Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

PM's Open House

1 Syawal 1431H, Jumaat @ Putrajaya;
1st time 1 Syawal tanpa family;
Raya kat Putrajaya;
Pergi rumah terbuka PM;
Melantak sepuas hati dari pagi ke petang....
Overall, Raya pertama tahun nie, BEST & BERBEZA!!


Pagi Syawal. Al-Fikr sampai awal. Still, ada lagi orang lain yang sama gak sampai awal (pukul 7 lebih sikit). Tapi tak terus masuk masjid, instead Al-Fikr amik gambar dulu.


Yang nie member yang sama2 beraya di perantauan, Mr. Asyraf@ Asy@ Raf@ Alap (jgn tanya kenapa die banyak nickname)

Lepas solat sunat Aidilfitri, snap gambar dulu, sebelum melantak kat rumah PM....

Snap lagi.... (Alap prank Al-Fikr! Gambar nie nampak cam Al-Fikr kena impale dgn pokok kat belakang tu! Damn!!)

Kat luar masjid, umat manusia yang berpusu-pusu, berasak-asak bergerak....
Hala tuju? Rumah PM kot. Tak pun diorang nak balik rumah, tido!
Gambar nie (atas) ada orang yang wat demo nak tentang kempen bakar Al-Quran pada 11/9....(kidding)
Sekali nampak lak family yang pakai baju dengan rona warna yang sama. Nak saving! (Hahahaha....)

Mat motor (besar+mahal) yang amik gambar sebelum serbu rumah PM....

Pergi rumah PM naik bas(dengan Alap)....Malas nak drive sendiri. Susah r cari parking dan memacam lagi

In the bus....

Deretan kereta yang nak serbu rumah PM....


Sampai sudah kat rumah PM

Bila r aku nak ada rumah yang ada signboard gempak camnie?

Banner rumah terbuka tu....

Snap gambar depan banner nie sekejap....

Jalan r masuk rumah PM. Sampai jer, tengok kanopi yang banyak tu dah tau dah....Mesti banyak makanan untuk Al-Fikr+Alap makan. Kitorang pun serbu masuk (macam orang lain gak).

Alap yang gelap mata melihat ruang mengambil makanan (atau tengok awek yang vogue gitu di pagi raya....)

Snap random orang ramai mengambil makanan

Antara menu yang disediakan:
Nasi himpit,ketupat palas, lemang, rendang ayam, redang daging, tosai, roti john, mi kari, soto, satay, laksa, cendol, air pelbagai warna....
Kalo nafsu makan tu tak control memang pecah perut r makan sepuas hati. Semua menu tu sedap, and Al-Fikr try semua tp bukan sekaligus. Sikit2 dan berperingkat2. Al-Fikr tak mau pecah perot....

Mula2 try mi kari....

Lepas tu jalan kejap, tengok orang, borak (ucap selamat hari raya) dengan sape2 (stranger).
Alap lak, makan terus menerus. Nonstop....Xtau r camne die manage perot die....


Dah puas jalan, sambung makan balik. Try lak lemang+nasi himpit+rendang


Okay stop lagi. Kali nie lama skit....Jalan2 wat benda yang sama cam tadi. Kali nie sekali dengan Alap.
Alap, jumpa kereta buggy, and die naik r. Tapi die tak bawa. What a ....

Yang belakang adalah seorang kanak2 Iran. Die datang dengan famiy die beraya kat Malaysia. (Diorg cakap Malaysia panas, even hari Jumaat tu redup jer....)

Bila dah sampai masa solat Jumaat, kitorang (Al-Fikr+Alap) pergi lagi ke masjid Putra. And, ada benda best jadi kat Alap. Dia solat sebelah PM, Datuk Seri Najib Razak. Eventually, Alap tak perasan pun mula2. Dah habis solat baru perasan....Way to go, Alap.

Datuk Seri keluar masjid....

Sebelum pergi (lagi) ke rumah PM, kitorg snap r gambar lagi....



Dah puas snap2 gambar kitorg pun pergi r rumah PM (lagi). Acara makan2 berterusan sampai kitorang puas. Kitorg balik dalam pukul 3 camtu.

Overall, even raya di perantauan, Aidilfitri Al-Fikr still meriah.



Parting shot....

Mr. Alap says goodbye. See you next year....

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts