Bila rasa hati itu bercampur Al-Fikr mesti mendongak memandang langit.
Bukan nak menahan air mata dari menitik, tapi lebih kepada untuk mengingatkan diri yang ALLAH itu ada untuk membantu hambanya yang sudah teruji dan hampir berputus asa.
Hati rasa gundah....
Tarik nafas panjang....
Lafazkan kalimah syahadah, selawat ke atas nabi....
Kepala didongakkan....
Mata menatap langit membiru....
Lepaskan nafas....
Fokus kembali kepada apa yang ada didepan mata
Memang apa yang ada didepan mata itu keutamaan.
Keutamaan disaat itu.
Tapi, bila melihat langit biru
Terfikir lagi....
Dimana hujung langit?
Kalau berada ditanah asing adakah langit itu masih sama?
Adakah ia membawa erti kalau kita berjalan ditanah asing tapi dibawah langit yang sama?
Adakah hela nafas masih panjang untuk melihat kebesaran ciptaan ALLAH?
Setelah bertahun2 berfikir....
Hanya 1 cara sahaja untuk bertemu jawapan soalan2 itu.
Berjalanlah ke tanah asing....
Lihatlah manusia ditanah asing hidup....
Kutiplah ilmu disepanjang perjalanan itu.
Moga iman dan taqwa jadi lebih kukuh di sepanjang perjalanan....
0 critique:
Post a Comment