Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.
Showing posts with label Tales. Show all posts
Showing posts with label Tales. Show all posts

The Secret Circle: Series Premiere


The Secret Circle sudah mula tayangan, dan Al-Fikr dah tengok 1st episod (waktu taip post ni siri ni baru ada 2 episod).

Watak utama Cassie Blake (Brittany Robertson) anak yatim piatu; ayah mati sejak kecil, mak mati terbakar; balik ke kampong mak dia di sebuah bandar kecil, Chance Harbor. Yang Cassie tak tahu, Chance Harbor bukan macam tempat2 biasa. Bandar kecil ni dihuni oleh keturunan witch/wizard sejak beberapa generasi. Dan Cassie juga ada kuasa supernatural, yang menjadikan dia sebahagian daripada kumpulan witch/wizard yang dikenali sebagai Secret Circle.

Cerita dia agak cepat bergerak (eventually, sangat cepat) sebab dalam 15 minit pertama jer dah lebih dari 2 scene yang tunjuk kuasa supernatural witch/wizard dalam cerita ni. Dan, bandar Chance Harbor ni memang penuh dengan witch/wizard (be ready for amusement). Kumpulan Secret Circle ni hanya ada witch/wizard muda, dan tidak berpengalaman. Dan, sebab kuasa yang mereka ada boleh membahayakan orang sekeliling, ibubapa mereka merahsiakan hal ini dari mereka. Dan sebab mereka muda - pengaruh curiousity dan hormones - diorang explore kuasa sendiri tanpa panduan.

Overall, Premiere Episode ni memang tak mengecewakan. Sebab, ending episod ada bagi hint tentang agenda rahsia generasi terdahulu, dan juga Cassie jumpa buku nota & surat yang mak dia tinggalkan dekat rumah nenek dia. Tak rugi layan cerita ni. Dan Al-Fikr juga sertakan beberapa screenshot dari 1st episode. Enjoy.

Cassie Blake
 Mak Cassie mati kemalangan (spoiler: kebakaran tu sebab magik)

 Magical moment, which is so mesmerizing
Faye Chamberlain (Pheobe Tonkin)


p/s: penulis asal novel The Secret Circle (L J Smith)
juga adalah penulis The Vampire Diaries.


BACA LAGI- The Secret Circle: Series Premiere

Vampire Diaries - First peek on Season 3

Al-Fikr tunjukkan sedikit spoiler dari Vampire Diaries S3.
Maybe diorang jumble2 season 1 & 2, tp kena tengok sampai habis. Memang ada bahagian baru. Tengok sampai habis tau.

You know, you should learn to knock,” Damon says, standing there in all his glory. 
What if I was indecent?


p/s: Al-Fikr akan preview beberapa scene dari season 3 nanti. Tunggu.
Sumber video dari sini.

BACA LAGI- Vampire Diaries - First peek on Season 3

Awak Single?

Disebuah kedai buku ternama, di shopping mall terkenal, di bandar yang padat.

Gadis: Hi. Awak, tumpang tanya buku **** ada kat mana? Tempat ni besar, penat dah cari. Tak jumpa.
Jejaka: Uurrmmm (Mata pandang orang yang menyapa). Ada dekat....(mata pandang jam dan buku yang dipegang). Takpelah, saya tunjuk.
Gadis: Oo, ok. Thanks. (senyum riang)

Mereka pun berjalan ke arah yang dituju.

Gadis: Sorang je?
Jejaka: Yes. Awak?
Gadis: Dengan kawan. Tapi dia pergi cari barang. So, dia tinggalkan saya kat sini.
Jejaka: Ooo....
Gadis: Kenapa awak sorang2? Awek takde? Awak Single lagi?
Jejaka: Uuuurrmmm....(Awek ni tengah ayat aku ke?) Single. 
Gadis: Ooo....Bestkan. I mean being single.
Jejaka: Boleh tahanlah. Awak, buku yang awak cari tu ada kat rak sana. Ni, ada apa lagi tak?
Gadis: Tak. Tak ada apa dah. Terima kasih yer. (senyum meleret sampai ke telinga)
Jejaka: Sama2.... (apa motif senyuman awek ni?)
Gadis: Ok....Saya selalu datang sini. Selalu gak nampak awak. So, jumpa lagi. (senyum tu tak gugur2 dari bibir)
Jejaka: ....(uff, stalker. Patot senyum memanjang. Ok senyum sedekah) Uurrmm, jumpa lagi.

Mereka pun meneruskan agenda masing2.... TAMAT


Kisah benar yang pernah terjadi pada Al-Fikr.
Perempuan zaman sekarang memang lebih bold & brave. Tapi tak terasa mengada2 ke cakap camtu kat stranger? No hard feeling.... Tapi, wanita lebih ayu & anggun kalau berani & malu bertempat.... (pendapat peribadi)

 No hard feeling....Being single = Less trouble

p/s: Tapi yang menjadi kemusykilan sampai ke saat ini,
camne, die sekali imbas boleh tahu status Al-Fikr.
 Dan kadang2 masih jumpa awek ni, kat tempat sama.

BACA LAGI- Awak Single?

New Series: Secret Circle


Kepada peminat siri novel The Secret Circle (karya LJ Smith, penulis The Vampire Diaries), behold; sebab siri drama dengan tajuk sama akan menjengah kaca tv Amerika (bagi kita di Malaysia, maybe link2 download yang valid)

Mengikut kalendar CW TV yang akan menyiarkan siri ini, episod pertama akan bersiaran pada 15 September (waktu tempatan). Dan siri ini membariskan pelakon muda. Diulangi, pelakon muda. Dan watak utama Cassie Blake milik Brittany Robertson (Lux Cassidy dalam Life Unexpected).

Al-Fikr tak boleh nak ulas lanjut tentang cerita ni. Tapi, Al-Fikr boleh cakap yang dia berkisar tentang 1 kumpulan manusia dengan power/magik. Dan kalau mengikut trend adaptasi-kepada mereka yang sudah/pernah baca siri novel-maybe akan ada perubahan dari segi watak, jalan cerita dan juga plot. Tapi itu yang best (bagi Al-Fikr). Kenapa nak remake bulat2 dari karya asal? Kita buat remake untukdapatkan feel baru dan juga thrill baru....


Ringkasan cerita Secret Circle (novel) boleh baca sini





Untuk preview siri boleh klik sini
Full cast boleh tengok sini
Untuk spolier dan juga kata pengarah/penulis/pelakon boleh baca sini

p/s: bila dah tengok premiere episode nanti,
Al-Fikr akan review sekali lagi.
BACA LAGI- New Series: Secret Circle

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK


klik sini kalo nak join

Al-Fikr start berpuasa agak lewat. Umur 8 tahun baru start. Ufff....Lewat tu. Tapi start dari tahun tu sampai sekarang, puasa full. No off day, no sick, no nothing. Syukur Alhamdulillah.

Waktu tu, sahur memang setakat air teh panas, 2 keping biskut meri, air sejuk segelas. Dan sambung tido balik.
Time mula puasa tu dah sekolah. And time tu sekolah sesi petang. So memang malas (bertambah2) nak pergi sekolah time matahari bersinar ceria. Tapi takpe, balik sekolah terus duduk kat meja makan tunggu waktu berbuka. Memang tak fikir pe dah.

Menu kegemaran....Tak tau, sebab apa mama masak, itu yang dimakan. Tapi memang suka kalo ada karipap (curry puff kata omputih). Favourite, dan tak mau share dengan adik2. Memang tamak, bila nampak karipap.


Tapi dah besar ni kan, waktu berbuka, memang menjamu selera sekadar perut berisi je. Bukan takde duit nak makan mewah, tapi kalo perut penuh, rasa malas tu bertambah2. Elok siang mood pergi masjid memuncak sampai cecah puncak Everest, lepas berbuka mood tu dah ke laut. Hilang. So selalu (jadi amalan sejak hidup sendiri) berbuka dengan chicken wing, karipap dan jus. Time sahur pun menu lebih kurang je. Nak makan berat2, lepas tarawih. Tapi memang tak makan banyaklah.



saya sedang puasa dan menunggu waktu berbuka


sumber gambar sini, sini

BACA LAGI- BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

(Saya) Lelah, Penat, Mengah


Aku bernafas, aku lelah
Aku melangkah, aku penat
Aku mengejar, aku mengah
Menginjak umur  tua
Membuatkan umur muda nikmat
Nikmat yang tersia dek kealpaan sendiri



p/s: Inginkan kehidupan yang lebih terurus dan tidak tertekan

BACA LAGI- (Saya) Lelah, Penat, Mengah

New Series: The Nine Lives of Chloe King

Ok. Tadi dah review pasal drama baru, Teen Wolf. Ni pun nak cite pasal drama gak. Siri baru dari ABC family channel.

The Nine Lives of Chloe King

ABC Family new series
Premier on June, 14
Current Episode: 5

Sinopsis: Menceritakan seorang gadis, Chloe King, yang dapat superpower pelik waktu birthday die yang ke-16. Power yang buat die jadi macam kucing. Well, power nie tak keluar tiba2. Boleh cakap power nie sebab keturunan die. Dan, keturunan ini telah diburu oleh manusia selama berabad2. Dan Chloe juga dapat tahu yang die special sebab dia-boleh dipanggil savior untuk survivor dari keturunan yang sama.




Al-Fikr baru tengok premier episode dia. Tak boleh nak komen lebih macam dah tengok lama kan. Tapi tuk 1st episod dah terangkan dah superpower, enemy, allies dan juga latar belakang keturunan dan power tu, even not in detail. Dan 1st episode jer dah ada adengan gaduh2 yang ganas. So, boleh assume yang cerita nie akan ada banyak gaduh2.




BACA LAGI- New Series: The Nine Lives of Chloe King

New Series: Teen Wolf

Vampire  Diaries dan Gossip Girl, 2 siri drama dari CWTV, telah menamatkan tayangan bagi musim lalu. Menandakan tayangan musim baru akan bermula sekitar Ogos, September depan.

So, sekarang nie agak sunyi sikit. Sebab takde drama baru untuk ditonton. Well, tengah2 boring camnie terjumpa pula 2 siri baru dari 2 channel berbeza. Siri yang best ini baru bermula, which means, 1st season 1st episode. So start with this series....

Teen Wolf

MTV new series
Premier on June,5
Current Episode: 7

Sinopsis: Seorang remaja lelaki, Scott, yang super-biasa yang bertukar menjadi werewolf lepas kena gigit dengan werewolf. So, overall hidup Scott dah berubah. So, die kena deal dengan transformation werewolf, awek, anger, musuh, sendirian. Well, not alone all time, tapi kadang2 kawan die, Stiles akan bantu sama.

Teen Wolf

Scott Werewolf form (ok, off skit, pasal die transform siang hari)

Stiles, sidekick a.k.a Partner in Crime

Al-Fikr baru tengok 3 episod, and overall cerita nie plot die gerak cepat. Takde nak pause2 dengan side-story sampai slow down plot. Memang best dan ada resipi buat orang nak tengok episod seterusnya. Bagi penonton Malaysia, AXN, AXN Beyond nak tayang Pilot Episode pada 17hb Julai. So, bolehlah  tengok....


BACA LAGI- New Series: Teen Wolf

Wordless Wednesday #2



p/s: examine from right to left....


wordless....

BACA LAGI- Wordless Wednesday #2

Wordless Wednesday


gambar ihsan BING

BACA LAGI- Wordless Wednesday

Lamaran Perkahwinan @ Marriage Proposal


Lamaran Perkahwinan @ Marriage Proposal mungkin ungkapan untuk mereka yang matang dan sudah sedia menggalas tanggungjawap lagi besar dari yang sedia ada. No offense, tapi perkahwinan bukan masa bersuka-ria sahaja. Macam2 benda baru dan yang tak pernah explore akan kita tahu bila sudah berkahwin...

Tapi, Al-Fikr memang tak nak crite banyak pasal perkahwinan. Sebab, ia subjek yang luas dan banyak hujahan pakar yang perlu diteliti dan dikaji supaya simpulan pendapat itu tidak detour ke jalan lain....So, apakah cara melamar yang best? Bila? Dan bagaimana?

Makan romantik? (Romantic dinner)
Perjumpaan keluarga dan terus melamar dihadapan keluarga?
Temujanji biasa dan idea nak melamar datang secara random? (I love this one....Random)
Vacation?
Time tengok wayang?

So, ini ada 1 cerita (cecite, cecite) yang berlaku di negara barat yang memang banyak idea random dan kadang2 merapu....
Kisah lamaran yang dibuat dalam iklan TV (Nice....) oleh David Jones kepada kekasihnya, Dee Horton. (sumber asal sini) Jones ada inform GF die tuk tngok TV 1 hari. Dia cakap die jadi superhero dalam 1 iklan TV. So Horton, tngok r TV. Mana tau yang target tuk iklan tu adalah Horton sendiri. Dalam iklan tu Jones cakap "A lot of people say we're living on love, like it's a bad thing." "How about you and I show the world what true love is all about?"
Lepas habis iklan tu Jones datang melamar personally.

Best tak cara aku melamar?


Random betul idea nie. Nak baca lagi detail kisah nie boleh baca kat sini.




BACA LAGI- Lamaran Perkahwinan @ Marriage Proposal

ALLAHU RABBI


Setiap perlakuanku....
Setipa denyut nadi
Setiap degupan jantung
Setiap helaan nafas
Setiap kerlipan mata
Setiap langkah kaki
Setiap tutur bicara
Setiap perlakuanku
Terhasil, terjadi dan berlaku
Semuanyan atas izin ALLAH
Aku hanya insan lemah
Hidup dengan keizinan
ALLAH Maha Besar
ALLAHU RABBI....



BACA LAGI- ALLAHU RABBI

PM's Open House

1 Syawal 1431H, Jumaat @ Putrajaya;
1st time 1 Syawal tanpa family;
Raya kat Putrajaya;
Pergi rumah terbuka PM;
Melantak sepuas hati dari pagi ke petang....
Overall, Raya pertama tahun nie, BEST & BERBEZA!!


Pagi Syawal. Al-Fikr sampai awal. Still, ada lagi orang lain yang sama gak sampai awal (pukul 7 lebih sikit). Tapi tak terus masuk masjid, instead Al-Fikr amik gambar dulu.


Yang nie member yang sama2 beraya di perantauan, Mr. Asyraf@ Asy@ Raf@ Alap (jgn tanya kenapa die banyak nickname)

Lepas solat sunat Aidilfitri, snap gambar dulu, sebelum melantak kat rumah PM....

Snap lagi.... (Alap prank Al-Fikr! Gambar nie nampak cam Al-Fikr kena impale dgn pokok kat belakang tu! Damn!!)

Kat luar masjid, umat manusia yang berpusu-pusu, berasak-asak bergerak....
Hala tuju? Rumah PM kot. Tak pun diorang nak balik rumah, tido!
Gambar nie (atas) ada orang yang wat demo nak tentang kempen bakar Al-Quran pada 11/9....(kidding)
Sekali nampak lak family yang pakai baju dengan rona warna yang sama. Nak saving! (Hahahaha....)

Mat motor (besar+mahal) yang amik gambar sebelum serbu rumah PM....

Pergi rumah PM naik bas(dengan Alap)....Malas nak drive sendiri. Susah r cari parking dan memacam lagi

In the bus....

Deretan kereta yang nak serbu rumah PM....


Sampai sudah kat rumah PM

Bila r aku nak ada rumah yang ada signboard gempak camnie?

Banner rumah terbuka tu....

Snap gambar depan banner nie sekejap....

Jalan r masuk rumah PM. Sampai jer, tengok kanopi yang banyak tu dah tau dah....Mesti banyak makanan untuk Al-Fikr+Alap makan. Kitorang pun serbu masuk (macam orang lain gak).

Alap yang gelap mata melihat ruang mengambil makanan (atau tengok awek yang vogue gitu di pagi raya....)

Snap random orang ramai mengambil makanan

Antara menu yang disediakan:
Nasi himpit,ketupat palas, lemang, rendang ayam, redang daging, tosai, roti john, mi kari, soto, satay, laksa, cendol, air pelbagai warna....
Kalo nafsu makan tu tak control memang pecah perut r makan sepuas hati. Semua menu tu sedap, and Al-Fikr try semua tp bukan sekaligus. Sikit2 dan berperingkat2. Al-Fikr tak mau pecah perot....

Mula2 try mi kari....

Lepas tu jalan kejap, tengok orang, borak (ucap selamat hari raya) dengan sape2 (stranger).
Alap lak, makan terus menerus. Nonstop....Xtau r camne die manage perot die....


Dah puas jalan, sambung makan balik. Try lak lemang+nasi himpit+rendang


Okay stop lagi. Kali nie lama skit....Jalan2 wat benda yang sama cam tadi. Kali nie sekali dengan Alap.
Alap, jumpa kereta buggy, and die naik r. Tapi die tak bawa. What a ....

Yang belakang adalah seorang kanak2 Iran. Die datang dengan famiy die beraya kat Malaysia. (Diorg cakap Malaysia panas, even hari Jumaat tu redup jer....)

Bila dah sampai masa solat Jumaat, kitorang (Al-Fikr+Alap) pergi lagi ke masjid Putra. And, ada benda best jadi kat Alap. Dia solat sebelah PM, Datuk Seri Najib Razak. Eventually, Alap tak perasan pun mula2. Dah habis solat baru perasan....Way to go, Alap.

Datuk Seri keluar masjid....

Sebelum pergi (lagi) ke rumah PM, kitorg snap r gambar lagi....



Dah puas snap2 gambar kitorg pun pergi r rumah PM (lagi). Acara makan2 berterusan sampai kitorang puas. Kitorg balik dalam pukul 3 camtu.

Overall, even raya di perantauan, Aidilfitri Al-Fikr still meriah.



Parting shot....

Mr. Alap says goodbye. See you next year....
BACA LAGI- PM's Open House
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts