Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Tamak

Selalu orang cakap "Orang Tamak Selalu Rugi"....

Jadi, jangan contohi burung ini. Sekali sambar 3 ikan terus....


Gambar ihsan Bing
BACA LAGI- Tamak

RobinHood feat Asmirandah - Salahkah Kita



BACA LAGI- RobinHood feat Asmirandah - Salahkah Kita

Who am I inside?

 
Who am I inside? 
I don't really know, but do you know?
I don't think you know....
Yet you still judge me. Why?
Because judgement is awesome.
It shows you are better than others.
Yet, you just look at the very top of something
Never to search for what is inside,
The beauty of hidden content.

Ufff....How I hate judgement. Everyone is so judgemental and it is annoying like hell....
BACA LAGI- Who am I inside?

Wishlist....

Al-Fikr ada 1 senarai yang berkaitan dengan obsession, kegemaran, kegilaan dan freedom Al-Fikr. Dan ia akan sentiasa di upgrade from time to time.... Yang nak dicerita sekarang adalah current list - Top 3.

No. 1 Be a traveller and travel all over the world
Keinginan yang tak pernah tercapai sejak Al-Fikr pandai berfikir dan mengingat. Bermula dengan ranking bawahan, kini ia telah berada di tangga teratas. Tak tahu sebab apa, tapi menjadi pengembara boleh membuka mata Al-Fikr dan mematangkan fikiran. Ia juga boleh menjadi medan untuk berdakwah dan menimba ilmu.

No. 2 Menonton Wrestlemania secara live
Hahahaha....Yang nie mungkin kedengaran seperti main2 dan saje suka2. Tapi ia adalah realiti. Memang Al-Firk nak tngok wrestlemania live. Bukan takat tengok diorang gusti2 dalam ring, tapi join full tour selama seminggu. Wrestlemania nie mengumpulkan banyak event seperti award tuk juara2, malam tuk legenda2 dan peak event adalah malam wrestlemania.....Hahahaha  XD

No. 3 Memiliki Superbike/Scrambler
Yang nie kira baru lagi r. Tapi sebab Al-Fikr dah bekerja dan ada duit sendiri, secara automatik wish nie dapat ranking yang ke-3. Dan nak jadi cerita, Al-Fikr dah start survey harga, model dan juga tahap best superbike/scrambler nie. Hahahahaha....Vrooooommmmm.....

Itulah Top 3 wishlist Al-Fikr. Yang no. 2 tu memang nampak mengarut, tapi still itulah yang Al-Fikr nak buat.
Diharap Top 3 nie akan berubah bila Al-Fikr rasa nak post pasal wishlist lagi  XDDDD
BACA LAGI- Wishlist....

Tommy Heavenly6 - Papermoon

Best lagu nie....
Dari siri anime Soul Eater (yang best tapi kurang menyengat compare to manga)
Tommy Heavenly6 truly awesome



BACA LAGI- Tommy Heavenly6 - Papermoon

Kristal Air


water crystal after accepting 500 people expressing "Love"

 Impression of Spring Water

Crystal after reading "Wisdom" in German.

 Crystal after reading "Cosmos" in English. 

Cantik kan semua gambar kristal air kat atas....Gambar kristal air ni diambil dari serata dunia untuk tujuan penyelidikan. Dr. Masaru Emoto telah menjalankan kajian mengenai air selama beberapa tahun dan telah mendapat kesimpulan yang air ini menunjukkan sifat yang berlainan jika terdedah kepada elemen perasaan, sekitaran yang berlainan. Contohnya, jika air terdedah kepada lafaz2 yang positif, kristal yang terbentuk adalah indah dan memukau. Tapi, jika air terdedah kepada lafaz2 negatif, kristal yang terbentuk adalah hodoh dan menyeramkan.

Hal ini sekaligus menerangkan mengapa air yang dibacakan surah YASSIN, digunakan sebagai air penawar, air penerang hati dan pelbagai lagi. Bukan itu sahaja,  Dr. Masaru Emoto mengatakan jika kualiti kristal air ini baik, ia juga boleh menjadikan badan kita lebih sihat, bertenaga, dan fikiran lebih positif dan tenang.

 kristal air Zam-Zam

sebahagian daripada gambar kristal air.

Dr. Masaru Emoto juga ada mengatakan yang kristal air ini akan berubah bentuk mengikut 99 nama ALLAH jika ia dibacakan ke arah air.

Untuk membaca lebih boleh klik sini, sini dan sini.
Untuk melihat lebih gambar2 kristal air ini klik sini.
Atau boleh terus mencari buku The Hidden Message in Water



 Dr. Masaru Emoto

Gambar ihsan BING
BACA LAGI- Kristal Air

Blogwalking software & Kempen Youthsay

Huhuhu....Al-Fikr dah try dah blogwalking software nie. Nak tau pe die blogwalking software nie, klik sini (sebab Al-Fikr kenal software tu kat sini). Software nie mmg best. Serius best. Terima kasih kepada pembina software nie.

Tapi (nie yang tak best nie), ada yang guna software nie tuk promote kempen youthsay kat c-box+shoutmix bloggers. Memang sengal r alien tu. Tinggal link tuk kempen youthsay. Klik kat name dalam c-box+shoutmix tu kuar page kempen youthsay. Urgghh....Geram jer bila klik link tu. Tak tau r pe nak cakap. Bukan kita yang menilai perbuatan kita, tapi orang lain. So Al-Fikr nilai mereka nie sebagai orang yang..... (diam membisu sebab tak jumpa perkataan yang sesuai).

Bloggers2 nie blogwalking tuk up traffic ke page diorang, Maybe untuk dapatkan khalayak pembaca atau just nak orang datang blog dan klik iklan nuffnag.... Tapi kalau dah exchange link kempen youthsay, orang lain yang untung. Bloggers klik link dalam c-box+shoutmix, ingat leh tengok blog orang lain, tapi ter-support lak kempen youthsay....Rabak-koyak-hancur hati si bloggers....

Kesimpulannya, kita....
Gunakanlah kemudahan yang ada mengikut kesesuaian. Jangan salah guna untuk kepentingan diri sendiri dan menyusahkan (menyakitkan) orang lain.
BACA LAGI- Blogwalking software & Kempen Youthsay

Saya yang terbaik


Diri kita adalah yang terbaik
Diulangi TERBAIK
Tapi sebaik manapun kita
Diri kita tetap dinilai oleh orang lain.

Ia menyedihkan,
Tetapi itulah realiti.
Kita sudah beri yang terbaik
Orang lain beranggapan kita buat sambil lewa
Kita sudah beri yang terbaik
Orang lain tidak percaya
Kita sudah beri yang terbaik
Kita tetap dinilai oleh orang lain

Hidup kita, orang lain yang nilai
Cara kita, orang lain yang nilai
Perbuatan kita, orang lain yang nilai

Tapi
Kita sudah beri yang terbaik
Kita tak mampu puaskan setiap orang
Kita cuma mampu beri yang terbaik 
Butalah yang terbaik
Berilah yang terbaik
 
BACA LAGI- Saya yang terbaik

Burung Kelicap a.k.a Hummingbird

Mesti ramai yang tahu pasal burung kelicap@hummingbird ni kan. Burung bersaiz kecil, yang kibas kepak die laju giler pastu ada paruh panjang+halus. Kenal tak? Tak kenal takpe....Al-Fikr boleh tunjukkan

Burung Kelicap a.k.a Hummingbird

Dah kenal burung ni, mari kita teroka lebih sikit pasal burung kelicap nie.

Burung kelicap berasal dari famili Trochilidae dan ada banyak spesis seperti 


Allen's hummingbird Selasphorus sasin 

Black-chinned hummingbird Archilochus alexandri

Rufous hummingbird Selasphorus rufus

Broad-billed hummingbird Cynanthus latirostris

 Dan banyak lagi spesis....Dah kenalkan bentuk burung kelicap ni camne kan. Kita teroka lagi pasal burung nie.... Saiz burung adalah dari 2.25 inci hingga 8 inci dan berbeza untuk setiap spesis. Ini menjadikan burung kelicap ni keluarga burung terkecil didunia.


Beberapa fakta lagi mengenai burung kelicap@ hummingbird:
  • Burung kelicap tak boleh menghidu bau
  • Burung kelicap mempunyai cara penerbangan yang unik. Ia boleh terbang ke depan, belakang, sisi dan boleh kekal di udara dengan mudah.
  • Burung kelicap boleh mengibaskan kepaknya sebanyak 80 kali sesaat sewaktu terbang secara normal dan boleh mencecah 200 kali sesaat jika melakukan terjunan akrobatik.
  • Kaki burung kelicap adalah lemah dan hanya digunakan untuk mencengkam tempat ia bertenggek.
 Burung kelicap ni memang comel dan unik. Banyak kebarangkalian teknologi zaman sekarang terutama dalam bidang penerbangana diilhamkan dari cara penerbangan burung kelicap. Mesti ramai yang tak percaya yang idea helikopter tu datang dari burung kelicap. Tak percaya? Try tengok cara terbang burung kelicap dengan helikopter. Ada yang sama tak? Mesti ada.

Nak baca banyak lagi tentang burung kelicap boleh klik sini.

Gambar ihsan BING
BACA LAGI- Burung Kelicap a.k.a Hummingbird

Saya ingin terus belajar

Baru2 nie, Al-Fikr lihat banyak perkara yang pelik2 berlaku sekeliling kita. Tapi xkelihatan pula cerdik-pandai-pakar yang mengeluarkan kata2 hikmat bagi menerangkan perkara pelik itu. Maka, perkara pelik itu terus-menerus menjadi pelik dalam pandangan Al-Fikr.

Nak, jadikan cerita, Al-Fikr juga suka melihat perkara2 pelik ini. Bukan dengan niat nak mengutuk, atau menghina tapi sebagai pengetahuan. Perkara2 pelik yang melingkari pandangan Al-Fikr, menerobos ruang fikiran Al-Fikr ini tak lain dan tak bukan adalah mengenai keutamaan meruntuhkan iman dari golongan kafir atau Islam itu sendiri. 

Al-Fikr tak ingin kupas lebih lanjut, sebab perkara ini belum habis Al-Fikr pelajari, teliti dan  belum cukup mantap untuk dikeluarkan teori baru apalagi untuk membuat kesimpulan. Jadi, Al-Fikr mengharapkan rakan2 untuk membantu Al-Fikr. Mari kita usaha untuk mengupas setiap perkara kecil di dalam Al-Quran dan Hadis, dan iringkan perkara itu dengan kemajuan sains zaman ini. 

Al-Fikr harapkan, jika ada buku2, artikel2, website yang mengupas dengan mendalam tentang Al-Quran dan Hadis, beritahu Al-Fikr. Bagus juga jika ada yang sudi mengajar. Sebagai seorang insan yang baru mula belajar, guru amat diperlukan. Bimbingan dan galakkan adalah sumber inspirasi. Setiap pertolongan pasti ada balasan.



p/s: Al-Fikr ingin terus belajar. Bukan sekadar apabila sudah ada ijazah, ilmu sudah tidak perlu dicari. Mencari ilmu adalah kerja seumur hidup. Ruang untuk mengembangkan ilmu tidak terbatas, kerana ilmu ALLAH maha luas.
BACA LAGI- Saya ingin terus belajar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts