Penyelewengan sejarah adalah perkara pelik. Pelik sebab
kenapa nak seleweng sejarah. Ada kepentingan ke dengan menipu generasi akan
datang? Mungkin ada, tapi bahan bukti boleh ditipu juga ke? Sejarawan lebih arif & mereka perlu bertanggungjawap
untuk perlakuan mereka. Kalau mereka sudah seleweng bahan bukti dan sejarah,
maka generasi seterusnya akan hidup dalam penipuan orang2 tua mereka….
Tapi, sejarah sebenarnya bukan 1 benda yang tetap. Siapa2
pun boleh keluarkan teori sejarah mengikut pemahaman dan bahan bukti masing2.
Takde masalah untuk memikirkan teori baru sejarah. Hal sejarah ini jadi pada
masa lalu. Dan, kita ada selepas perkara itu jadi. Secara logik, kita boleh cakap
apa saje asalkan logik dan ada bahan bukti.
1 contoh terbaik adalah mengenai sejarah perjalanan
mengelilingi dunia. Dulu, semua sepakat yang Ferdinand Magellan adalah orang
pertama mengelilingi dunia. Tapi, faktanya Ferdinand Magellan mati dalam
perjalanan dan tak sempat mengelilingi dunia. Jadi di situ fakta sejarah
sebenarnya telah berubah. Teori
perubahan ini bermula dengan fakta kematian Ferdinand Magellan dan catatan
perjalanan anak2 kapal yang melengkapkan pelayaran. Dan nak jadikan kisah sejarah ni lebih best, orang yang sempurnakan pelayaran ini adalah hamba Magellan yang dikutip dari Melaka. Nama dia Enrique @ Henry The Black(Al-Fikr tak ingat nama Melayu dia, siapa2 ingat boleh bagitau).
Dan, selepas beberapa lama, muncul pula nama Ibn Battutah
sebagai orang pertama yang mengelilingi dunia. Bahan bukti adalah juga catatan
perjalanan yang bertarikh lebih awal dari gerombolan kapal Ferdinand Magellan. Bahan bukti ini telah dikemukan oleh mereka yang gigih meneroka sejarah perjalanan cendekiawan Islam. Sejarah yang cuba ditutup oleh musuh Islam.
Nampak disini, sejarah berubah mengikut bahan bukti. Jadi,
memang tak salah kalau ada sesiapa yang nak kemukakan teori sejarah sendiri.
Yang penting tunjukkan bahan bukti yang sahih. Bukan yang dipalsukan….
Enrique @ Henry The Black
Ferdinand Magellan
Ibn Battutah
p/s: pendapat peribadi, tiada kena mengena dengan sesiapa
yang hidup.
Bagi yang sudah mati, maaf dipohon terhadap waris simati….
2 critique:
Erm.. menarik.. Tapi betul... kalau kita tengok silibus sejarah masa kita skolah dulu, sbnrnya pun dah banyak yg diputar alam kan. Sebab tu kebanyakan drpd kita tak suka subjek sejarah, sbb fakta tu semuanya bukan betul. Sbb tu bosan gila.
hahaha, betol tu. Tp kisah sejarah yg bukn versi pro-pihak tertentu mesti hilang. sejarah bukan 1 versi XO
Post a Comment