Beberapa hari kemudian
Di perpustakaan
Bad berseorangan di meja belakang perpustakaan. Meja yang bertentangan dengan dinding cermin yang berhadapan dengan laut yang terbentang luas. Bad melontarkan pandangan ke laut, hilang fokus asal dia ke perpustakaan; mentelaah pelajaran. Buku2 dibiarkan terbuka dan bersepahan di atas meja.Laptop pinjam dari Salman dibiarkan terbuka.
"Fuuuu...." keluhan terluah dari mulutnya. Mukanya tampak kusut.
"Man ni lambat r...."
Dia bangun dan mula berjalan2 didalam perpustakaan. Hari ini, perpustakaan agak lengang. Tidak ramai pelajar yang mengunjungi perpustakaan diwaktu begini. Almaklum, awal semester. Kalau dah dekat nak exam nanti penuhlah perpustakaan ni.
Ketika berjalan itu, Bad terlihat Safura - berseorangan - sedang mencari2 buku disalah sebuah rak buku. Dia bergerak menghampiri Safura.
"Assalamua'laikum...." Bad memberi salam.
Safura berpaling, "Waa'laikumsalam.....". Safura cuba senyum apabila matanya bertentang dengan mata Badrul.
"Safura pe khabar? Sorang jer? Hani mana?" melihatkan Safura agak gugup, Bad membuka bicara.
"Badrul. Saya sorang jer. Hani ada kelas."
"Oooo....Ok. Saya sorang gak ni. Man hilang tah ke mana. Ni tengah cari buku per?"
"Buku pasal genetic....Haaa ada pun"
"Besar buku tu, biar saya ambilkan...." Bad bergerak kedepan dan terus mencapai buku yang terletak di rak itu.
"Dapat dah. Safura, duduk mana? Boleh kita jalan sekali. Kalau takde tempat, jom r pg belakang sana. Bad punye buku ada sana. Laptop saya lagi."
"Boleh gak. Memang cadang nk duduk sana pun. View die cantik...."
*****
Salman berjalan perlahan sahaja. Fail dijadikan penghalang daripada terik matahari. Dia berharap Badrul dh ada di perpustakaan. Dia bukan jenis orang yang suka menunggu.
*****
"Oooo....Safura lepasan STPM. Kira kita nie sebaya r"
Badrul dan Safura berbual. Pertemuan di pantai tempoh hari agak singkat untuk berkenalan lebih dalam. Jadi, alang2 sudah ada peluang berbual kenapa tidak cuba berkenalan lebih rapat.
"Ye r. Kita bukan pandai macam die. Pg matrix."
"Pg Matrix jer.Bukan beza sangat pun."
Mereka berdua tertawa manja. Keceriaan jelas terpancar dimuka kedua mereka....
"Safura! Safura single lg?"
0 critique:
Post a Comment