Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.
Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Steve Jobs: Famous Quotes


Sepintas mengenai Steve Jobs



Steven Paul "Steve" Jobs (24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011) ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas,pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios; dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.   (sumber wikipedia)
Sebagai seseorang yang dilihat membawa pembaharuan dan revolusi, inspirasi dan aspirasi Steve Jobs dinanti dan dicari. Setiap tutur kata dan ucapan beliau memperlihatkan perwatakan dan kesungguhan beliau melakukan sesuatu perkara. Tak lupa juga ia menggambarkan kepekaan dan keinginan beliau untuk berjaya dan menjadi pencetus kejayaan bagi yang tahu dan mengambil tahu.

Disini Al-Fikr ingin kongsikan sedikit kata2 Steve Jobs, yang agak bernas.
  • I was worth about over a million dollars when I was 23 and over 10 million dollars when I was 24 and over a hundred million dollars when I was 25, and it wasn’t that vital because I never did it for the money. (PBS documentary Triumph of the Nerds: The Rise of Accidental Empires, 1996)
  • Life the richest man in the burial ground doesn’t matter to me… Going to bed at nighttime saying we’ve done something wonderful… that’s what matters to me. (On the success of Bill Gates and Microsoft, The Wall Street Journal, summer 1993)
  • Quality is more vital than quantity. One home run is much surpass than two doubles.
  • The only way to do fantastic work is to like what you do. If you haven’t establish it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it.


 p/s: secara konsisten Steve Jobs membawa dunia komputer ke peringkat lebih tinggi, Steve juga secara konsisten mengenakan gaya yang sama ketika berhadapan ribuan orang. Gaya yang sama biar zaman berubah. Konsisten.

BACA LAGI- Steve Jobs: Famous Quotes

Apa yang bermain difikiran & Salam ramadhan


Apa yang bermain difikiran....
  1. Ramadhan dah datang. So berpuasa dan menahan diri dari dosa2 yang membatalkan & mengurangkan pahala puasa. Berpuasa dan topup amalan menggandakan pahala. And, berdoa amalan itu berterusan untuk masa2 yang mendatang.
  2. France, France, France & traveling. Nak cepat melangkah ke fasa hidup yang lebih mencabar.
  3. Superbike. Ni obsession, so that is all to said.
  4. Pray for my small Score A business keep on right track & in good pace.
  5. Nak belajar balik. Experiment thesis dulu, masih banyak loose ends. Masih banyak ruang untuk improvement.
  6. Need to write back. Tulislah apa2; poem, short stories, thesis proposal. Whatever, as long I write.
  7. Quit current job. Maybe bukan option terbaik.
Maybe ada lagi. Tapi, ini je yang bermain difikiran 4-5 minggu ni.
Takpe Al-Fikr akan usahakan yang termampu buat masa ni. Kurangkan beban sikit. Maybe, boleh mulakan dengan yang last tu dan teruskan apa yang patut.
Dan kepada readers, Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan berusaha menambah amalan. Dan Al-Fikr doakan usaha itu tak berhenti setakat Ramadhan saje, tapi diteruskan sampai bila2.




BACA LAGI- Apa yang bermain difikiran & Salam ramadhan

Memulakan (Bicara) Penutup


Assalamualaikum....

Memulakan bicara hari ini, ialah ungkapan maaf kepada dunia.
Semoga maaf itu dibalas dan kesalahan dan dosa itu dilupakan dan tidak diulangi.

Ia disusuli pula dengan ucapan salam sejahtera ke atas kalian. Moga perjalanan kalian senang dan sentiasa dipermudahkan. Tiada ranjau berbisa malah lumpur dosa yang menguji kalian habis-habisan.

Dan akhir kata, marilah kita memanjat syukur kepada ALLAH untuk segala yang kita ada dan lalui. Moga kita tidak dijauhi dari rahmat dan keampunan ALLAH.... Amin.




BACA LAGI- Memulakan (Bicara) Penutup

Salam Maal Hijrah


Salam Tahun Baru Hijrah 1432
Bersama kita hijrah hidup dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Hijrah dari yang lama kepada yang baru
Dan hijrah kearah Iman, Taqwa yang lebih mantap....
Amin....


p/s: ini post yg ke-200. 1 benchmark yang best. Moga blog ini boleh kekal dan menyalurkan ilmu2, info2,  kepada pembacanya di tahun baru ini. Amin.


BACA LAGI- Salam Maal Hijrah

Esok Raya


Esok raya....Yayyyy!!!
Esok solat raya kat Putrajaya....Yayyyy!!!

Meski wajah tak mampu bersua
Tangan tak bisa saling berjabat
Salam kemaafan jua dipohon
Semoga lebaran ini mampu menjadi
Jambatan dalam hari kemenangan

Dengan tulus ikhlas diucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
BACA LAGI- Esok Raya

Merdeka Malaysia, Merdeka rakyat Malaysia

31 Ogos 1957
Tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan selepas dijajah selam lebih 400 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman penjajahan itu disirami darah dan air mata.

31 Ogos 2010
Usia kemerdekaan ini sudah 53 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari penjajahan mungkin hanya kata2 kiasan semata.
Tapi zahirnya kita masih terjajah, masih terbelenggu dengan permasalahan hasil karya penjajah.

Bagi Malaysia, merdeka itu amat bermakna.
Lepas dari penjajahan.
Lepas dari penaklukan.
Bebas mentadbir negara dengan acuan sendiri.

Tapi bagi seorang rakyat Malaysia ini, merdeka terasa kosong.
Melihatkan agamanya diperkotak-katik terus-terusan saban waktu.
Melihatkan rakyat negara sendiri tunggang-terbalik.
Melihat pemimpin berlainan teras bercakaran sesama sendiri.
Melihat tunas2 bangsa yang gugur sebelum bercambah besar.

Tertanya dia sendirian
Apakah merdeka itu membebaskan manusia itu dari segala tanggungjawapnya?
Apakah merdeka itu membolehkan mereka melakukan sesuatu tanpa ada balasan?
Dia tak tahu....
Dia ingin mengambil tahu....

Jadi selamat hari kemerdekaan ke-53 Malaysia
Dan, selamat mencari erti kemerdekaan bagi rakyat Malaysia



BACA LAGI- Merdeka Malaysia, Merdeka rakyat Malaysia

Ramadhan Datang lagi....




Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga RAMADHAN ini dapat mendidik kita untuk menjadi umat yg lebih beriman, bertakwa dan berjaya.
AMIN 
BACA LAGI- Ramadhan Datang lagi....

To my 15th follower

I dedicated this post to my 15th follower....
Thank you for following my blog and try to keep supporting me  ^0^


Nak tau sape dia leh tengok blog die

Okay, Thank You.....   ^0^/
BACA LAGI- To my 15th follower

100th post....Yaaayyy!!!!

Blog post yg ke-100
Yaayyyyy....
Try to recap balik pe yg ada dlm 100 nie
Mumbling2 aku bersepah-sepah....
Short stories rekaan (modified sendiri) ada 7-8 jer....
Video2 + lagu2 ada banyak gak....
Gambar tuk kempen pelik2 ada < 10....

Kira ok gak tuk 100 post terawal....

Tapi apa2 hal pun 1st milestone dh lepas....  XD
BACA LAGI- 100th post....Yaaayyy!!!!

Hari Guru

16th MAY setiap tahun akan ada sambutan hari guru. Tak kisahlah kat mana. Sekolah, Institut (apa-apa), Universiti, Kolej. So selamat hari guru tuk semua guru-guru yang talah mengajar saya, telah mendidik saya, telah merotan saya, telah marah saya dan sebagainya (waktu sekolah dulu adalah sangat nakal). Tapi saya tak nak cakap pasal cerita saya dan guru serta jasa-jasa beliau. Saya nak cerita pasal 25 pelajar dan seorang guru merangkap warden asrama disekolah saya dulu.


Tersebut kisah disebuah sekolah yang mepunyai disiplin yang ketat kerana berstatus sekolah agama. Melihatkan disiplin dan peraturan yang ketat, maka adalah segelintir pelajar yang berjiwa muda, berdarah hangat dan berani mati yang cuba, berjaya, kantoi membuat onar di sekolah itu. Mereka melakukan onar ini dengan sesuka hati tanpa ada sesiapa yang tau melainkan 25 pelajar senior dari kelas yang sama (mereka semua lelaki). Dari pelajar biasa ke pustakawan ke pengawas. Dari kelas sendiri ke library, makmal komputer hingga ke kawasan-kawasan yang tidak terduga oleh sesiapa. Senang cerita mereka semua suak membuat onar dimana sahaja yang mereka dapat pergi. Adapun setiap kali perbuatan nakal ini dilakukan, hanya kumpulan kecil sahaja yang bergerak, dalam 4-6 orang.


Warden asrama merangkap guru fizik disekolah berkenaan adalah orang muda dan bergaya macho, single dan skema. Dia tak suka sesuatu yang bertentangan dengan ideologi keadilan. Jadi dia mengesyaki pelajar dari 1 kelas ini ada membuat perkara yang kurang sedap didengar dan menyakitkan mata memandang. Tapi tiada bukti kukuh yang menjurus kepada pertuduhan apatah lagi nak menjatuhkan hukuman.


25 pelajar ini amat bijak dalam menghilangkan jejak2 kerja jahat mereka. Masuk ke makmal komputer lepas waktu PREP dengan kunci yang sah. So tak dikira pecah masuk, tapi lebih kepada masuk tanpa izin selepas waktu rasmi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Mereka kantoi melakukan kerja2 jahat mereka ditangan guru fizik ini. Walaupun bukan semua 25 orang yang kantoi, tetapi dengan tertangkapnya sebilangan kecil ini telah mengecewakan banyak pihak. Tak kurang juga yang marah. 1 sekolah tahu, marah,malu. Tapi apa nak buat lagi, benda sudah terjadi.


Jadi selamat hari guru untuk semua guru. Jangan dilupa juga guru dirumah dan pengajaran dari semua guru. Mereka bagi ilmu mereka yang diwarisi dari generasi terdahulu untuk kita dan generasi mendatang.


Terkenang peristiwa silam



p/s: Ini kisah benar....Penulis adalah salah seorang dari 25 pelajar berkenaan. Kini semua 25 pelajar ini telah dewasa dan apabila mengenangkan kisah disekolah, mereka berkat "We were young and stupid then....."
BACA LAGI- Hari Guru

Rauf's day ^0^/


This is my friend Rauf.
Today is his birthday.
So, it means I will wish happy birthday.
Rauf, Happy Birthday....














BACA LAGI- Rauf's day ^0^/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts