Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Sorry not my concern....

Tengah;penat2 balik dari PWTC (aku dah 3 hari kat sini untuk YOUTH'10), badan peluh2 lg, aku open lappy login YM, kuar bilik minum air, cari benda nak kunyah2, tetiba dgr r bunyi org YM aku.

So slow2 masuk bilik ngadap lappy dan tengok r sapa lak yg Ym aku mmalam Isnin  camni? And nampak r nama MAKHLUK XXXX yg sangat, sangat, sangat aku xnak tengok malam nie!

Maka mula r YM session kami:

XXXX: Weh ko katne?Cri xjmp!
Al-Fikr: KL. Aku g YOUTH'10
XXXX: Gle r pegi xngajak!
Al-Fikr: Aku ada jak kn hri tu. Ko xnk
XXXX: mne ada.cmtu r kawan
Al-Fikr:......
XXXX: pehal lak wat cm xtau lak? kejadah sungguh **** nie!
Al-Fikr: WTF. Sori r ko bukan concern aku skang. Ciao

Dgn marahnya aku tutup YM dan open Facebook aku. Time aku taip post nie pun aku tgh enjoy main facebook (add- meng-add kawan dari YOUTH'10 + komen2 kat post kawan yg sedia ada) + aku baca Onemanga....


p/s: disebkan aku pakai lappy + b-band yg xsetaraf dgn PC aku, beberapa elemen xdapt nak wat, spt screen shot YM td, editing color font dll....Sorry for the inconvenience!
BACA LAGI- Sorry not my concern....

Laughing with Chuck Norris

If you have five dollars and Chuck Norris has five dollars, Chuck Norris has more money than you.

There is no ‘ctrl’ button on Chuck Norris’s computer. Chuck Norris is always in control.

Apple pays Chuck Norris 99 cents every time he listens to a song.

Chuck Norris can sneeze with his eyes open.

Chuck Norris destroyed the periodic table, because he only recognizes the element of surprise.

Chuck Norris can kill two stones with one bird.

When the Boogeyman goes to sleep every night, he checks his closet for Chuck Norris.

Chuck Norris doesn’t read books. He stares them down until he gets the information he wants.

There is no theory of evolution. Just a list of creatures Chuck Norris has allowed living.

Outer space exists because it’s afraid to be on the same planet with Chuck Norris.

Chuck Norris does not sleep. He waits.

Chuck Norris is currently suing NBC, claiming Law and Order are trademarked names for his left and right 
legs.

Chuck Norris counted to infinity – twice.

There is no chin behind Chuck Norris beard. There is only another fist.

When Chuck Norris does a pushup, he isn’t lifting himself up; he’s pushing the Earth down.

Chuck Norris is so fast, he can run around the world and punch himself in the back of the head.

Chuck Norris doesn’t wear a watch; HE decides what time it is.

Chuck Norris can slam a revolving door.

Chuck Norris does not get frostbite. Chuck Norris bites frost

Remember the Soviet Union? They decided to quit after watching a Delta Force marathon on Satellite TV.

Contrary to popular belief, America is not a democracy, it is a Chucktatorship.


BACA LAGI- Laughing with Chuck Norris

Ramli Sarip - Andai Ku Tahu

huhuhu....insaf.


BACA LAGI- Ramli Sarip - Andai Ku Tahu

Taylor Swift - Fearless

BACA LAGI- Taylor Swift - Fearless

Kenapa takde cerita/fairytales dalam post bulan ni?

Aku mmg suka click link blog org lain. Nak tengok pe info/perihal/knowledge yg diorg boleh bg kt aku. Selain tu boleh gak r tngok awkward moments/feeling moments/greatest moments/just diaries diorg nie sume (nie bukan tujuan asal aku click blog org lain). And, aku perasan 1 blog nie (Faisal Tehrani) yg penuh dgn cerpen dan info pasal dunia sastera. Ada satu lg (The Wonderful, Wacky World of Sexhibition) ia penuh dgn permasalahan seks seluruh dunia dan kisah2 mereka yg terkena jangkitan STD (padan muka diorg).

And, tetiba aku perasan 1 thing! Post aku bulan nie (May 2010) masih xde cerpen/cerita/fairytales aku sendiri! WTF! Aku rse ade aku tulis hari tu, but kat mne? I, myself don't have a clue! C'mon, me! Bring forth the artwork.C'mon me!!!!

my,oh-my....why am I here anyway?
BACA LAGI- Kenapa takde cerita/fairytales dalam post bulan ni?

Reading

I currently reading The House of Night series: Chosen.
Chosen adalah 3rd volume in this series. 2 volume b4 this is like totally awesome and I can't stop reading since I flip the the first page

Chosen
BACA LAGI- Reading

Swift fingers on keyboard

26 words
Typing Test


Result tuk typing test english word aku....Aku tak tau r nie laju or slow....Tapi 26 words tu akan naik kalo aku amik lagi test nie....
BACA LAGI- Swift fingers on keyboard

Boys, Girls, Interest, Competition

Apabila bercakap mengenai lelaki dan perempuan, memang tak nampak hujung dia kat mana. Masing-masing mengaku hebat, kuat, bijak dan cekap. Tapi apa yang pasti (jelas, nyata berbeza ikut term aku) lelaki dan perempuan adalah berbeza. Tiada yang sama melainkan mereka manusia. Tapi mereka saling melengkapi ibarat hormon dan enzim yang melengkapkan sistem2 dalam badan manusia (hohohoho). Tapi saya tak nak cakap pasal lelaki dan perempuan secara menyeluruh. Cuma nak cakap mengenai kegemaran dan saingan.

Kenapa kegemaran dan persaingan? Kalau sudah suka kenapa ada persaingan? Saya secara seriusnya tak suka perhubungan lelaki dan perempuan or teman2 rapat or family member yang ada minat dan kegemaran yang sama (in sync). Kenapa agaknya? Mungkin sebab saya tidak suka bersaing dengan orang yang rapat dan ada perhubungan. Kalau sudah ada yang minat fotografi dan sudah bergerak sebagai cameraman, saya takkan kejar perkara yag sama. Mungkin ada yang kata kalau ramai yang ada minat yang sama, senang sikit nak bercakap, berbincang dan macam lagi. Tapi kat mana variasi? Tak terfikir ke yang kita ada dalam ruangan yang sama (kalau tengok TV, macam tengok channel sama dekat TV yang berlainan dalam ruang yang berbeza). Lepas tu tak terfikir ke pasal persaingan? Mesti tak bestkan (kalau ikut contoh TV tadi, kena bayar bil elektrik untuk perkara yang boleh dibuat oleh seorang saja).

Cuba kita apply rule ini dekat pasangan (married/unmarried). Ada minat yang sama. Kebetulan pula ada peluang (kerja/pertandingan/exhibition), dan salah seorang terpilih. Dan mereka ini tahu mengenai keinginan meruap-ruap pasangan mereka. Camne nak inform pihak lain tanpa ada pihak yang terasa hati? Mesti susahkan. Cakaplah kalau boleh, camne pula dengan hubungan mereka dimasa mendatang?

Saya boleh simpulkan disini, yang ada minat yang sama tidak memungkinkan sekelompok manusia menjadi serasi tanpa ada persaingan dalaman.

BACA LAGI- Boys, Girls, Interest, Competition

Anjing - anjing neraka

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur'an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."



p/s: kredit kepada Gempak.ORG
BACA LAGI- Anjing - anjing neraka

Lagu Guru Malaysia

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad



p/s: Ambil dari Gempak.ORG forum
BACA LAGI- Lagu Guru Malaysia

Hari Guru

16th MAY setiap tahun akan ada sambutan hari guru. Tak kisahlah kat mana. Sekolah, Institut (apa-apa), Universiti, Kolej. So selamat hari guru tuk semua guru-guru yang talah mengajar saya, telah mendidik saya, telah merotan saya, telah marah saya dan sebagainya (waktu sekolah dulu adalah sangat nakal). Tapi saya tak nak cakap pasal cerita saya dan guru serta jasa-jasa beliau. Saya nak cerita pasal 25 pelajar dan seorang guru merangkap warden asrama disekolah saya dulu.


Tersebut kisah disebuah sekolah yang mepunyai disiplin yang ketat kerana berstatus sekolah agama. Melihatkan disiplin dan peraturan yang ketat, maka adalah segelintir pelajar yang berjiwa muda, berdarah hangat dan berani mati yang cuba, berjaya, kantoi membuat onar di sekolah itu. Mereka melakukan onar ini dengan sesuka hati tanpa ada sesiapa yang tau melainkan 25 pelajar senior dari kelas yang sama (mereka semua lelaki). Dari pelajar biasa ke pustakawan ke pengawas. Dari kelas sendiri ke library, makmal komputer hingga ke kawasan-kawasan yang tidak terduga oleh sesiapa. Senang cerita mereka semua suak membuat onar dimana sahaja yang mereka dapat pergi. Adapun setiap kali perbuatan nakal ini dilakukan, hanya kumpulan kecil sahaja yang bergerak, dalam 4-6 orang.


Warden asrama merangkap guru fizik disekolah berkenaan adalah orang muda dan bergaya macho, single dan skema. Dia tak suka sesuatu yang bertentangan dengan ideologi keadilan. Jadi dia mengesyaki pelajar dari 1 kelas ini ada membuat perkara yang kurang sedap didengar dan menyakitkan mata memandang. Tapi tiada bukti kukuh yang menjurus kepada pertuduhan apatah lagi nak menjatuhkan hukuman.


25 pelajar ini amat bijak dalam menghilangkan jejak2 kerja jahat mereka. Masuk ke makmal komputer lepas waktu PREP dengan kunci yang sah. So tak dikira pecah masuk, tapi lebih kepada masuk tanpa izin selepas waktu rasmi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Mereka kantoi melakukan kerja2 jahat mereka ditangan guru fizik ini. Walaupun bukan semua 25 orang yang kantoi, tetapi dengan tertangkapnya sebilangan kecil ini telah mengecewakan banyak pihak. Tak kurang juga yang marah. 1 sekolah tahu, marah,malu. Tapi apa nak buat lagi, benda sudah terjadi.


Jadi selamat hari guru untuk semua guru. Jangan dilupa juga guru dirumah dan pengajaran dari semua guru. Mereka bagi ilmu mereka yang diwarisi dari generasi terdahulu untuk kita dan generasi mendatang.


Terkenang peristiwa silam



p/s: Ini kisah benar....Penulis adalah salah seorang dari 25 pelajar berkenaan. Kini semua 25 pelajar ini telah dewasa dan apabila mengenangkan kisah disekolah, mereka berkat "We were young and stupid then....."
BACA LAGI- Hari Guru

3 Generation people: Sex Life and Sex Ed


Mak/Ayah, Anak, Cucu; adalah gelaran untuk 3 generasi keluarga. Melihatkan kepada pangkat ini kita boleh juga menyimpulkan umur dan era kelahiran mereka. Mak/Ayah (Generasi pertama/F1) kebanyakannya adalah yang berumur 60-an hingga 80-an yang lahir pada era sebalum kemerdekaan. Anak (Generasi kedua/F2)pula adalah dari kalangan orang yang berumur lewat 30 hingga pertangahan 50 dan lahir selepas merdeka hingga lewat 70-an. Bagi golongan cucu (Generasi ke-3/F3) pula mereka ini adalah dari belasan tahun hingga lewat 20-an yang lahir awal 80-an hingga lewat 90-an. Melihatkan kepada perbezaan tarikh kelahiran ketiga-tiga generasi ini sahaja boleh membayangkan betapa besar perbezaan perkembangan serta gaya hidup mereka. Jika dibuat imbasan mengenai perbezaan 3 generasi ini pasti banyak. Jadi memandangkan tajuk kita adalah mengenai gaya hidup seksual dan pendidikan seks, so kita boleh kecilkan skop pandangan kita.

Gaya hidup seksual bagi ketiga-tiga generasi ini kalau kita teliti mengikut buku2 sejarah, cerita2 Mak/Ayah (untuk F2 & Nenek/Datuk untuk F3), filem2, rekod2 jenayah serta lain2 ia amat berbeza dengan gaya hidup F2 & F3. F1 dahulu hidup dalam era akhir penjajahan. Pendidikan mereka mungkin tidak tinggi seperti F2 dan tidak hebat dan maju seperti F3. Melihatkan tahap pendidikan yang tidak tinggi dan juga kepayahan hidup, gadis2 F1 kebanyakannya berkahwin pada usia belasan tahun. Tiada kebarangkalian untuk berlakunya jenayah seks atau pergaulan seks bebas kerana F1 sudah mengalami sendiri kehidupan seks pada usia muda. Selain sudah merasai kehidupan seks dan berpasangan, penyebaran media yang lambat dan terbatas (tiada video, tiada gambar berwarna dll). Fenomena ini juga sama untuk kebanyakan gadis2 F2 walaupun ada segelintir agak maju, dan berkahwin lewat. Tetapi tetap kadar untuk berlakunya jenayah seks atau pergaulan seks bebas rendah. There is no point in dwelling in the past. There's no future in it. Kita perlu melihat masa sekarang dan perbaiki sekarang untuk masa depan.

Gaya hidup seksualiti F3 adalah berlainan dengan F1 dan F2. Zaman F3 membesar adalah zaman serba canggih. Penyebaran media adalah mudah, cepat dan terkini. Ambil contoh cerita di pawagam. Kalau dulu untuk menonton filem diluar pawagam kena menunggu dalam masa2 tertentu. Sekarang ni, semalam baru keluar wayang (world wide) selang beberapa jam dah ada link untuk download dalam internet. Semudah itu juga F3 mencari bahan berkaitan seks di internet. Taip sahaja pada enjin carian dan segala link akan muncul kurang seminit. F1 dan F2 sewaktu membesar kurang terdedah dengan bahan porno begini, tambahan umur perkahwinan yang awal tidak menimbulkan masalah pada mereka untuk meneroka seksualiti sendiri. Tetapi F3 adalah berlainan. Tanpa pendedahan awal dari F1 & F2 mereka mula meneroka seksualiti dengan cara sendiri. Pelbagai cara dan kaedah. Dari bersendirian hingga berkumpulan. Dengan perlindungan atau tanpa perlindungan. Dengan mengetahui tentang risiko penyakit berjangkit secara seksual (Sexually Transmitted Disease/STD) atau tidak. Mereka meneroka seksualiti mereka tanpa ilmu, tanpa panduan, tanpa pedoman, tanpa arahan. Maka timbul pelbagai masalah dari satu perkara yang boleh dielakkan.

Kes buang bayi umpamanya adalah berpunca dari perhubungan seks luar nikah yang dilakukan oleh pasangan yang melakukan seks tanpa ilmu. Apakah mereka tidak diajar tentang persenyawaan benih lelaki dan wanita boleh berlaku apabila lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, terutamanya pada waktu subur wanita? Apakah mereka tidak diajar hubungan seks lelaki dan wanita hanya halal jika lelaki dan wanita itu sudah bernikah? Apakah F1 dan F2 tidak memberikan meraka jawapan yang bernas, berguna dan mendalam apabila F3 bertanya mengenai perkembangan bayi dalam kandungan dan kelahiran bayi?

Kes STD pula memang agak janggal bagi rakyat Malaysia. Tapi kalau cakap AIDS/HIV, sifilis pasti ada yang tahu. Tapi berapa ramai yang tahu tentang bahaya STD? Berapa ramai pula yang tahu jika terdapat alergi tertentu, STD boleh mengakibatkan maut? Ada tak cara rawatan STD? Adakah F1 dan F2 mengajar F3 tentang perkara ini ketika ditanya?

"Mak, macam mana baby boleh ada dalam perut mak?", "Mak, baby keluar dari perut mak camne?", pernah kita tefikir bagaimana nak menerangkan jawapan soalan begini kepada anak-anak kita? Takkan kita nak jawap "Nanti dah besar nanti awak tahulah!", "Kenapa lak awak tanya pasal tu?". Sebab jawapan macam inilah pelbagai perkara tidak diingini berlaku.

"Mak saya mengandung!" bagaimana pula reaksi kita jika anak kita berkata begini kepada kita? Takkan kita nak jawap "Siapa yang buntingkan kamu? Biar aku penggal kepala dia!" atau "Kau gugurkan kandungan kau tu, kalau tidak aku tak mengaku kau anak!". Kes buang bayi yang berlaku kini adalah disebabkan jawapan begini yang diterima dari ibu bapa apabila si anak membuat pengakuan.

"Takpelah kita buat sekarang. Awak bukan dalam waktu subur!". "Tak salah pun. Tak mengandung punya kalau saya pancut luar! Lagipun inikan dah 3rd time kita buat malam nie!". Adakah waktu subur setiap wanita sama? Adakah tak salah melakukan seks luar nikah? Apakah sebenarnya yang mereka fikir ketika melaukan hubungan seks luar nikah? Keseronokan? Tanggungjawap jika berlaku sesuatu diluar dugaan? "Kalau aku mengandung nanti, aku buang je baby nie!".

Bila ada suara yang nak mengajar pendidkan seks di sekolah, ada pula pekikan dari serata alam yang membantah. Katanya nanti bertambah2 teruk perangai anak2. Nanti ada saja kes buang bayi macam buang sampah. Tapi terfikirkah kita apa yang nak diajar sebenarnya? Apa motif utama pendidikan seks di sekolah? Apa visi? Apa misi? Kalau nak membantah pun, pendidikan seks ini sudah menjadi tangungjawap ibubapa sekarang. Zaman ini dah tak macam dulu2. Kalau dulu gadis2 baru nak kenal seks, rasa nak bermesra dengan pasangan berlainan jantina, sudah berkahwin. Sudah ada ikatan sah. Sudah halal. Sekarang anak baru cakap nama kawan berlainan jantina dah menjeling (bagi ibubapa prihatin). Tapi bila anak tanya pasal seks tak jawap (lagi teruk kena marah, sebab muda2 dah fikir bukan2). Anak2 pula (ikut konteks penulisan ini
F3) mula teroka seksualiti sendiri. Tanpa bimbingan dari orang yang sepatutnya. Bila dah jadi macam2 entah siapa2 yang dimarah. Cikgu sekolah kena marah(pasal tak didik anak murid betul2)! Pegawai Jabatan Agama Islam kena marah (pasal tak buat operasi cegah maksiat)! Menteri (pasal luluskan program hiburan yang pelbagai ragam)! Ibu bapa (pasal tidak prihatin masalah+kebajikan+kesusilaan anak milik persendirian)! Semua orang menuding jari kearah lain. Tiada yang memandang dimana silap diri sendiri.

Pendidkan seks di sekolah tidak salah. Tapi garis panduan asas iaitu agama perlulah kukuh, teguh, keras, tidak mudah goyah dan terurus. Disebabkan di Malaysia, Islam adalah agama majority maka ajarlah asas seks Islam kepada anak2. Ajarlah mereka lelaki dan wanita tidak boleh bergaul dalam keadaan yang mencurigakan dan menimbulkan fitnah. Ajarlah yang seks hanya halal kepada pasangan yang ada ikatan sah dari segi syarak. Ajarlah pergaulan lelaki dan wanita ada batas dalam Islam, even siblings and cousins! Ajarlah anak2 mengenai perkembangan bayi dari sebelum bersenyawanya sperma dan ovum hingga kelahiran bayi. Bagaimana bayi itu lahir dari kasih sayang dua insan bukan atas dasar keseronokan dua binatang!



p/s: Artikel ini adalah hasil telahan, pembacaan, penelitian penulis sendiri. Ia juga adalah adaptasi rasa tidak puas hati penulis terhadap golongan konservatif yang menganggap seks adalah sesuatu yang tidak perlu dipelajari. Juga untuk meluahkan pandangan penulis mengenai kurangnya pendedahan dan pendidikan seks di Malaysia. Rujukan utama, perbualan terbuka mengenai seks, dalil2 yang digunakan serta bahan bacaan lain tidak dinyatakan kerana ia adalah keinginan penulis sendiri untuk meneroka seks mengikut jalan yang betul. Ia adalah ilmu yang dicari, sama seperti orang sesat mencari jalan pulang.
BACA LAGI- 3 Generation people: Sex Life and Sex Ed

About the Tales - 2

Mari berborak mengenai cerita2 yang sudah aku tulis


Cerita nie aku tulis lepas aku tngok filem Alien VS Predator 2. Memula aku nk tulis pasal alien dtg serang bumi, tp tah cmne bleh jd cite pasal Vampire. Watak2 dlm cite yg aku post kt blog nie dh aku tukar. So watak original kept hidden. Dalam cite nie x dijelaskan dgn clear tentang tapak camping 2, tp ia dibuat berdasarkan 1 camp site kt Taman Negara Pahang. Tmpt tu aku penah pg, so x susah tuk aku describe surrounding appearance camp site tu. Untuk babak pembunuhan beramai-ramai Vampire tu aku amik idea dr beberapa novel yg aku baca. Agak susah gak r nk wat scene cmnie dlm bentuk kata2 compare ngan lukisan. Bukan semua orang ada kebolehan nk imagine tulisan, tol x? Cerita nie adalah kisah pendek, so watak2 die aku x describe dgn detail + x kembangkn dgn baik. My bad. Tp still, nie boleh kata cite first aku tulis pasal Vampire. Even xbest, it still have a memento for me.



Cerita nie adalah adaptasi dr cite The King and the Bird karya Paul Grimault dan juga mix dengan siri 80°C karya Yao Fei La. Cerita asal die memang best (2 2 versi). Tapi tulis balik cite nie follow my desire. So dpt r The Crow, The King and Traveler's Lover. Sebuah karya yg ditulis sebelum aku masuk matrix (2005). Merupakan kisah perebutan kuasa + imbalance personality + dark personify. Ada beberapa babak tambahan dlm cite yg post dlm blog. Antara yg ditmbh adalah babak Crow nk keluarkan Clone dr Glass Prison, battle antara Traveler dgn Crow. Disebabkan cite nie bukan karya ori aku, so beberapa aspek cam background watak, perkembangan watak aku abaikan. Sebab kalo nk semua tu better baca karya ori, tol x?
BACA LAGI- About the Tales - 2

Jumpa dan Berpisah



Mengapa berjumpa hanya untuk berpisah?

Seriously, statement nie adalah sangat kelakar
Saya xpeduli apa alasan untuk seseorang berjumpa dengan orang lain
untuk berkenalan ke
untuk merompak ke
untuk menipu ke
untuk membantu ke
untuk apa saje r....

Just kena ingat setiap pertemuan/ perjumpaan pasti ada perpisahan....
Even, maut pasti memisahkan 2 insan yang hangat berbicara (pasal apa saje)
Yang penting adalah kita cheerish setiap saat yang kita lalui bersama
agar tiada penyesalan di masa2 mendatang....
BACA LAGI- Jumpa dan Berpisah

The Talking in Vampire Crowd


Boys that bite - Blood Cove Vampire

I like Damon Salvatore from Vampire Diaries - Suri
Saya suka Edward Cullen dari Twilight Saga - Stephanie
Aku suka lagi Magnus dari Blood Coven Vampire - Lily
I adore Dracula the most. Epic, Oldies and Sorrow - Man PP
I dwell in Twilight Saga. Most magnificent Vampire series - Pop Up
Saya suka House of Night. Perspective yg berbeza dari Vampire biasa - Al-Fikr


Kat atas adalah antara beberapa post yg saya jumpe dalam forum pasal Vampire Novels and Series. Memang banyak yang minat pasal Vampire kat dunia nie. Yang menarik untuk aku fikirkan adalah kepelbagaian versi Vampire yang ada. Ada yang boleh keluar waktu siang (Twilight, Vampire Diaries, House of Night), ada yang cakap vampire nie jadi pasal perubahan dalam genetik (House of Night), yang bertukar jadi Vampire lepas exchange darah dengan Vampire (Vampire Diaries, Cirque du Freak), cite pasal Vampire killer ( Buffy Vampire Slayer, Blood Coven Vampire), cite pasal battle antara Vampire dengan ultimate enemy diorang, Ware wolf (Twilight Saga) dan memacam lagilah.
Melihatkan kepada lambakan cerita Vampire nie, aku pun pergilah jalankan survey dekat POPULAR bookstore (Aeon Jusco Melaka) and surprisingly aku tengok ada 1 shelf full dengan cerita2 Vampire saja. Pelbagai tajuk, siri, trilogi. Senang cakap banyaklah. Try internet search, resulting in enormous Vampire series all over the world. Dari novel, movie, komik, graphic novel, tv series, opera, play and much more. Dan nak jadi kesimpulannya, aku rasa cerita vampire dari Malaysia+Indonesia je yang most hideous. Most boring and not much mystery can be tell by it. Kenapa agaknya?


p/s: Saya suka Twilight Saga, House of Night, Vampire Diaries....Huhuhu.... ^0^/
BACA LAGI- The Talking in Vampire Crowd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts