Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Apa yang bermain difikiran & Salam ramadhan


Apa yang bermain difikiran....
  1. Ramadhan dah datang. So berpuasa dan menahan diri dari dosa2 yang membatalkan & mengurangkan pahala puasa. Berpuasa dan topup amalan menggandakan pahala. And, berdoa amalan itu berterusan untuk masa2 yang mendatang.
  2. France, France, France & traveling. Nak cepat melangkah ke fasa hidup yang lebih mencabar.
  3. Superbike. Ni obsession, so that is all to said.
  4. Pray for my small Score A business keep on right track & in good pace.
  5. Nak belajar balik. Experiment thesis dulu, masih banyak loose ends. Masih banyak ruang untuk improvement.
  6. Need to write back. Tulislah apa2; poem, short stories, thesis proposal. Whatever, as long I write.
  7. Quit current job. Maybe bukan option terbaik.
Maybe ada lagi. Tapi, ini je yang bermain difikiran 4-5 minggu ni.
Takpe Al-Fikr akan usahakan yang termampu buat masa ni. Kurangkan beban sikit. Maybe, boleh mulakan dengan yang last tu dan teruskan apa yang patut.
Dan kepada readers, Salam Ramadhan, selamat berpuasa dan berusaha menambah amalan. Dan Al-Fikr doakan usaha itu tak berhenti setakat Ramadhan saje, tapi diteruskan sampai bila2.




BACA LAGI- Apa yang bermain difikiran & Salam ramadhan

Ben Ashaari: Gambar ini, ada ceritanya....



Ben Ashaari buat segmen (klik sini)


Siapa gadis ni? 1st of all, gadis ini hanya kawan dan Al-Fikr tiada hubungan dengan dia. 2nd. gambar ni memang diambil dengan angle yang macam ni dan dengan izin empunya diri, bukan curi2.

Nama gadis ni, Miss H. Kawan sekerja ditempat kerja. Agak cute dan tak sombong (diingatkan kembali Al-Fikr tiada hubungan dengan dia). Tak ada ciri2 yang membencikan (bagi Al-Fikr) yang ada pada Miss H.

Gambar ni diambil dalam cable car naik ke Genting Highland. Tujuan kesana, suka2 tak fikir apa2. Al-Fikr yang ambil gambar ni. Bukan tangan seorang cameraman pro, tapi memang puas hati dapat tangkap gambar yang cantik. Selepas jer gambar ni ditangkap cable car tu meneruskan perjalanan ke Genting Highland tanpa gangguan. Dah kat sampai atas tu, kitorang enjoy jer. 

p/s: bosan tahap Kamen Rider Kabuto,
sampai nak taip cerita pun malas.

BACA LAGI- Ben Ashaari: Gambar ini, ada ceritanya....

(Saya) Lelah, Penat, Mengah


Aku bernafas, aku lelah
Aku melangkah, aku penat
Aku mengejar, aku mengah
Menginjak umur  tua
Membuatkan umur muda nikmat
Nikmat yang tersia dek kealpaan sendiri



p/s: Inginkan kehidupan yang lebih terurus dan tidak tertekan

BACA LAGI- (Saya) Lelah, Penat, Mengah

It's Kind of a Funny Story

Sebuah filem tentang mereka yang siuman tapi rasa tak siuman. Mereka yang ada tekanan jiwa hingga perlukan timeout &getaway....

Hahaha....Amat best, dan Emma Roberts memang sweet. Ya, overall citer tak menghampakan, tapi bukan 10/10 gak. Kira so-so....
Cerita tentnag seorang mamat, Craig Gilner (Keir Gilchrist) yang depress. Dia depress sebab kena (dipaksa) masuk 1 kem (kelas tambahan) musim panas, yang dia tak minat dan tak nak. So, dia pergi hospital dan minta dimasukkan ke wad psikiatric. Kat dalam tu Craig ni kenal dengan ramai orang dan berkawab dengan mereka dengan bantuan Bobby (Zach Galifianakis). Dan dia juga ada crush dengan sorang awek ni; Noelle (Emma Roberts). Even Craig duduk dalam tu tak lama (5 hari), tapi dia dapat discover apa dia nak buat, bukan buat apa yang disuruh. 






Zach Galifianakis, the Bozo that made it to the top of the world.

Ni trailer filem.


p/s: Al-Fikr nak ambil timeout dari kerja.

BACA LAGI- It's Kind of a Funny Story

Wordless Wednesday #3



BACA LAGI- Wordless Wednesday #3

Kepala Masuk Air@Water On the Brain



Kita mesti pernah dengar macam istilah/perumpamaan/peribahasa/simpulan bahasa dan lain2. Tapikan pernah kita terfikir asal-usul semua tu. Maybe, tak tercapai cita2 kalau nak selongkar asal usul semua tu. So kita kecilkan pencarian, kepada siapa yang popularkan istilah2 macam tu....

Kepala masuk air/Water on the brain....Agaknya siapalah yang popularkan ayat nie gamaknya. Bila kita cakap camnikan, mesti kita baru tengok/saksikan kegilaan yang tak diterima secara sukarela.
Contoh, kita melihat gerak-geri seseorang yang tak kena tempat, kita (Al-Fikr biasa) cakap, 'masuk air ke budak nie'.

Al-Fikr, cubalah cari siapa yang popularkan istilah ni. Cari punya cari dapatlah jejak sejarah dia. Jauh gak jarak masa dia dan tempat ia mula popular. Ia bermula pada tahun 1989, Amerika. Dipopularkan oleh The Pixies sebagai tema video klip lagu 'Here Comes Your Man'.
Waktu klip ni diorang buat, diorang miming lagu jer. Tapi sebab yang tak diketahui, penyanyi ni sume tak miming betol2. So, nampaklah klip ni cam cacat. Dah tu Francis Black(frontman The Pixies & penulis lagu ni) cakap tema klip ni Water on the brain. So sebab artis menjadi ikutan, maka popularlah istilah ni kat Amerika.
Dan tanpa sebab yang diketahui, ia juga pouplar di Malaysia. Maybe bukan semua, tapi ada juga orang yang ungkapkan 'ko ni masuk air ke pe?' tanpa sedar....Tapi at least dari klip The Pixies tu dah define ungkapan Water on the brain nie guna untuk situasi camne.

video dengan tema masuk air....


sumber cerita asal dari wikipedia, diolah untuk dijadikan cerita oleh Al Fikr sendiri. Cuma pandangan peribadi semata-mata.

p/s: hari tu Al-Fikr ceritakan kerelevanan Don't judge a book by its cover'.
kali ni cari asal usul 'kepala masuk air'.
nampak dah Al-Fikr cuba untuk defy dunia ni.

BACA LAGI- Kepala Masuk Air@Water On the Brain

Siapa tak kenal wikipedia?




Wikipedia....Wikipedia....Wikipedia....
Siapa tak kenal Wikipedia, angkat tangan.
Siapa yang tak kenal ni, maybe tak perasan or saje tak nak ambil tahu or buat2 tak tahu.

Wikipedia ni ensiklopedia, just die online encyclopedia. Tiada tanda aras penggunaan yang jelas. Ada banyak bahasa. Ada banyak artikel best dan ada info yang bukan semua orang tahu.

Tapi, Wikipedia bukan sumber rujukan utama untuk mereka2 yang buat tesis ilmiah. Wikipedia boleh digunakan untuk penjelasan mudah untuk subjek2 pening kepala. Bagi Al-Fikr, Al-Fikr buka Wikipedia, untuk baca penjelasan umum. Lepas tu baca2 sikit detail, before tengok sumber asal penjelasan a.k.a link references kat bawah artikel (ini sebenarnya kegunaan Wikipedia bagi Al-Fikr).

Contoh, Al-Fikr tak tahu apa tu 'ichthyology'. Al-FIkr cari dulu dalam Wikipedia. Ayat pertama intro Wikipedia akan sebut asal-usul perkataan dan juga maksudnya. Kat sini  ichthyology merujuk kepada kajian zoology yang lebih menjurus kepada ikan. So, basic idea dah dapat, barulah boleh pergi buat reference dekat site yang lebih detail.

Selain dari jadi ensiklopedia ni, wikipedia juga boleh guna untuk cari maklumat public figure. Serius boleh even tak detail. At least kita boleh tahu tarikh lahir/mati public figure itu. Tak percaya, boleh open wikipedia dan type 'Tunku Abdul Rahman'. Tengok siapa yang keluar.

p/s: Wikipedia juga boleh digunakan untuk 
mereka yang suka tunjuk poyo 
ambil tahu semua benda.
Jadi modal tackle awek2 pandai
BACA LAGI- Siapa tak kenal wikipedia?

Je suis perdu sans toi....and I'm quite Jet Lag


Baru2 ni Al-Fikr sangat suka lagu nie. Maybe ada kena-mengena dengan penerbangan dan pemergian seorang kawan ke France hari tu. Just maybe.

Tapi lagu nie memang best pun. Still, Simple Plan yang nyanyi mestilah best (bagi AlFikr; sebab minat diorang). Ada 2 version, 1 french (feat. Marie Mai) & 1 english (feat. Natasha Bedingfield). Suka yang french version. Sebab Al-Fikr memang suka french, dan masih belajar &belajar french (tapi still tak pandai lagi....pfft). Someday, Al-Fikr akan pandai french dan dapat pergi France. Amin....

Buat kawan yang dah pergi tu, Wait for me okay....But for the time being you can enjoy this song. Tapi tak kena sangat. Pasal Malaysia dengan France beza 6 jam jer (lebih kurang). So takdelah you say good morning when its midnight (well yang betolnye when its afternoon).

Cover album baru Simple Plan (masih belum beli lagi)



video english kat sini

p/s: Je m'appelle Al-Fikr
C'est un plaisir de vous rencontrer! 
J'aimerai bien visiter la France un jour.

BACA LAGI- Je suis perdu sans toi....and I'm quite Jet Lag

Object and Reflection: A Little Thought for the Soul

Kita mesti pernah dengar ungkapan 'Don't Judge a Book by Its Cover'.
Pe maksud die yang sebenarnya?
Buku tu tak best kalo cover huduh?
Sikap luaran tak sama dengan dalaman.
Oooohh....Come on!!

Buku....
Kalo cover die koyak2, ada kesan lipat2; tu menunjukkan isi dalaman die best.
Sebab....Cover jadi camtu pasal ramai orang baca. Ramai orang pegang/pinjam nak baca. Nak tengok. Nak belek2. Nak cari point tuk kritik2. Ya, itu buku. 

Manusia.....
Kalo luaran dah cantik, maksud mendalam dalaman pun sama. 
Sebab....Adakah manusia nie sanggup menutup hati dan  menjadi seseorang yang bukan dirinya? Even pelakon pun akan cakap "jangan samakan saya dengan watak lakonan saya". Manusia adalah dirinya sendiri. Apa yang dari dalam hatinya akan membentuk sikap, personaliti dan gaya dirinya.

Jadi relevankah ungkapan 'Don't Judge a Book by Its Cover' digunakan untuk manusia?

 Pandanglah cermin, renung jauh kedalam. 
Adakah reflection itu orang lain atau seseorang yang kita kenal sejak kecil?

p/s: Al-Fikr fikir tak relevan


BACA LAGI- Object and Reflection: A Little Thought for the Soul

HELLO - Single ke-19 YUI

 

YUI – Hello ~Paradise Kiss~


Siapakah awek comel dengan gitar nie? Orang Korea? 
Sorry peeps. Ini YUI, she's Japanese. YUI is 1 of my favorite female singer.

Semalam baru dapat CD single HELLO (beli kat ebay)-yang keluar JUNE 2011. Single ni adalah OST tuk filem Paradise Kiss. Lagu HELLO nie agak girly sikit compare dengan lagu2 YUI sebelum ni. Maybe sebab Paradise Kiss cerita pasal Fashion designer group, so dia kena wat lagu yang compatible dengan tema filem. But, overall-YUI still can write and sing nice song....



CD cover

Info untuk YUI boleh cari di sini dan sini. Bagi peminat Bleach mesti kenal YUI sebab dia pernah nyanyi OP Bleach (Rolling Star). YUI gak yang nyanyi lagu Again, OP tuk Fullmetal Alchemist: Brotherhood. So takleh kata dia tak pop. Maybe kat Malaysia siapa nak peduli lagu dari anime nie kan, semua benda nak underrated....Pft. (no offense)

p/s: 2 minggu cari kat store Malaysia. 
Thanks to K-Pop stupendous, J-Rock drown in confusion. 
Al-Fikr kena cari kat ebay.

BACA LAGI- HELLO - Single ke-19 YUI

The Amazing Spiderman - Pertemuan semula yang menggentarkan hati

Setelah lama kucari Spiderman,
Baru kini ku temui, kembali....

Hahaha....Spiderman dapat filem baru. Kali ni bukan lagi Sam Raimi, tiada lagi Tobey Maguire.
Tapi kali nie, The Amazing Spiderman diadaptasi dari siri komik Marvel, The Amazing Spiderman. Ok, Spiderman & The Amazing Spiderman adalah 2 siri yang berbeza dengan hero yang sama. And that would be that but that.

The Amazing Spiderman akan diarah oleh Marc Webb (si pengarah (500) Days of Summer). Hero, Peter Parker a.k.a Spiderman dilakonkan oleh Andrew Garfield.
Sebab nie cerita dimensi yang lain, so tiada lagi Mary Jane a.k.a Kirsten Dunst. Tapi, no worries kita ada Gwen Stacy, dilakonkan oleh Emma Stone (
nice choice, Al-Fikr memang suka Emma).

Kat bawah adalah trailer filem


Kostum baru

Muka Hero baru

Bye2 Tobey....You're no longer needed here

Okay....Kissing  scene yang epic dan scene lepas nie lagi epic....


p/s: Al-Fikr memang suka Spiderman,
tapi lebih minat Vampire

BACA LAGI- The Amazing Spiderman - Pertemuan semula yang menggentarkan hati

Status Facebook Kelakar

Boleh kata semua orang ada FACEBOOK. Yes, almost all. Dan kita selalu share status kita kat FACEBOOK. Kadang2 prang baca sekali boleh faham, kadang2 7,8 kali baca puntak faham (kes tulis status guna bahasa pelik). Tapi status tu tetap dibaca orang, paling tidak kenalan FACEBOOK kita.

Al-Fikr kali nie nak tunjuk (lagi) sikit status FACEBOOK yang kelakar. Even, not from Malaysian, it still hillarious. Enjoy y'all....
















kalau tak jelas, bleh klik gambar.

Bagi Al-Fikr, status FACEBOOK nie kena tapis dulu oleh si penulis sebelum di tulis....Silap haribulan, malu besar, masalah bertimpa2....

sumber asal gambar disini

BACA LAGI- Status Facebook Kelakar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts