Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.
Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

LOVE 0.4%



 Written for someone special, special someone & especially someone really special

As I am only a human, my love to you is not vast. It is 0.4% just….
So little; yet so precious.

Where is the other 99.6%? Is it wasted to no avail?
No. I have used the other 99.6% to:
  • Like you.
  • Ask guidance & assistance from Allah, The Creator.
  • Pray for the option I chose is not wrong.
  • Learn to not harm you.
  • Do no harm to you.
  • Learn about you.
  • Learn from you.
  • Teaches you about Allah, Prophets and Islam.
  • Teaches you about responsibility.
  • Teaches you about everything.
  • Teaches you about me.
  • Adore you.
  • Obey you.
  • Fight against seduction.
  • Stand tall to not fall allured
And many other things. I have done everything, just to earn a woman that is compatible with me. Not as a lover alone. But as a woman in whole. So, when we tie the knot, we will know something, keep learning something, have each other’s back, never to betray each other’s, discover and solve many other  things that Allah have store for us.




p/s: bukan idea asal Al-Fikr. Mungkin ditulis ketika belajar suatu ketika dulu. Tapi, ia memberi kesan kepada jiwa tentang nilai cinta & pengorbanan. Dan, 0.4% tu adalah peratusan yg Al-Fikr suka. Jangan tanya kenapa 0.4%, sebab Al-Fikr suka percentage tu; ada makna & ada cerita.


BACA LAGI- LOVE 0.4%

The Secret Circle: Series Premiere


The Secret Circle sudah mula tayangan, dan Al-Fikr dah tengok 1st episod (waktu taip post ni siri ni baru ada 2 episod).

Watak utama Cassie Blake (Brittany Robertson) anak yatim piatu; ayah mati sejak kecil, mak mati terbakar; balik ke kampong mak dia di sebuah bandar kecil, Chance Harbor. Yang Cassie tak tahu, Chance Harbor bukan macam tempat2 biasa. Bandar kecil ni dihuni oleh keturunan witch/wizard sejak beberapa generasi. Dan Cassie juga ada kuasa supernatural, yang menjadikan dia sebahagian daripada kumpulan witch/wizard yang dikenali sebagai Secret Circle.

Cerita dia agak cepat bergerak (eventually, sangat cepat) sebab dalam 15 minit pertama jer dah lebih dari 2 scene yang tunjuk kuasa supernatural witch/wizard dalam cerita ni. Dan, bandar Chance Harbor ni memang penuh dengan witch/wizard (be ready for amusement). Kumpulan Secret Circle ni hanya ada witch/wizard muda, dan tidak berpengalaman. Dan, sebab kuasa yang mereka ada boleh membahayakan orang sekeliling, ibubapa mereka merahsiakan hal ini dari mereka. Dan sebab mereka muda - pengaruh curiousity dan hormones - diorang explore kuasa sendiri tanpa panduan.

Overall, Premiere Episode ni memang tak mengecewakan. Sebab, ending episod ada bagi hint tentang agenda rahsia generasi terdahulu, dan juga Cassie jumpa buku nota & surat yang mak dia tinggalkan dekat rumah nenek dia. Tak rugi layan cerita ni. Dan Al-Fikr juga sertakan beberapa screenshot dari 1st episode. Enjoy.

Cassie Blake
 Mak Cassie mati kemalangan (spoiler: kebakaran tu sebab magik)

 Magical moment, which is so mesmerizing
Faye Chamberlain (Pheobe Tonkin)


p/s: penulis asal novel The Secret Circle (L J Smith)
juga adalah penulis The Vampire Diaries.


BACA LAGI- The Secret Circle: Series Premiere

The Playboy Club: Bunny Costume


Hari tu Al-Fikr ada tulis tentang siri drama baru, The Playboy Club. Kisah dari era permulaan kelab ikonik Amerika (dunia). Kali ni  Al-Fikr nak ceritakan pula mengenai kostum yang muncul dalam siri ini.

Amber Heard as Bunny Maureen

Leah Renee Cudmore as Bunny Alice

Kostum yang dikenali sebagai Playboy Bunny Costume ni, telah direka semula untuk siri The Playboy Club. Jadi ia bukan kostum asal dari tahun 60an. Direka oleh Isis Mussenden.

 Isis Mussenden

Titik utama kostum.

Telinga (Bunny Ear)
Sekali imbas, ia kelihatan dating bersama cekak rambut. Tapi sebenarnya, ia adalah komponen berasingan, yang boleh ditanggalkan. Ini membolehkan ‘ear-shaped headpiece’ ni muat dan boleh digayakan dengan gaya potongan rambut era 60-an.

Warna kostum
Direka semula dengan 10 warna asal dari rekaan kostum di kelab Playboy yang pertama. Selain itu, kostum ini juga dijahit secara khas untuk pelakonnya.
it fit within an inch of their lives” – Isis Mussenden.

Cufflink
Disediakan khas oleh Playboy. Ia dihias dengan ikon terkenal Playboy, iaitu lambang arnab (Bunny). Playboy juga menetapkan syarat, agar lambang arnab itu menghadap satu sama lain.

Ekor (belakanga kostum)
Untuk mendapatkan bahan yang digunakan, pereka telah memilih dari 7 jenis kain bulu (yarn).
we need the right weight so it’s fluffy and so it doesn’t look like a dead rag’ – Isis Mussenden

Tights
Setiap ‘Bunny’ memakai sepasang satung kaki (Hose) untuk menutup kaki, serta menampakkan gaya seksi.

Artikel asal oleh
Archana Ram, Entertainment Weekly (Sept. 16 2011)



BACA LAGI- The Playboy Club: Bunny Costume

New Series: Once Upon a Time


Series Premier: Oct, 28th 2011


Everything you ever read about Fairytales is true. The residents of Storybrooke are living proof...
This series tells about the colliding of fairytale & modern world.

Ini juga 1 lagi siri drama baru tuk TV Amerika. Dah tulis kat atas tarikh start siri ni, so kena tunggu dulu tuk wat ulasan lanjut. 

Emma Swan (Ginnifer Goodwyn) seorang wanita yang berdikari, dan memang hidup sendiri sejak ditinggalkan ketika masih bayi. Tapi kehadiran anak yang pernah dia tinggalkan mengubah segalanya. Henry (Jared Gilmore) kini 10 tahun memerlukan bantuan Emma. Henry percaya Emma datang dari dimensi lain dan merupakan puteri kepada Snow White & Pronce Charming yang hilang. Segala logik dunia berubah apabila keadaan di Storybrooke menjadi kacau-bilau apabila watak2 kisah dongeng mula muncul-tapi mereka tak ingat siapa mereka asalnya. Dan seperti tema kisah dongeng, kisah pertempuran pihak baik dan jahat pun berlaku. Dan Emma mesti terlibat sama.






BACA LAGI- New Series: Once Upon a Time

New Series: The Playboy Club


Series Premier: Sept. 19th 2011




An American icon is born.

It’s the early ‘60s, and the legendary Playboy Club in Chicago is the door to all your fantasies… and the key is the most sought after status symbol of its time. 

Itulah adalah tagline dan ringkasan plot siri drama baru  NBC di Amerika.

Drama yang mengisahkan sejarah awal kelab Playboy, ini menampilkan Eddie Cibrian (Nick Dalton) sebagai watak utama. Kisah mengenai kelab malam yang menampilkan pelayan wanita pelbagai status sebagai status. Kelab yang terkenal kerana kostum 'Bunny' pelayan wanitanya. Kelab yang dikemudian hari menjadi ikon diseluruh Amerika (whole world even).

Bunny costume yang ikonik
Eddie Cibrian (Nick Dalton) &David Krumholtz (Billy)
Bunny Maureen dilakonkan oleh Amber Heard




 p/s: Sebab masih belum ditayangkan, maka tak boleh nak ulas banyak.
Kena tunggu dia keluar dulu.


BACA LAGI- New Series: The Playboy Club

The Vampire Diaries: Season 3

The Vampire Diaries: Season 3
Season Premiere: 15th Sept 2011

Setelah menunggu dalam 3/4bulan, akhirnya Vampire Diaries akan bersambung untuk tahun/musim ke-3. Kepada peminat VD mesti tahu yang ending season 2 banyak persoalan yang dibiarkan tak terjawap. Apa nasib watak utama. Stefan? Elena? Damon? Tak lupa villain baru Klaus: vampire-werewolf hybrid.

Semua tu bakal terjawap. Dan mengikut, kata pengarah dan pelakon (sumber asal) Stefan menghilangkan diri. (dan tak mahu ditemui) Damon tak cari adik dia, tapi Elena tak nak putus asa. Dan kisah cinta Damon & Elena akan ada konflik yang menarik. Dan, Elena masih ragu2 dengan kata Katherine: it’s okay to love both of them (Stefan & Damon).

Untuk bagi lagi best cerita, Caroline & Tyler akan dapat love & family feud scene. Kisah cinta Vampire dengan Werewolf-nampak cliche-tapi ini Vampire Diaries. Cliche is the new epic.

Dan Jeremy, juga akan dapat subplot dia sendiri. Ending season 2, dia boleh nampak hantu. So, season 3 akan kupas tentang situasi nampak hantu Jeremy. Hopefully hantu Jenna akan ada (Love Jenna).

So, sini ada sedikit scene dari Season Premier, screen shot & behind scene shot. Happy reading & enjoy.



Jangan tertipu. Itu bukan Stefan.

  
Ini baru Stefan (kanan, baju hitam). Tengah tu Ray (David Gallagher)





Behind the scene




Gambar ehsan facebook dan EW


BACA LAGI- The Vampire Diaries: Season 3

Vampire Diaries - First peek on Season 3

Al-Fikr tunjukkan sedikit spoiler dari Vampire Diaries S3.
Maybe diorang jumble2 season 1 & 2, tp kena tengok sampai habis. Memang ada bahagian baru. Tengok sampai habis tau.

You know, you should learn to knock,” Damon says, standing there in all his glory. 
What if I was indecent?


p/s: Al-Fikr akan preview beberapa scene dari season 3 nanti. Tunggu.
Sumber video dari sini.

BACA LAGI- Vampire Diaries - First peek on Season 3

Awak Single?

Disebuah kedai buku ternama, di shopping mall terkenal, di bandar yang padat.

Gadis: Hi. Awak, tumpang tanya buku **** ada kat mana? Tempat ni besar, penat dah cari. Tak jumpa.
Jejaka: Uurrmmm (Mata pandang orang yang menyapa). Ada dekat....(mata pandang jam dan buku yang dipegang). Takpelah, saya tunjuk.
Gadis: Oo, ok. Thanks. (senyum riang)

Mereka pun berjalan ke arah yang dituju.

Gadis: Sorang je?
Jejaka: Yes. Awak?
Gadis: Dengan kawan. Tapi dia pergi cari barang. So, dia tinggalkan saya kat sini.
Jejaka: Ooo....
Gadis: Kenapa awak sorang2? Awek takde? Awak Single lagi?
Jejaka: Uuuurrmmm....(Awek ni tengah ayat aku ke?) Single. 
Gadis: Ooo....Bestkan. I mean being single.
Jejaka: Boleh tahanlah. Awak, buku yang awak cari tu ada kat rak sana. Ni, ada apa lagi tak?
Gadis: Tak. Tak ada apa dah. Terima kasih yer. (senyum meleret sampai ke telinga)
Jejaka: Sama2.... (apa motif senyuman awek ni?)
Gadis: Ok....Saya selalu datang sini. Selalu gak nampak awak. So, jumpa lagi. (senyum tu tak gugur2 dari bibir)
Jejaka: ....(uff, stalker. Patot senyum memanjang. Ok senyum sedekah) Uurrmm, jumpa lagi.

Mereka pun meneruskan agenda masing2.... TAMAT


Kisah benar yang pernah terjadi pada Al-Fikr.
Perempuan zaman sekarang memang lebih bold & brave. Tapi tak terasa mengada2 ke cakap camtu kat stranger? No hard feeling.... Tapi, wanita lebih ayu & anggun kalau berani & malu bertempat.... (pendapat peribadi)

 No hard feeling....Being single = Less trouble

p/s: Tapi yang menjadi kemusykilan sampai ke saat ini,
camne, die sekali imbas boleh tahu status Al-Fikr.
 Dan kadang2 masih jumpa awek ni, kat tempat sama.

BACA LAGI- Awak Single?

New Series: Secret Circle


Kepada peminat siri novel The Secret Circle (karya LJ Smith, penulis The Vampire Diaries), behold; sebab siri drama dengan tajuk sama akan menjengah kaca tv Amerika (bagi kita di Malaysia, maybe link2 download yang valid)

Mengikut kalendar CW TV yang akan menyiarkan siri ini, episod pertama akan bersiaran pada 15 September (waktu tempatan). Dan siri ini membariskan pelakon muda. Diulangi, pelakon muda. Dan watak utama Cassie Blake milik Brittany Robertson (Lux Cassidy dalam Life Unexpected).

Al-Fikr tak boleh nak ulas lanjut tentang cerita ni. Tapi, Al-Fikr boleh cakap yang dia berkisar tentang 1 kumpulan manusia dengan power/magik. Dan kalau mengikut trend adaptasi-kepada mereka yang sudah/pernah baca siri novel-maybe akan ada perubahan dari segi watak, jalan cerita dan juga plot. Tapi itu yang best (bagi Al-Fikr). Kenapa nak remake bulat2 dari karya asal? Kita buat remake untukdapatkan feel baru dan juga thrill baru....


Ringkasan cerita Secret Circle (novel) boleh baca sini





Untuk preview siri boleh klik sini
Full cast boleh tengok sini
Untuk spolier dan juga kata pengarah/penulis/pelakon boleh baca sini

p/s: bila dah tengok premiere episode nanti,
Al-Fikr akan review sekali lagi.
BACA LAGI- New Series: Secret Circle

New Series: The Nine Lives of Chloe King

Ok. Tadi dah review pasal drama baru, Teen Wolf. Ni pun nak cite pasal drama gak. Siri baru dari ABC family channel.

The Nine Lives of Chloe King

ABC Family new series
Premier on June, 14
Current Episode: 5

Sinopsis: Menceritakan seorang gadis, Chloe King, yang dapat superpower pelik waktu birthday die yang ke-16. Power yang buat die jadi macam kucing. Well, power nie tak keluar tiba2. Boleh cakap power nie sebab keturunan die. Dan, keturunan ini telah diburu oleh manusia selama berabad2. Dan Chloe juga dapat tahu yang die special sebab dia-boleh dipanggil savior untuk survivor dari keturunan yang sama.




Al-Fikr baru tengok premier episode dia. Tak boleh nak komen lebih macam dah tengok lama kan. Tapi tuk 1st episod dah terangkan dah superpower, enemy, allies dan juga latar belakang keturunan dan power tu, even not in detail. Dan 1st episode jer dah ada adengan gaduh2 yang ganas. So, boleh assume yang cerita nie akan ada banyak gaduh2.




BACA LAGI- New Series: The Nine Lives of Chloe King

New Series: Teen Wolf

Vampire  Diaries dan Gossip Girl, 2 siri drama dari CWTV, telah menamatkan tayangan bagi musim lalu. Menandakan tayangan musim baru akan bermula sekitar Ogos, September depan.

So, sekarang nie agak sunyi sikit. Sebab takde drama baru untuk ditonton. Well, tengah2 boring camnie terjumpa pula 2 siri baru dari 2 channel berbeza. Siri yang best ini baru bermula, which means, 1st season 1st episode. So start with this series....

Teen Wolf

MTV new series
Premier on June,5
Current Episode: 7

Sinopsis: Seorang remaja lelaki, Scott, yang super-biasa yang bertukar menjadi werewolf lepas kena gigit dengan werewolf. So, overall hidup Scott dah berubah. So, die kena deal dengan transformation werewolf, awek, anger, musuh, sendirian. Well, not alone all time, tapi kadang2 kawan die, Stiles akan bantu sama.

Teen Wolf

Scott Werewolf form (ok, off skit, pasal die transform siang hari)

Stiles, sidekick a.k.a Partner in Crime

Al-Fikr baru tengok 3 episod, and overall cerita nie plot die gerak cepat. Takde nak pause2 dengan side-story sampai slow down plot. Memang best dan ada resipi buat orang nak tengok episod seterusnya. Bagi penonton Malaysia, AXN, AXN Beyond nak tayang Pilot Episode pada 17hb Julai. So, bolehlah  tengok....


BACA LAGI- New Series: Teen Wolf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts