Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.
Showing posts with label People. Show all posts
Showing posts with label People. Show all posts

Infinite Playlist #7: Lady Antebellum & We Are The In Crowd


Sejak 2-3 minggu lepas, Al-Fikr asyik dengar 3 lagu ni. Band yang ada girl singer macam Paramore, Hey Monday (kegemaran band pattern camtu). Lagu diorang bukan core rock yang buat sakit telinga dengar (Al-Fikr is not a fan of SOAD).Tapi, tak juga boleh clasify soft rock. Whatever, yang penting lagu diorang best dan tak bingit.

Lady Antebellum: Just A Kiss


We Are The In Crowd: Both Sides Of  The Story


We Are The In Crowd: Never Be What You Want





p/s: 4 band with 4 girl singers. Rocks.
BACA LAGI- Infinite Playlist #7: Lady Antebellum & We Are The In Crowd

Steve Jobs: Famous Quotes


Sepintas mengenai Steve Jobs



Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas,pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.   (sumber wikipedia)
Sebagai seseorang yang dilihat membawa pembaharuan dan revolusi, inspirasi dan aspirasi Steve Jobs dinanti dan dicari. Setiap tutur kata dan ucapan beliau memperlihatkan perwatakan dan kesungguhan beliau melakukan sesuatu perkara. Tak lupa juga ia menggambarkan kepekaan dan keinginan beliau untuk berjaya dan menjadi pencetus kejayaan bagi yang tahu dan mengambil tahu.

Disini Al-Fikr ingin kongsikan sedikit kata2 Steve Jobs, yang agak bernas.
  • I was worth about over a million dollars when I was 23 and over 10 million dollars when I was 24 and over a hundred million dollars when I was 25, and it wasn’t that vital because I never did it for the money. (PBS documentary Triumph of the Nerds: The Rise of Accidental Empires, 1996)
  • Life the richest man in the burial ground doesn’t matter to me… Going to bed at nighttime saying we’ve done something wonderful… that’s what matters to me. (On the success of Bill Gates and Microsoft, The Wall Street Journal, summer 1993)
  • Quality is more vital than quantity. One home run is much surpass than two doubles.
  • The only way to do fantastic work is to like what you do. If you haven’t establish it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it.


 p/s: secara konsisten Steve Jobs membawa dunia komputer ke peringkat lebih tinggi, Steve juga secara konsisten mengenakan gaya yang sama ketika berhadapan ribuan orang. Gaya yang sama biar zaman berubah. Konsisten.

BACA LAGI- Steve Jobs: Famous Quotes

The Secret Circle: Series Premiere


The Secret Circle sudah mula tayangan, dan Al-Fikr dah tengok 1st episod (waktu taip post ni siri ni baru ada 2 episod).

Watak utama Cassie Blake (Brittany Robertson) anak yatim piatu; ayah mati sejak kecil, mak mati terbakar; balik ke kampong mak dia di sebuah bandar kecil, Chance Harbor. Yang Cassie tak tahu, Chance Harbor bukan macam tempat2 biasa. Bandar kecil ni dihuni oleh keturunan witch/wizard sejak beberapa generasi. Dan Cassie juga ada kuasa supernatural, yang menjadikan dia sebahagian daripada kumpulan witch/wizard yang dikenali sebagai Secret Circle.

Cerita dia agak cepat bergerak (eventually, sangat cepat) sebab dalam 15 minit pertama jer dah lebih dari 2 scene yang tunjuk kuasa supernatural witch/wizard dalam cerita ni. Dan, bandar Chance Harbor ni memang penuh dengan witch/wizard (be ready for amusement). Kumpulan Secret Circle ni hanya ada witch/wizard muda, dan tidak berpengalaman. Dan, sebab kuasa yang mereka ada boleh membahayakan orang sekeliling, ibubapa mereka merahsiakan hal ini dari mereka. Dan sebab mereka muda - pengaruh curiousity dan hormones - diorang explore kuasa sendiri tanpa panduan.

Overall, Premiere Episode ni memang tak mengecewakan. Sebab, ending episod ada bagi hint tentang agenda rahsia generasi terdahulu, dan juga Cassie jumpa buku nota & surat yang mak dia tinggalkan dekat rumah nenek dia. Tak rugi layan cerita ni. Dan Al-Fikr juga sertakan beberapa screenshot dari 1st episode. Enjoy.

Cassie Blake
 Mak Cassie mati kemalangan (spoiler: kebakaran tu sebab magik)

 Magical moment, which is so mesmerizing
Faye Chamberlain (Pheobe Tonkin)


p/s: penulis asal novel The Secret Circle (L J Smith)
juga adalah penulis The Vampire Diaries.


BACA LAGI- The Secret Circle: Series Premiere

Infinite Playlist #6: Liyana Fizi - Light Writing

Pembaharuan pada Infinite Playlist.
Al-Fikr tak buat list 5 lagu tuk setiap bulan lagi. Reason, Imma (not a) lazy person.
So, sebab nama dia infinite, maka Al-Fikr akan letak 1 lagu untuk Infinite Playlist. Playlist ni akan membesar infinitely....
So enjoy lagu ni. Light Writing dari Liyana Fizi



Liyana Fizi - Lightwriting (Music Video) from IkanPaos Kolektif on Vimeo.


BACA LAGI- Infinite Playlist #6: Liyana Fizi - Light Writing

A Very Harold & Kumar Christmas


A Very Harold & Kumar 3D Christmas


Siapa pernah tengok movie Harold & Kumar mesti tertanya apa jadi dekat diorang selepas filem, Harold & Kumar: Escape from Guantanamo Bay. Jadi, ini adalah kisahnya. Kisah yang berlaku pada malam Krismas.



 Synopsis:

Six years have elapsed since Guantanamo Bay, leaving Harold and Kumar estranged from one another with very different families, friends and lives. But when Kumar arrives on Harold's doorstep during the holiday season with a mysterious package in hand, he inadvertently burns down Harold's father-in-law's beloved Christmas tree. To fix the problem, Harold and Kumar embark on a mission through New York City to find the perfect Christmas tree, once again stumbling into trouble at every single turn. 




Filem ni untuk tayangan Krismas di US(maybe tayangan before Krismas, tengok tarikh). Dan, seperti siri sebelum ini, ia adalah R-rated (R=restricted). Dan memang mustahil nak masuk GSC/TGV/Cathay kat Malaysia. So jangan berangan nak tengok filem ni live 3D  T_T .
Masih mengekalkan pelakon sama iaitu Jimmy Choo (Harold) dan Kal Penn (Kumar). Serta, muka Neil Patrick Harris pada poster ni menunjukkan dia akan muncul (lagi. Sebab dalam filem yang last dia kena tembak dengan ibu ayam. Maybe dia survive)


sumber asal: IMDB
BACA LAGI- A Very Harold & Kumar Christmas

The Playboy Club: Bunny Costume


Hari tu Al-Fikr ada tulis tentang siri drama baru, The Playboy Club. Kisah dari era permulaan kelab ikonik Amerika (dunia). Kali ni  Al-Fikr nak ceritakan pula mengenai kostum yang muncul dalam siri ini.

Amber Heard as Bunny Maureen

Leah Renee Cudmore as Bunny Alice

Kostum yang dikenali sebagai Playboy Bunny Costume ni, telah direka semula untuk siri The Playboy Club. Jadi ia bukan kostum asal dari tahun 60an. Direka oleh Isis Mussenden.

 Isis Mussenden

Titik utama kostum.

Telinga (Bunny Ear)
Sekali imbas, ia kelihatan dating bersama cekak rambut. Tapi sebenarnya, ia adalah komponen berasingan, yang boleh ditanggalkan. Ini membolehkan ‘ear-shaped headpiece’ ni muat dan boleh digayakan dengan gaya potongan rambut era 60-an.

Warna kostum
Direka semula dengan 10 warna asal dari rekaan kostum di kelab Playboy yang pertama. Selain itu, kostum ini juga dijahit secara khas untuk pelakonnya.
it fit within an inch of their lives” – Isis Mussenden.

Cufflink
Disediakan khas oleh Playboy. Ia dihias dengan ikon terkenal Playboy, iaitu lambang arnab (Bunny). Playboy juga menetapkan syarat, agar lambang arnab itu menghadap satu sama lain.

Ekor (belakanga kostum)
Untuk mendapatkan bahan yang digunakan, pereka telah memilih dari 7 jenis kain bulu (yarn).
we need the right weight so it’s fluffy and so it doesn’t look like a dead rag’ – Isis Mussenden

Tights
Setiap ‘Bunny’ memakai sepasang satung kaki (Hose) untuk menutup kaki, serta menampakkan gaya seksi.

Artikel asal oleh
Archana Ram, Entertainment Weekly (Sept. 16 2011)



BACA LAGI- The Playboy Club: Bunny Costume

New Series: Once Upon a Time


Series Premier: Oct, 28th 2011


Everything you ever read about Fairytales is true. The residents of Storybrooke are living proof...
This series tells about the colliding of fairytale & modern world.

Ini juga 1 lagi siri drama baru tuk TV Amerika. Dah tulis kat atas tarikh start siri ni, so kena tunggu dulu tuk wat ulasan lanjut. 

Emma Swan (Ginnifer Goodwyn) seorang wanita yang berdikari, dan memang hidup sendiri sejak ditinggalkan ketika masih bayi. Tapi kehadiran anak yang pernah dia tinggalkan mengubah segalanya. Henry (Jared Gilmore) kini 10 tahun memerlukan bantuan Emma. Henry percaya Emma datang dari dimensi lain dan merupakan puteri kepada Snow White & Pronce Charming yang hilang. Segala logik dunia berubah apabila keadaan di Storybrooke menjadi kacau-bilau apabila watak2 kisah dongeng mula muncul-tapi mereka tak ingat siapa mereka asalnya. Dan seperti tema kisah dongeng, kisah pertempuran pihak baik dan jahat pun berlaku. Dan Emma mesti terlibat sama.






BACA LAGI- New Series: Once Upon a Time

New Series: The Playboy Club


Series Premier: Sept. 19th 2011




An American icon is born.

It’s the early ‘60s, and the legendary Playboy Club in Chicago is the door to all your fantasies… and the key is the most sought after status symbol of its time. 

Itulah adalah tagline dan ringkasan plot siri drama baru  NBC di Amerika.

Drama yang mengisahkan sejarah awal kelab Playboy, ini menampilkan Eddie Cibrian (Nick Dalton) sebagai watak utama. Kisah mengenai kelab malam yang menampilkan pelayan wanita pelbagai status sebagai status. Kelab yang terkenal kerana kostum 'Bunny' pelayan wanitanya. Kelab yang dikemudian hari menjadi ikon diseluruh Amerika (whole world even).

Bunny costume yang ikonik
Eddie Cibrian (Nick Dalton) &David Krumholtz (Billy)
Bunny Maureen dilakonkan oleh Amber Heard




 p/s: Sebab masih belum ditayangkan, maka tak boleh nak ulas banyak.
Kena tunggu dia keluar dulu.


BACA LAGI- New Series: The Playboy Club

Limitless



Hari tu Al-Fikr tonton filem ni, Limitless.


So cool, it almost unbelievable. Cerita pasal satu jenis medication a.k.a drug yang boleh tingkatkan tahap operasi otak. Semua orang tahu manusia guna 10-20% kapasiti otak. So dadah ni, boleh tingkatkan kapasiti penggunaan otak. Dadah yang dipanggil NZT 48(tak tahu pe maksud akronim ni). Watak utama, Eddie Mora (Bradley Cooper) makan dadah ni. Dari seorang penulis yang tak ada masa depan, dia berjaya menjadi orang kuat dalam financial field. 

Tapi, setiap perkara mesti ada kesan buruk. Dan kesan penggunaan NZT adalah memory loss, dan kepincangan operasi tubuh bila kesan dia hilang. So dari seorang yang sangat2 superb, Eddie jadi macam addicted junkie. Dan masalah yang ada bukan setakat kesan buruk NZT je, tapi ada orang2 lain yang cari dan nak dapatkan NZT dari Eddie bila prime dealer mati. 

Overall, cerita ni best. Dan agak bagus untuk menjadi fokus waktu tonton cerita ni, sebab banyak scene dia cakap laju sangat. Kepada mereka yang telinga tak boleh terima English laju, beat it. 

NZT ni memag best. Kalau dia real, mesti jadi rebutan ramai. Even side effect teruk, tapi dengan kelebihan yang ada, rasa2 1 dunia boleh ada dalam genggaman. Al-Fikr pun ada terfikir nak cari dadah camni. Kira ok kalau dapat guna otak lebih dari selalu. Dengan fokus yang up sikit dari biasa, rasanya banyak benda boleh Al-Fikr achieve & accomplish.

Tapi, filem ni memang best.


 Perjumpaan dengan dealer
 Wajah NZT 48
Heroin, Abby Cornish









BACA LAGI- Limitless

Sejarah bukan cuma ada 1 versi....

 
Penyelewengan sejarah adalah perkara pelik. Pelik sebab kenapa nak seleweng sejarah. Ada kepentingan ke dengan menipu generasi akan datang? Mungkin ada, tapi bahan bukti boleh ditipu juga ke? Sejarawan  lebih arif & mereka perlu bertanggungjawap untuk perlakuan mereka. Kalau mereka sudah seleweng bahan bukti dan sejarah, maka generasi seterusnya akan hidup dalam penipuan orang2 tua mereka….

Tapi, sejarah sebenarnya bukan 1 benda yang tetap. Siapa2 pun boleh keluarkan teori sejarah mengikut pemahaman dan bahan bukti masing2. Takde masalah untuk memikirkan teori baru sejarah. Hal sejarah ini jadi pada masa lalu. Dan, kita ada selepas perkara itu jadi. Secara logik, kita boleh cakap apa saje asalkan logik dan ada bahan bukti.

1 contoh terbaik adalah mengenai sejarah perjalanan mengelilingi dunia. Dulu, semua sepakat yang Ferdinand Magellan adalah orang pertama mengelilingi dunia. Tapi, faktanya Ferdinand Magellan mati dalam perjalanan dan tak sempat mengelilingi dunia. Jadi di situ fakta sejarah sebenarnya telah berubah.  Teori perubahan ini bermula dengan fakta kematian Ferdinand Magellan dan catatan perjalanan anak2 kapal yang melengkapkan pelayaran. Dan nak jadikan kisah sejarah ni lebih best, orang yang sempurnakan pelayaran ini adalah hamba Magellan yang dikutip dari Melaka. Nama dia Enrique @ Henry The Black(Al-Fikr tak ingat nama Melayu dia, siapa2 ingat boleh bagitau).

Dan, selepas beberapa lama, muncul pula nama Ibn Battutah sebagai orang pertama yang mengelilingi dunia. Bahan bukti adalah juga catatan perjalanan yang bertarikh lebih awal dari gerombolan kapal Ferdinand Magellan. Bahan bukti ini telah dikemukan oleh mereka yang gigih meneroka sejarah perjalanan cendekiawan Islam. Sejarah yang cuba ditutup oleh musuh Islam.

Nampak disini, sejarah berubah mengikut bahan bukti. Jadi, memang tak salah kalau ada sesiapa yang nak kemukakan teori sejarah sendiri. Yang penting tunjukkan bahan bukti yang sahih. Bukan yang dipalsukan….

 Enrique @ Henry The Black
 Ferdinand Magellan
  Ibn Battutah


p/s: pendapat peribadi, tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup. 
Bagi yang sudah mati, maaf dipohon terhadap waris simati….





BACA LAGI- Sejarah bukan cuma ada 1 versi....

The Vampire Diaries: Season 3

The Vampire Diaries: Season 3
Season Premiere: 15th Sept 2011

Setelah menunggu dalam 3/4bulan, akhirnya Vampire Diaries akan bersambung untuk tahun/musim ke-3. Kepada peminat VD mesti tahu yang ending season 2 banyak persoalan yang dibiarkan tak terjawap. Apa nasib watak utama. Stefan? Elena? Damon? Tak lupa villain baru Klaus: vampire-werewolf hybrid.

Semua tu bakal terjawap. Dan mengikut, kata pengarah dan pelakon (sumber asal) Stefan menghilangkan diri. (dan tak mahu ditemui) Damon tak cari adik dia, tapi Elena tak nak putus asa. Dan kisah cinta Damon & Elena akan ada konflik yang menarik. Dan, Elena masih ragu2 dengan kata Katherine: it’s okay to love both of them (Stefan & Damon).

Untuk bagi lagi best cerita, Caroline & Tyler akan dapat love & family feud scene. Kisah cinta Vampire dengan Werewolf-nampak cliche-tapi ini Vampire Diaries. Cliche is the new epic.

Dan Jeremy, juga akan dapat subplot dia sendiri. Ending season 2, dia boleh nampak hantu. So, season 3 akan kupas tentang situasi nampak hantu Jeremy. Hopefully hantu Jenna akan ada (Love Jenna).

So, sini ada sedikit scene dari Season Premier, screen shot & behind scene shot. Happy reading & enjoy.



Jangan tertipu. Itu bukan Stefan.

  
Ini baru Stefan (kanan, baju hitam). Tengah tu Ray (David Gallagher)





Behind the scene




Gambar ehsan facebook dan EW


BACA LAGI- The Vampire Diaries: Season 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts