Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang mencanang azam baru. Well, mesti r. Tahun baru, zaman baru, masa baru, tarikh baru. Kalo tak, baik tak payah ada tahun baru kalo semua benda nak stay jer camtu, betol tak? Azam baru, azam baru....Azam yang lama tercapai tak?
Al-Fikr tak suka cakap tentang azam baru. Bukan sebab tak pernah tercapai, cuma tak mahu terikut cara biasa untuk berazam. Setiap tahun 1 je azam yang pasti ada. Al-Firk nak jadi lebih baik dari tahun lepas, tahun sebelum tu, dan 2 tahun sebelum tu.
Yang itu di awal tahun. Sepanjang tahun tu, confirm ada 4,5 pencapaian yang Al-Firk berazam untuk capai. Tu pun kira azam gak, pasal dah berazam nak capai. Dan tahun nie 3 azam yang datang dalam perjalanan masa tahun itu sudah tercapai. Mendapat kerja selepas grad (in fact dah dapat 3 kerja), mendapat gaji lebih dari 1.3k dan dapat 1 lappy baru. So kira tahun lepas ditutup dengan kejayaan gemilang. Tahun nie tak tahu lagi. Adakah ia akan jadi lebih elok dan gemilang? Al-Fikr tak tahu....
Kalau waktu belajar dulu benda nie jelas, pointer mesti naik dari tahun ke tahun. Tapi bila dah kerja nie, nak tengok peningkatan tu susah sikit. Kalau dari segi pertambahan barang peribadi, itu memang bertambah. Tapi dari segi prestasi dan juga kecekapan? Tak tahu r nk cakap macam mana.... KPI bukan leh harap sangat, kalau tahu elemen pe yang amik kira, score kat situ dah cukup. Yang lain bleh blah.... So, Al-Fikr memang tak tahu adakah Al-Fikr cekap atau just sekadar score KPI dan tak cekap langsung?
Macam mana nak jadi lebih baik dari tahun lepas kalau camnie....
0 critique:
Post a Comment