah.....


Comparison saiz Liger dengan manusia

Fizikal Liger ini adalah lebih kepada Singa dengan belang Harimau yang kabur2 (belang itu berbeza kejelasan antara individu). Liger-macam Harimau-suka berendam. Dan bunyi yang dikeluarkan-cantuman ngauman Harimau (AAUMMM) dan deraman Singa (.....tak tau camne nak bunyikan).


p/s: makhluk kacukan ini sebenarnya banyak kat dunia nie. 
cuma tak over-expose jer.
artikel asal diambil disini

BACA LAGI- Singa + Harimau = Sinimau?

Ikhlas itu rahsia


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.


p/s: artikel asal diambil dari ILuvIslam 




BACA LAGI- Ikhlas itu rahsia

LIfe in High Speed Shutter

Antara kegemaran Al-Fikr adalah menjadi pengambil gambar (jurukamera tak sesuai, sebab tak buat duait dengan mengambil gambar dan tak pro). Ambil gambar segala benda dari yang biasa2 sampai ke yang tak masuk akal....

Bila dah suka ambil gambar nie, main2 dengan function kamera tu dah jadi kemestian. Takat pakai auto setting nie, kalo nak cepat (malas), bolehlah. Tapi kalau nak kualiti tinggi, gambar cantik, nampak natural kenalah  main2 dengan aperture, shutter speed, focus dan bla, bla, bla....

So, sebagai peringatan dan buat motivasi sendiri untuk jadi lebih baik, tak salah nak merujuk gambar2 pro. So, kat sini Al-Fikr nak kongsikan gambar2 yang diambil dengan high speed shutter....Enjoy.

























p/s: gambar di ambil dari sini
BACA LAGI- LIfe in High Speed Shutter

PTPTN ooo PTPTN


Rasanya sudah banyak yang kubayar kepada kamu
Tapi kenapa ku lihat kamu seperti dahulu?
Kenapa kamu tidak banyak berubah?
Katakan kepadaku....
Jelaskan kepadaku....
Agar aku mengerti 
Aturan dan syarat2 permainanmu ini....

penyata terkini pinjaman PTPTN Al-Fikr


BACA LAGI- PTPTN ooo PTPTN

Kesayangan dan Ruang Hati

Hati manusia sangat rapuh dan terasing. 
Kalau ia tidak rapuh masakan ada orang yang pendiriannya boleh goyah dengan sesuatu yang sangat kecil.
Hati itu juga, kalau tidak terasing ia akan melumpuhkan pendirian kekar dan tegar seseorang.
Jadi hati itu rapuh, hati itu juga terasing.

Memiliki hati, bererti memiliki perasaan. Dan yang menariknya hati yang rapuh dan terasing itu boleh memuatkan bermacam jenis perasaan. Sayang, suka, terharu, benci, jelik, hina, hampa, dan macam2 lagi.

Tapi cukupkah ruang hati itu? Cukupkah?

Tak pernah cukup gamaknya. Sebab itu ada nafsu. Nafsu itu ada sebab keinginan hati. Dan bagi mereka yang tahu, pandai, terpelajar dan beramal dengan ilmu, mereka tahu bagaimana mengawal hati, sekaligus mengekang nafsu. Tapi bukan semua yang ada hati itu mapu berbuat demikian.

Kesayangan yang timbul dalam hati juga mengeluarkan persoalan yang aneh. Kerap kali tertanya, adakah hati itu mampu menampung setiap rasa sayang yang ada? Sudahlah ruang hati itu dikongsi, rasa sayang pula tak pernah nak menurun. Ruang itu makinn sempit. Makin kurang....

Penyelesaian yang mudah adalah melupakan perasaan yang ada. Menekan diri membiak didalam hati. Ya, melupakan dan melupakan. Manusia yang hidup kepada reputasi Si Pelupa. Manusia lemah yang tak mampu memberi dan menerima. Manusia yang lemah yang berharap dengan melupakan rasa sayang itu, dirinya tidak akn terluka sebab hatinya tiada ruang untuk rasa sayang. untuk membuang rasa sayang yang

Andai sahaja hati, perasaan dan nafsu itu tiada, adakah dunia ini akan jadi kebih senang?




BACA LAGI- Kesayangan dan Ruang Hati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts