Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Saya analogi-kan perasaan saya


Analogi merujuk kepada perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain samada dari jenis yang sama/berbeza. Jadi, analogi perasaan pula adalah membuat perbandingan perasaan dengan sesuatu yang lain. Jujurnya, Al-Fikr selalu ditanya 'kenapa kau suka bandingkan perasaan kau dengan sesuatu yang jelas?'Best-kan pertanyaan tu. Kenapa agaknya....
Realistiknya, perasaan adalah sesuatu yang abstrak. Suka....suka tu macam mana?Nilai dia macam mana pula? Siapa tahu? Allah yang Maha Mengetahui. Tapi manusia pun perlu tahu juga perkara macam ni. Takkan sebab perasaan tak boleh dinilai, ia tak perlu dinilai? Mengarut. Kalau macam tu, ungkapan2 yang menggambarkan perasaan tu tiada nilailah. I love You, tak sama nilai dengan I belikan you banglo.


Alternatif yang Al-Fikr boleh fikir adalah analogi-kan rasa ini. Macam, saya sukakan awak macam saya sukakan TV. Siapa tak suka TV. Tapi bukan sepanjang masa nak duduk menatap TV je. Analoginya jelas. Rasa suka itu ada, tapi tak semestinya nak sentiasa bersama.

Kadang2 manusia ni terpesong dengan perasaan mereka sebab perasaan tiada nilaian. Sebab tu senang2 cakap 'Saya cintakan awak sampai nafas saya habis'. What The Hell? Cakap camtu hari ni, selang hari2 berikut, terpisah tanpa habis nafas. Oh C'mon. Perasaan manusia ni takde nilai ke? Atau nilai perasaan macam tayar kereta. Boleh pakai dalam tempoh masa tertentu. Habis tempoh kena tukar. Bunga tayar haus kena tukar.


Cuba analogikan. Paling tidak kita tahu level perasaan tu kat mana. Takdelah kita terikut sangat perasaan sebab kita tahu level dia kat mana. Level kasut ke. Level laptop ke. Level keperluan oksigen ke. Analogi-kan untuk menjelaskan level perasaan itu.

Kalau sudah jelas nilai dia, takdelah nanti nak cakap 'sebab saya sayanglah saya lepaskan awak'. Oh C'mon. Dah sayang nak lepaskan pula. Pelik. Kalau kita sayang, kita akan jaga. Kalau ada yang nak merampas, kita akan fight back. Mana ada orang yang biar jer kereta dia kena tarik tanpa sebab. Sebab apa? Sebab dia sayang kereta dia.

Akhir kata, cuba analogi-kan perasaan itu. Barulah kita tahu nilainya. Tapi perasaan berubah mengikut manusia, maka analoginya pun turut berubah. 


p/s: Tiada niat menyinggung 
perasaan sesiapa. 
Sayangkan korang semua seperti sayangkan TV.  : P


3 critique:

LydSunshine said...

Mekasih la ye sbb sygkan akak mcm ko sygkan TV. Pergh. melampau analogi. Kekeke...

Anonymous said...

Al-Fikr I love you like I love my pintu rumah :trollface:

btw ni Abby, aku malas log in so aku jd annon jer :peace:

Al-Fikr said...

@LydSunshine: Tq, sebab bce. Al-Fikr sayangkan semua macam Al-Fikr sayangkan tv.

@Abby: c'mon r. npe xnk log in. Al-Fikr xlyn tau anon n. Exception, sebab Abby ada bgtau :whistling:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts