Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Islam VS Freemason

Tajuk entry ini agak berat kan....Memang berat pun. Sebab ia  berkaitan dengan keimanan, kepercayaan, prinsip dan macam2 lagi.

Al-Fikr adalah orang yang mengejar kebenaran, bukan khayalan atau khabar angin. Bagi Al-Fikr Freemason dan yang sewaktu dengannya adalah khabar buruk yang tak tahu asal usul. Tah sape yang mula2 bincang pasal perkara nie pun Al-Fikr tak tahu. Tapi yang pasti ramai yang mengambil tahu tentang  Freemason nie. Dan fenomena nie membawa kepada 1 persoalan lain. Iaitu, kenapa diorang nak ambil tahu benda nie? Kenapa diorang taknak ambil tahu tantang Islam itu sendiri? Persoalan yang best kan.

Islam adalah agama gaya hidup. 2 sumber utama yang tak boleh diragui kebenaran dan keagungan: AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Dalam kedua-dua sumber dah terangkan banyak perkara yang boleh bawa kita lebih maju dan kehadapan. Jangan lupa pula yang ia menjamin kita ke syurga. Tapi ada orang yang lebih suka bercerita tentang bentuk papan dam yang dikatakan ada unsur Freemason. Bentuk piramid dan segitiga yang berunsur Freemason dan macam2 lagi. Rasanya, dari diorang sibuk mengkaji benda macam nie, better diorang kaji tentang kebaikan mengikut SUNNAH RASUL dalam kehidupan seharian. Paling tidak, kita menghidupkan SUNNAH di akhir zaman ini.

Mari bertanya tentang SUNNAH. Berapa ramai diantara kita yang tahu tentang jangan makan makanan darat dan laut dalam 1 hidangan, compare dengan yang tahu tentang piramid Freemason kat duit 1 dollar? Rasanya bukan semua tahu, sebab still ada yang makan tomyam campur (ayam+daging+sotong+udang). Perkara ini ada diterangkan dalam hadis. Dan secara sains pun logik juga. Sebab cas2 ion dalam daging hidupan darat dan air adalah berlainan. Kalau ikut pemerhatian pun logik gak. Daging lembu, ayam adalah daging keras yang kena kunyah banyak kali baru boleh lumat dan telan. Tapi daging ikan, udang, ketam adalah daging lembut yang boleh lumat even kita hanya kunyah 7,8 kali sahaja. Tak percaya korang boleh try sendiri. 

Jadi kenapa nak besarkan Freemason seolah-olah AL-QURAN dan AS-SUNNAH itu kecil? Dari sibuk2 cari info pasal Freemason baik kita kaji AL-QURAN dan AS-SUNNAH untuk kebaikan bersama. Dan kalau nak tahu, AL-QURAN dan AS-SUNNAH ini benar dan boleh dijelaskan melalui sains. Mungkin bukan semua (sains tak pernah dapat terangkan tentang roh), tapi still ada kebaikannya. Setidak-tidaknya kita dapat pahala dan ilmu yang benar.

p/s: Pendapat peribadi sahaja. Tiada kaitan antara hidup, mati dan yang terasa hati. Jika terasa, Al-Fikr tidak bertanggungjawap.

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts