Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Gambar Muka Bumi

Ini adalah gambar background BING.
Gambar corak hakisan tanah di South Dakota.

Serius cantik gambar nie....
BACA LAGI- Gambar Muka Bumi

Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan - V2

Professor Achilles (bukan nama sebenar) adalah seorang insan yang bersungguh-sngguh mencari ilmu, mempelajari ilmu, mengamalkan ilmu, menyebar dan mengajarkan ilmu. Dia sangat berdedikasi dengan ilmunya menjadikan dia seorang yang disenangi ramai orang. tapi malangnya dia seorang Atheis (tiada agama) sejak lahir.

Jika dilihatkan kepada perwatakan beliau sekarang, tiada siapa menduga beliau pada asalnya adalah seorang insan biasa sewaktu zaman kanak2nya. Beliau tergolong dalam pelajar kelas ke-2 yang tidak diklasifikasikan sebagai bijak, tidak juga bodoh.

Melihatkan keistimewaan mereka yang lebih bijak darinya, membuatkan Achilles berusaha untuk menjadi bijak dan menggunakan kepandaiannya untuk masyarakat sekeliling. Berpegang kepad pepatah " Wise man read a lot " Achilles bermula dengan kerap membaca buku2 yang ditemuinya. Keinginan untuk menjadi pandai itu, akhirnya membuahkan hasil apabila Achilles mendapat tajaan pengajian yang lumayan dan menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda pada usia muda. Tapi keinginan Achilles untuk menjadi pandai telah bertukar kepada obsesi ingin mencari ilmu. Bukan ilmu yang menjurus kepada sesuatu bidang, tetapi segala ilmu yang ada. Dalam erti kata lain, Achilles ingin menjadi orang yang boleh menjawap segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Seperti insan lain, Achilles perlukan seorang teman dalam menemani perjuangannya. Achilles bertemu jodoh dengan Dr. Haruka (bukan nama sebenar), seorang pakar kimia dari timur. Juga seorang Atheis. Mereka sama2 mengejar ilmu tahap tertinggi. Sama2 mengajar dan menyebarluaskan ilmu yang mereka ada.

Seperti kebanyakan pasangan lain, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang sihat tubuh badan dan cukup sifat. Tahun berganti tahun. Anak mereka Troy (bukan nama sebenar) membesar menjadi seorang kanak2 yang pintar dan cerdas otak.

Suatu hari dimusim panas, Prof. Achilles, Dr. Haruka membawa Troy berkelah ditaman seperti kebanyakan keluarga yang lain. Mereka berkejaran sesama sendiri ditaman. Setelah penat mereka duduk menikmti hidangan. Troy mengamati tingkah mesra kedua ibu bapanya. Dia tahu mereka adalah bijak pandai, tapi tidak tahu kenapa mereka mahu menjadi pandai.

Troy: Mama! Ayah! Kenapa mama, ayah nak jadi pandai?
Haruka: Kenapa Troy tany camtu?
Troy: Saja nak tahu.
Haruka: Mama, nak jadi pandai sebab mama nak cari tuhan.
Achilles: Papa pula nak jadi tuhan.

Troy terdiam seketika dan berfikir....

Troy: Kalau amcam tu. Mama, ayah boleh berhenti nk jadi pandai.
Haruka & Achilles: Kenapa?
Troy: Mama, nak jadi pandai sebab nak cari tuhan. Ayah nak jadi pandai sebab nak jadi tuhan. Ayah, sebenarnya ayah sudah jadi tuhan, sebab mama sudah jumpa ayah. Mama sudah jumpa tuhan sebab mama sudah jumpa ayah. Mama, ayah nampak bahagia bila bersama.

Dr. Haruka, Prof. Achilles terdiam seketika dan tertawa serentak. Tanpa mereka sedari apa yang mereka idamkan selama ini telah tercapai. Dan insan yang menyedarkan mereka adalah darah daging mereka sendiri.


p/s: Ini kisah version aku sendiri. Aku selitkan unsur family comes first. Even kita ada cita2 sendiri, orang yang sentiasa rapat dengan kita adalah keluarga kta sendiri. Jangan dilupakan keluarga setelah kita berjaya.
BACA LAGI- Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan - V2

Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan

Ini kisah Urban Legend

Professor Achilles (bukan nama sebenar) adalah seorang insan yang bersungguh-sngguh mencari ilmu, mempelajari ilmu, mengamalkan ilmu, menyebar dan mengajarkan ilmu. Dia sangat berdedikasi dengan ilmunya menjadikan dia seorang yang disenangi ramai orang. tapi malangnya dia seorang Atheis (tiada agama) sejak lahir.

Jika dilihatkan kepada perwatakan beliau sekarang, tiada siapa menduga beliau pada asalnya adalah seorang insan biasa sewaktu zaman kanak2nya. Beliau tergolong dalam pelajar kelas ke-2 yang tidak diklasifikasikan sebagai bijak, tidak juga bodoh.

Melihatkan keistimewaan mereka yang lebih bijak darinya, membuatkan Achilles berusaha untuk menjadi bijak dan menggunakan kepandaiannya untuk masyarakat sekeliling. Berpegang kepad pepatah " Wise man read a lot " Achilles bermula dengan kerap membaca buku2 yang ditemuinya. Keinginan untuk menjadi pandai itu, akhirnya membuahkan hasil apabila Achilles mendapat tajaan pengajian yang lumayan dan menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda pada usia muda. Tapi keinginan Achilles untuk menjadi pandai telah bertukar kepada obsesi ingin mencari ilmu. Bukan ilmu yang menjurus kepada sesuatu bidang, tetapi segala ilmu yang ada. Dalam erti kata lain, Achilles ingin menjadi orang yang boleh menjawap segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Seperti insan lain, Achilles perlukan seorang teman dalam menemani perjuangannya. Achilles bertemu jodoh dengan Dr. Haruka (bukan nama sebenar), seorang pakar kimia dari timur. Juga seorang Atheis. Mereka sama2 mengejar ilmu tahap tertinggi. Sama2 mengajar dan menyebarluaskan ilmu yang mereka ada.

Suatu hari, sedang mereka berehat, mereka bebicara sesama sendiri.

Achilles: Haruka, kenapa kamu mengajar pengetahuan dan ilmu?
Haruka: Kerana, saya ingin mencari tuhan. Kamu, Achilles?
Achilles: Kerana saya ingin menjadi tuhan....

Sudah takdirnya, nyawa manusia itu adalah makhluk tuhan yang tidak kekal. Dr. Haruka dan Prof. Achilles mati. Mereka mati bersama-sama ilmu yang mereka ada. Merka mati sebagai seorang atheis. Dr. Haruka mati tanpa menjumpai tuhan yang dicari-carinya. Prof. Achilles mati sebagai manusia biasa, bukan sebagai tuhan tang diidam-idamkannya....

p/s: Ini URBAN LEGEND sahaja. Jangan ambil kisah atau berat tentang cerita ini. Cuma jadikanlah mencari ilmu pengetahuan sebagai kerja seumur hidup. Jangan apabila dah dapat ijazah kita berhenti. Dan carilah ilmu seiring dengan ketaqwaan kita kepada Tuhan. Kerana kita hanya mempelajari sebahagian ilmu Tuhan. (lain2 iktibar fikir sendiri ye....)
BACA LAGI- Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan

Merdeka Malaysia, Merdeka rakyat Malaysia

31 Ogos 1957
Tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan selepas dijajah selam lebih 400 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman penjajahan itu disirami darah dan air mata.

31 Ogos 2010
Usia kemerdekaan ini sudah 53 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari penjajahan mungkin hanya kata2 kiasan semata.
Tapi zahirnya kita masih terjajah, masih terbelenggu dengan permasalahan hasil karya penjajah.

Bagi Malaysia, merdeka itu amat bermakna.
Lepas dari penjajahan.
Lepas dari penaklukan.
Bebas mentadbir negara dengan acuan sendiri.

Tapi bagi seorang rakyat Malaysia ini, merdeka terasa kosong.
Melihatkan agamanya diperkotak-katik terus-terusan saban waktu.
Melihatkan rakyat negara sendiri tunggang-terbalik.
Melihat pemimpin berlainan teras bercakaran sesama sendiri.
Melihat tunas2 bangsa yang gugur sebelum bercambah besar.

Tertanya dia sendirian
Apakah merdeka itu membebaskan manusia itu dari segala tanggungjawapnya?
Apakah merdeka itu membolehkan mereka melakukan sesuatu tanpa ada balasan?
Dia tak tahu....
Dia ingin mengambil tahu....

Jadi selamat hari kemerdekaan ke-53 Malaysia
Dan, selamat mencari erti kemerdekaan bagi rakyat Malaysia



BACA LAGI- Merdeka Malaysia, Merdeka rakyat Malaysia

Ada yang nak kenal saya (lebih-lebih)?

 Disturbance yg jerit kat shoutbox request profile

Wooot....Disturbance! Finally ko sampau gak kat Blog Al-Fikr!
Welcome, Welcome, Welcome! You can come in! (cam nk invite Vampire masuk umah lak)

Disturbance ini adalah kawan Al-Fikr kt tempat kerja lama (Bukit Merah Laketown Resort).
Dia bukan bloggers, tp kaki blogwalking.
Dia juga adalah kaki search engine (Al-Fikr suka BING search engine)
Dia suka taip ape jer yang dia suka dan klik search....

Berbalik kpd tajuk entry (dan juga pe yg Disturbance cakap kat shoutbox)
Al-Fikr mmg xpernah tulis profile detail selain beberapa obsession Al-Fikr dlm blog nie.
Since Disturbance dh request Al-Fikr akan tulis gak r nanti....
So-Disturbance-can-you-wait?

 Disturbance & Al-Fikr
BACA LAGI- Ada yang nak kenal saya (lebih-lebih)?

The Bathroom Restaurant

Mr. P: Bro we are at a camp!
F-san: Yes, we are!
Mr. P: So why does you try to hooking up with some girl from our college?
F-san: What? I just being nice!
Mr. P: You do realize where nice lead, do you? Remember, do not poop where you eat!
F-san: Ewww! Gross! By and by, what does that mean anyhow?
Mr P: Do not poop where you eat! That's why there's no restaurants called The Bathroom!
F-san: But, a restaurant do have a bathroom....
BACA LAGI- The Bathroom Restaurant

Di rumah sendiri

Apabila aku ada dirumah
PC sentiasa terbuka
WMP sentiasa berbunyi
Connection Internet tak putus, Online sentiasa
Bunyi download finish kerap kedengaran
Ketukan keyboard tak henti-henti
Itu,
Apabila aku ada dirumah

Rumahku, Tempat Istirehat teristimewa
BACA LAGI- Di rumah sendiri

Life Unexpected Season 2

Premieres on Tuesday, Sept. 14

Brittany Robertson/ Lux Cassidy. What'll happen to her in this new season?

The family spend time discussing (arguing) during parents teachers conference

Shiri Appleby/ Cate Cassidy



The common view in Life Unexpected. Lux stuck in the middle of Cate and Baze argument

Reggie Austin/ Jamie, Kristoffer Polaha/ Baze, Austin Basis/ Math. Will they change their lifestyle?


Kerr Smith/ Ryan Thomas. Still stick with K-100 Morning Madness?

Arielle Kebbel/ Paige. What? Since when she's here? Tell me....IS she will be long in this series?

Wait till the Premiere....

Picture courtesy of The CW

BACA LAGI- Life Unexpected Season 2

Vampire Diaries Season 2

 Premieres on Thursday, Sept. 9


3 main character: Stefan Salvatore, Elena Gilbert, Damon Salvatore


Damon Salvatore, how bad can you be? Craving for more from you Ian!


The Salvatore Brothers


Michael Trevino/ Tylor Lockwood. The werewolf finally bare its fang


Katarina Graham/ Bonnie Bennett. Witch which I look forward for her role in this season.


Steven R McQueen/ Jeremy Gilbert. Wondering if he'll be a vamp?


Candice Accola/ Caroline Forbes. What'll she be this season?


Sara Canning/ Jenna Sommers. Hope she get more and more important role this season


Matthew Davis/ Alaric Saltzman. So does this vamp hunter ever going to hunt werewolf too?


Damon: Aku dh x sabar nie....Ada werewolf kat Mystic Falls.
Stefan: Relax r. Kita tunggu season start dulu baru bleh brawling!!!


I can't wait for it....

Picture courtesy of The CW
BACA LAGI- Vampire Diaries Season 2

Saya minat Vampire, ada masalah?

Saya suka VAMPIRE!
Jgn bnyak tanya.
Jgn bnyak soal.
Kegemaran saya tiada kena-mengena dgn sesiapa.
Ia dtg sendiri, dan biar ia kekal bersendirian.



Imej2 Vampire (various collections)
BACA LAGI- Saya minat Vampire, ada masalah?

This is Ramadhan, Your respect is compulsary

Pagi ini, saya bangun awal (kes tido balik lepas subuh)
So, siap2 gie r jogging keliling taman perumahan nie.
Sudah puas jogging, peluh2 badan cam baru lepas ditimpa hujan
saya jalan2 r kat depan deretan kedai yang bersepah.
And, nampak r something yg kurang senang mata memandang.
Apakah itu?
Well, an alien is drinking out (loud) at public, under the morning sun-ray....
Tetiba terfikirlah saya,
I know you're not a MUSLIM, you don't fast and whatnot.
But, you're living among muslim and they're fasting.
Where is your respect?
Just imagine the backward....
You saw me kicking on your so-called-god figure,
What will you think?
Dan saya berlalu balik dengan rasa pelik dan jelik....
Manusia, manusia....Makhluk yang susah difahami even diri ini sendiri adalah manusia....
Saya anak kecil, saya tak puasa....
BACA LAGI- This is Ramadhan, Your respect is compulsary

SHILA AMZAH, STACY, FARA FAUZANA, ALEYA - Bunga Api Di Hati

BACA LAGI- SHILA AMZAH, STACY, FARA FAUZANA, ALEYA - Bunga Api Di Hati

Vampire Novels, My Obsession

Saya baru menamatkan pembacaan House of Night: Burned....
Very impressive and much more interesting than previous installment. 
(Burned buku ke-7)
But- sadly- the next installment will not be in store until next year....
cover BURNED

So, saya bercadang nk cari cerita Vampire yg baru untuk mengisi masa2 bosan saya kalau xde kerja.
Vampire Diaries, sudah habis baca untuk kebanyakan title die (tp still xde 1 buku pun  dlm koleksi)
Buffy Vampire Slayer, so ancient.
Twilight, ufff....Muak dah ulang-baca buku nie
So cari-cari r kat internet interesting Vampire Series title....
And, came across The Vampire Kisses Series karya Ellen Schreiber.
Baca r die punye description, review, and much more.
Tngok cam interesting and review yg diberi pun ok.
So try tngok lak dah ada brape installment
Amazingly, dah ada 7; and dh ada banyak cover design....
So, my next aim is The Vampire Kisses Series....

cover VAMPIRE KISSES
BACA LAGI- Vampire Novels, My Obsession

Aslyn - That's When I Love You

Best lagu nie.  <3 it!!!!


BACA LAGI- Aslyn - That's When I Love You

Do Care or Do Not Care

Adakah saya peduli?
Atau, malas nak ambil peduli?





BACA LAGI- Do Care or Do Not Care

No, Lonely....NO

Am I lonely?
No of course....
But....
Don't leave me alone.
Don't set me to do something alone
Don't let me do everything alone
Don't leave me alone before time
It is a burden and torturous....
It is tormenting and horrendous....

Is she alone or I just imagining it?

Why am I alone here?

BACA LAGI- No, Lonely....NO

The 2 Parallel Line

We are the 2 parallel line
We will,
Be next to each other;
Be near to each other;
Be part and longing for each other

But,
The 2 parallel line will never;
Touch each other;
Intersect each other;
Close and merge with each other.

It is sad to know the truth
But,
It is what it meant to be 2 parallel line.
It is destined from the beginning.
2 parallel line will never be together;
Accept they will be side-by-side forever



BACA LAGI- The 2 Parallel Line

Relationship ship

Boy: How come you've never had a boyfriend?

Girl: Because I'm not allowed to have one yet. Why don't you have a girlfriend?

Boy: Because you're not allowed to have a boyfriend yet....
BACA LAGI- Relationship ship

Ana Raffali - Ketika Aku Masih Kecil

BACA LAGI- Ana Raffali - Ketika Aku Masih Kecil

11 Perkara yang menyakitkan

BACA LAGI- 11 Perkara yang menyakitkan

Tommy Heavenly6 - Unlimited Sky


Saya suka lagu nie....
Lagu dari anime Gundam 00.
Jgn terpedaya ok, Tomoko Kawase (vokalis) nmpk jer cam muda-remaja-gedix2
Umur die sudah 30++ ok.....
BACA LAGI- Tommy Heavenly6 - Unlimited Sky

About the Tales - 4


Si Perawan, seperti intipati tajuknya, ia ditulis untuk menggambarkan seorang perawan. Perawan yang jarang2 dijumpai didunia masa kini. Seorang perawan yang menjaga segala aspek kehidupannya.
Ditulis untuk mengenang seorang insan yang Al-Fikr jumpai suatu ketika dahulu. Asalnya, namanya tidak diketahui, yang pasti dia lebih berusia dari Al-Fikr. Ditemui di 1 majlis ilmu yang agak terpinggir.Al-Fikr bertanya Si Perawan tentang persoalan yang menyentuh sensitiviti saintis zaman baru (macam Al-Fikr); tentang sperm donor+bayi tabung uji. Dengan tenang dia menjawap, memberi hujah serta beberapa dalil yang boleh diguna-pakai dan masuk akal. Jejak Si Perawan tidak Al-Fikr ketahui kini....


Al-Fikr type tales nie, untuk mengingatkan sekalian pembaca tentang pahala puasa yang tidak diketahui hingga hari kiamat.


Mereka dijalanan adalah mereka yang bekerja sehari-hari. Mereka yang senantiasa kelihatan dijalanan; samada berpakaian sopan/tidak, yang dipejabat/ diluar, mereka sama. Mencari rezeki demi sesuap nasi untuk diri sendiri/keluarga. Tapi ada juga mereka yang dijalanan ini yang tidak menurut fitrah mencari yang halal. Mereka mengikut jalan yang haram demi memenuhi kehendak diri.
BACA LAGI- About the Tales - 4

Mencari Kurma

Saya mencari kurma untuk berbuka puasa....
Keje shift ptg skang nie....
Nk masak , that's impossibe
Nk cari makanan dah out dari awal
So kena r cari kurma wat isi perut b4 shift habis, wat isi perut ala kadar jer....

Gambar dari BING
BACA LAGI- Mencari Kurma

6ixth Sense - Yang Sempurnakanku


Kaulah bidadari dalam hidupku 
Yang selalu hadir di dalam mimpiku 
Bunga yang selalu harungi hariku 
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku 
Bila kau jauh Aku selalu rindu 
Bila kau ada Hatikan berbunga 
Ku akan selalu menjadi bintangmu 
Menerangi gelap dan mimpimu 
Aku setia di sini mengusap tangismu 
Menemani sunyi di hatimu
BACA LAGI- 6ixth Sense - Yang Sempurnakanku

Mereka Dijalanan

Ku renung mereka
Ku teliti mereka
Ku perhati mereka

Siapa mereka?
Mereka manusia
Dimana mereka?
Mereka dijalanan

Memacu hidup sehari-hari
Memerah keringat sehari-hari
Mencanai emosi sehari-hari

Mereka dijalanan
Mencari rezeki buat bekalan
Hidup didunia fana
Tapi,
Adakah dijalanan itu
Mereka turut mencari bekalan
Untuk dunia yang lain?
Alam yang kekal abadi?

Siapa yang tahu?
YANG MAHA ESA pasti
Siapa lagi?
Mereka dijalanan sendiri yang mengerti....


BACA LAGI- Mereka Dijalanan

Tertanya aku sendirian....

Saya berpuasa
Awak berpuasa
Mereka berpuasa

Tapi adakah puasa kita sama?
BACA LAGI- Tertanya aku sendirian....

Ramadhan Datang lagi....




Selamat menjalani ibadah puasa.
Moga RAMADHAN ini dapat mendidik kita untuk menjadi umat yg lebih beriman, bertakwa dan berjaya.
AMIN 
BACA LAGI- Ramadhan Datang lagi....

Blog aku naik dalam Google Search

Try korang taip nama blog nie....
Once Upon the Rainy Day kat google search....
Blog nie kluar kat search result

klik gambar tuk besarkan

Memang best.
Dulu aku search x kluar pun.
Nie dh kluar memang best rasanya.

BEST!!!!

Tapi, still terkilan skit
Pasal blog nie blum leh search pakai BING lg.
And, aku prefer BING over GOOGLE....

Terima kasih kepada mereka yang selalu hit Blog nie.
Tanpa pembaca siapalah Al-Fikr
Kat manalah nk cari Blog nie.
Thanks Y'all
BACA LAGI- Blog aku naik dalam Google Search

Fascinating World of Facts


Did you know that there are 206 bones in the adult human body and there are 300 in children (as they grow some of the bones fuse together).



Flea's can jump 130 times higher than their own height. In human terms this is equal to a 6ft. person jumping 780 ft. into the air.

 
The poison arrow frogs of South and Central America are the most poisonous animals in the world.


The Virginia opossum has a gestation period of only 12-13 days.
 

The human eye blinks an average of 4,200,000 times a year.


 The longest living cells in the body are brain cells which can live an entire lifetime.


There are between 100,000,000,000 and 1,000,000,000,000 stars in a normal galaxy.

 
BACA LAGI- Fascinating World of Facts

To my 15th follower

I dedicated this post to my 15th follower....
Thank you for following my blog and try to keep supporting me  ^0^


Nak tau sape dia leh tengok blog die

Okay, Thank You.....   ^0^/
BACA LAGI- To my 15th follower

Si Perawan

Dalam perjalanan
Ku temui Si Perawan
Paras yang menawan
Tutur katanya buatku tertawan
Ku berbicara dengan Si Perawan

Katanya,
Dia insan kecil
Belum cukup ilmu di dada
Belum mahu berhenti mengejar ilmu
Belum mengenal dunia
Belum mengerti soal hati
Belum mahu mengerti cinta manusia


Katanya,
Dia insan kecil, tapi dia;
Tahu cintanya kepada PENCIPTA
Tahu ilmunya terkalah kepada YANG MAHA BIJAKSANA
Tahu perjalanannya masih jauh
Tahu perjalanannya akan terhenti mengikut kehendak 
YANG MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
Tahu cinta manusia itu tidak kekal
Tahu ilmunya boleh menjadi bekal

Dia
Si Perawan
Membuat ku tertanya sendiri
Di mana iman-ku berdiri?
BACA LAGI- Si Perawan

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

BACA LAGI- Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Paramore - The Only Exception




Hayley Williams
(aku minat rambut die....Oren tu XD)
BACA LAGI- Paramore - The Only Exception
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts