Baru2 nie, Al-Fikr lihat banyak perkara yang pelik2 berlaku sekeliling kita. Tapi xkelihatan pula cerdik-pandai-pakar yang mengeluarkan kata2 hikmat bagi menerangkan perkara pelik itu. Maka, perkara pelik itu terus-menerus menjadi pelik dalam pandangan Al-Fikr.
Nak, jadikan cerita, Al-Fikr juga suka melihat perkara2 pelik ini. Bukan dengan niat nak mengutuk, atau menghina tapi sebagai pengetahuan. Perkara2 pelik yang melingkari pandangan Al-Fikr, menerobos ruang fikiran Al-Fikr ini tak lain dan tak bukan adalah mengenai keutamaan meruntuhkan iman dari golongan kafir atau Islam itu sendiri.
Al-Fikr tak ingin kupas lebih lanjut, sebab perkara ini belum habis Al-Fikr pelajari, teliti dan belum cukup mantap untuk dikeluarkan teori baru apalagi untuk membuat kesimpulan. Jadi, Al-Fikr mengharapkan rakan2 untuk membantu Al-Fikr. Mari kita usaha untuk mengupas setiap perkara kecil di dalam Al-Quran dan Hadis, dan iringkan perkara itu dengan kemajuan sains zaman ini.
Al-Fikr harapkan, jika ada buku2, artikel2, website yang mengupas dengan mendalam tentang Al-Quran dan Hadis, beritahu Al-Fikr. Bagus juga jika ada yang sudi mengajar. Sebagai seorang insan yang baru mula belajar, guru amat diperlukan. Bimbingan dan galakkan adalah sumber inspirasi. Setiap pertolongan pasti ada balasan.
p/s: Al-Fikr ingin terus belajar. Bukan sekadar apabila sudah ada ijazah, ilmu sudah tidak perlu dicari. Mencari ilmu adalah kerja seumur hidup. Ruang untuk mengembangkan ilmu tidak terbatas, kerana ilmu ALLAH maha luas.
0 critique:
Post a Comment