Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Ikhlas itu rahsia


Ikhlas ialah kedudukan paling tinggi selepas iman. Ikhlas adalah rahsia Tuhan sehinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia juga adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Terdapat para sahabat yang apabila mendengar tentang ikhlas mereka akan menangis. Mereka berasa tidak selamat dan tidak mungkin dapat memperolehi Ikhlas kerana begitu tingginya nilaian untuk mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas ;
Membantu seseorang sambil berkata,
" Ambillah, saya ikhlas. "
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak,
" Saya tolong awak ini ikhlas tetapi sedih kerana awak menolak. "
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan,
" Yang Ikhlas " atau " Yang Benar "
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Tiada sesiapa yang mengetahui yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

Erti Ikhlas :
Murni, bersih, jenisnya sahaja dan tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung kerana apabila sudah bercampur dengan benda lain ianya sudah tidak tulen lagi.
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, membaca Al-Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar semuanya semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya.
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu. Tujuannya hanya satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
Sekiranya niat atau dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain selain Allah seperti riak, megah, glamor, pangkat, takut orang tidak suka, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka keikhlasannya telah ternoda.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.

Khususul Nafs :
kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
  •  awal
  •  pertengahan
  •  akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata ;
" Inilah masanya nak jadi popular. "
" Aku akan jadi terkenal. "
" Dengan ceramah ini dapatlah duit poket. "
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata ;
" Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis. "
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata ;
" Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis. "
Waktu itu maka datanglah rasa riak hingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah, tiba-tiba apabila siap sahaja rumah itu runtuh menyembah bumi.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab mempunyai rasa riak. Sifat takwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.


p/s: artikel asal diambil dari ILuvIslam 




BACA LAGI- Ikhlas itu rahsia

Infinite Playlist #3


Oh Yeeeaaahh, Al-Fikr dah tukar nama segmen mingguan ini dari Weekly Playlist kepada Infinite Playlist. Best sikit bunyi dia. But the counting is continuity from Weekly Playlist....
And that would be that but that....
Back to the playlist, Infinite Playlist #3.....Minggu lepas Al-Fikr cakap nak buat list dengan tema Vampire Diaries. So, to be clear, disini dinyatakan dengan jelas-nyata-bersuluh, list ini akan mengandungi lagu2 yang pernah keluar dalam siri Vampire Diaries season 1 & 2. Bukan semua, tapi 5 sahaja. Setiap lagu akan ada detail season dan episod; jadi, kepada peminat / penonton Vampire Diaries, cuba teka lagu2 nie keluar
waktu babak mana.(that's a riddle I bestow upon y'all)
Enjoy....


Metric - Help I'm Alive
Vampire Diaries S1E2


Garry Go - Open Arms
Vampire Diaries S1E7


Lifehouse - It Is What It Is
Vampire Diaries S1E22


Gorillaz - On Melancholy Hill
Vampire Diaries S2E7


Kyler England - You Wait For Rain
Vampire Diaries S2E14



BACA LAGI- Infinite Playlist #3

Pasal Pe Ko Blok Site Tu?

Hari tu kecoh pasal SKMM blok site downloading dan sharing pop kat Malaysia. Macam2 reaksi yang keluar. Ada yang meraung, marah, tak kurang juga yang buat tindakan drastik macam dunia nie diorang punye....Kelakar sungguh manusia ini. 

Tapi 3,4 hari ni, Al-Fikr pulak yang angin 1 badan. NDS Al-Fikr tak boleh nak masuk Nintendo WiFi Connection (NWC). Sewel pe SKMM, sampai server game pun nak blok.

INI SUDAH MELAMPAU. 
AKU BELI GAME ORI TAU TAK, BUKAN DOWNLOAD PIRATE.

Penat2 orang main game, sampai masa nak buat trading, leveling, collect event gift....TAK DAPAT BUAT.
Dah tu nak update data NDS pun dah tak boleh gak. Pe cer nie?

Kes ini dikesan apabila Al-Fikr tak boleh nak buat trade pokemon dalam game Pokemon SoulSilver, tak boleh nak levelling weapon dalam Metal Slug 7 DS dan tak boleh collect gift dalam Transformer: War for Cybertrone.

SKMM tolong release blok tuk server Nintendo boleh tak? Korang nak blok site pun kajilah dulu sebelum blok. Al-Fikr tak kisah pasal downloading bodoh2 tu. Tapi kalo nak main game pun dah jadi macam haram, baik....(penyudah ayat biarlah rahsia)


NDS (diatas adalah gambar lama) kesayangan Al-Fikr yang menjadi mangsa kegilaan pihak berkuasa. Dah tak boleh update software dia dah. Kalo ada juga mereka2 yang main game online selain PC online game, yakni main game online pakai NDS,PS3, XBOX, Wii, PSP, hadapi masalah sama ceritakanlah. Tapi kalau korang boleh lepas main online, share-lah dengan Al-Fikr. Jetstream dalam game transformer tu dah jadi besi buruk dah tak dapat upgrade weapon. Arrrggghhh....Sedih nie....


BACA LAGI- Pasal Pe Ko Blok Site Tu?

MIchelle Phan, make-up artist yang best dari youtube


Mula2 nak cakap kat sini, Al-Fikr bukan suka bidang make-up, make-over dan yang sekeluarga dengannya. Cuma suka view orang2 yang nama dia kadang2 keluar dekat dalam majalah, blog dan search engine. Macam nama photographer, web-designer, make-up artist, editor,  etc....
Sebab dah suka buat benda macam nie, mestilah nak tahu siapa sebenar pemilik nama nie. So, sebagai manusia 'digital native', Al-Fikr menggunakan sepenuhnya internet untuk kegilaan diri sendiri. Dan, kali ini memperkenalkan Michelle Phan, make-up artist dari youtube.






Michelle Phan nie umur dia 24 (as off April 2011, wah kita sebaya). Awek Vietnam-Amerika ni, amat famous dalam youtube, sebagai self make-up artist. Video youtube dia, just tunjuk cara2 make-up. Ada yang simple, ada yang complex dan ada yang "Eeeii....Boleh buat camtu ke?" (Al-Fikr lelaki, shaving tahulah). Tapi tengok dia buat make-up tu sendiri yang susah nak caye tu (Arrrgghhh....Sewel, susah tu). Kalo korang tak caye, tengok video bawah nie. Nie, Michelle wat mata Lady Gaga dalam klip Bad Romance. Memang sewel, kalau wat tak tahu jadi camne, tapi dia buat jadi pulak....


Kalau korang buat.....Jadi mata Po, Kung Fu Panda....


Nak tahu lebih2 lagi pasal Michelle Phan boleh open site dekat  michellephan.com, bleh tangok kat youtube die and facebook.


BACA LAGI- MIchelle Phan, make-up artist yang best dari youtube

My weekly Playlist #2


Playlist #2: Random pick of the week. Maybe minggu depan nak buat list dari lagu dari Vampire Diaries.

Michelle Branch - Loud Music


Best Of Me-Sum 41


Aqua Timez - Alones


Tommy Heavenly6 - LCDD ( Like a Candy Day Dream)


Zivilia Band - Aishiteru

p/s: xnak buat theme song tentang hari bapa....
But, Happy Father's Day for all father all over world....


BACA LAGI- My weekly Playlist #2

Super 8


Dah tengok Super 8. Yay....Filem yang superb dan best.



Cerita yang berkisar  sekumpulan kanak2 yang hidup dalam tahun 1979. Lepas 1 kemalangan keretapi yang - serius - besar dan melampau, pekan tu mula ada kejadian pelik. 
Yang best adalah kanak2 dengan sifat ingin tahu diorang dan juga (spoiler) ada monster dalam filem ni.

Elle Fanning (adik Dakota Fanning aka Jane  dari Twilight)

Muka tak pernah nampak (dari kanan: Riley Griffith, Joel Courtney)

I see dead people....Sorry, I mean; I see good-hearted monster

Polis yang duduk makan2 sambil borak2 kosong (klise tuk mereka yang bosan kerja & hidup)

Memang tak rasa rugilah tengok filem ni. Semua scene ada; sedih, kelakar, suspense....

p/s: gambar ihsan IMDB
BACA LAGI- Super 8

Brand New Feeling....My Weekly Playlist 1

Ahahaha....Rasanya dah lama dah nak buat benda ni. Planning ni lewat terlaksana mungkin sebab malas (sebab utama), takde masa, takde internet (kes paling nyata) dan macam2 lagi alasan....

So sebagai mukadimah baru, Al-Fikr ceritakan perkara best ini. Dalam MP3 player Al-Fikr ada banyak lagu. Tapi akan ada 1 playlist dengan 5 lagu sahaja. 5 lagu ini akan bertukar tiap2 minggu dan akan didengar untuk 1 minggu 2 tanpa ditukar2. Dengarlah sampai muak....

So, sebagai mukadiamh juga, My Weekly Playlist akan ada 5 lagu. Tapi sebab ini bukan MP3 player, ia akan ada video (official & x official). So below is this week list....



Hoobastank - The Reason (Haha.... Best ever for me, so 1st song is the perfect place)



Nadia's Picture Show - Menunggu Dirimu



Ukays - Keran Pepatah Lukaku Berdarah (ahaks....karok version)



Ingrid Michaelson - Turn to Stone



Flop Poppy - Cinta (haha....agak antik lagu ini)


Ini playlist personal. Even agak random tapi still best....So, no hard feelings....





BACA LAGI- Brand New Feeling....My Weekly Playlist 1

Which are you? Smart? Stupid?

Ni, bukan nak cakap camne nak jadi pandai dari bodoh, atau camne nak jadi bodoh bila sudah pandai. BUKAN.

Al-Fikr just nak share banned advertisement from DIESEL tuk siri wear BE STUPID. Maybe ada gambar yang boleh masuk kategori Bold & Dangerous, tapi mesej yang cuba disampaikan itu yang patut dihayati (even mesej tu nampak sangat tak patut diikut dan dihayati). So, enjoy....





















p/s: gambar diambil dari sini

BACA LAGI- Which are you? Smart? Stupid?

Najwa Latif - Cinta Muka Buku


Cinta di Mukabuku (Facebook)....




BACA LAGI- Najwa Latif - Cinta Muka Buku

LIfe in High Speed Shutter

Antara kegemaran Al-Fikr adalah menjadi pengambil gambar (jurukamera tak sesuai, sebab tak buat duait dengan mengambil gambar dan tak pro). Ambil gambar segala benda dari yang biasa2 sampai ke yang tak masuk akal....

Bila dah suka ambil gambar nie, main2 dengan function kamera tu dah jadi kemestian. Takat pakai auto setting nie, kalo nak cepat (malas), bolehlah. Tapi kalau nak kualiti tinggi, gambar cantik, nampak natural kenalah  main2 dengan aperture, shutter speed, focus dan bla, bla, bla....

So, sebagai peringatan dan buat motivasi sendiri untuk jadi lebih baik, tak salah nak merujuk gambar2 pro. So, kat sini Al-Fikr nak kongsikan gambar2 yang diambil dengan high speed shutter....Enjoy.

























p/s: gambar di ambil dari sini
BACA LAGI- LIfe in High Speed Shutter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts