Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Hujan Itu Rahmat



Bila cakap tentang hujan, macam2 reaksi kita boleh tengok. Ada suka, sedih, lesu, excited dan lain2. Tapi itulah hujan. Bukan kita boleh kawal, tapi boleh dijangka. Al-Fikr pun ada macam2 persepsi pasal hujan. Tapi yang pasti ia adalah fenomena ciptaan ALLAH yang paling menakjubkan. Kenapa? Sebab hujan bukanlah sekadar proses pertukaran wap air kepada titisan air. Ia adalah proses yang lebih kompleks dan diatur dengan sempurna.

Hujan adalah proses precipitation (BM: pengumpalan keladak/kerpasan) wap air menjadi titisan air / salji / hujan batu. Bagi hujan terbentuk, lapisan atmosfera tebal yang bersuhu kurang dari dari takat didih dan tinggi dari takat lebur air. Dan partikel bebas juga diperlukan untuk memegang titisan air yang terbentuk. Partikel bebsa ini biasanya adalah debunga ataupun zarah2 halus yang bertebaran di ruang atmosfera.

Kadangkala, titisan air ini akan jatuh dahulu sebelum hujan dan terpeluwap kembali kepada wap air. Percipitation berlaku apabila titisan air ini berlanggar dan bergumpal menjadi titisan yang besar. Hanya titisan air yang besar sahaja yang akan jatuh sebagai hujan. Proses penyejukkan dan penambahan wap air juga menjadi faktor hujan turun. Ringkas kata, kawasan yang berhampiran dengan punca air seperti laut dan tasik besar serta bersuhu rendah lebih mudah hujan (Malaysia termasuk dalam kategori ini).

Titisan air ini akan jatuh dari gumpalan awan sebagai hujan. Titisan air besar ini jatuh denagn halaju tinggi dan berpecah menjadi titisan hujan kecil yang jatuh kebumi. Ringkasnya, hujan yang jatuh kebumi ini adalah titisan kecil yang berpecah dari titisan besar air diatas awan. Pembentukan salji pula berdasarkan konsep yang sama, cuma sebelum titisan air ini bercantum dan bergumpal ia telah membeku. Sebab itu salji kelihatan lapisan nipis yang rapuh atau flakes. Hujan batu sama seperti salji, cuma ia bergumpal dahulu sebelum membeku dan gugur sebagai ketulan ais besar yang tak pecah akibat halaju tinggi.


Different sizes of raindrops:
  • A) Raindrops are not tear-shaped, as most people think.
  • B) Very small raindrops are almost spherical in shape.
  • C) Larger raindrops become flattened at the bottom, like that of a hamburger bun, due to air resistance.
  • D) Large raindrops have a large amount of air resistance, which makes them begin to become unstable.
  • E) Very large raindrops split into smaller raindrops due to air resistance
Apabila jatuh kebumi, huajn ini akan mengalir ke saliran air atau diserap tanah. Tapi lambat laun air ini akan mengalir juga ke arah yang sama, iaitu  laut. Dan proses pemeluwapan berlaku lagi untuk membentuk hujan. Dapat dibayangkan yang proses pembentukan hujan ini amat unik dan berterusan. Selagi ada air, suhu tinggi untuk pemeluwapan, suhu sejuk untuk penyukan dan juga faktor2 lain, hujan akan turun. Lebat, rintik2, renyai2, hujan tetap turun. 




0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts