Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

The Secret Circle: Series Premiere


The Secret Circle sudah mula tayangan, dan Al-Fikr dah tengok 1st episod (waktu taip post ni siri ni baru ada 2 episod).

Watak utama Cassie Blake (Brittany Robertson) anak yatim piatu; ayah mati sejak kecil, mak mati terbakar; balik ke kampong mak dia di sebuah bandar kecil, Chance Harbor. Yang Cassie tak tahu, Chance Harbor bukan macam tempat2 biasa. Bandar kecil ni dihuni oleh keturunan witch/wizard sejak beberapa generasi. Dan Cassie juga ada kuasa supernatural, yang menjadikan dia sebahagian daripada kumpulan witch/wizard yang dikenali sebagai Secret Circle.

Cerita dia agak cepat bergerak (eventually, sangat cepat) sebab dalam 15 minit pertama jer dah lebih dari 2 scene yang tunjuk kuasa supernatural witch/wizard dalam cerita ni. Dan, bandar Chance Harbor ni memang penuh dengan witch/wizard (be ready for amusement). Kumpulan Secret Circle ni hanya ada witch/wizard muda, dan tidak berpengalaman. Dan, sebab kuasa yang mereka ada boleh membahayakan orang sekeliling, ibubapa mereka merahsiakan hal ini dari mereka. Dan sebab mereka muda - pengaruh curiousity dan hormones - diorang explore kuasa sendiri tanpa panduan.

Overall, Premiere Episode ni memang tak mengecewakan. Sebab, ending episod ada bagi hint tentang agenda rahsia generasi terdahulu, dan juga Cassie jumpa buku nota & surat yang mak dia tinggalkan dekat rumah nenek dia. Tak rugi layan cerita ni. Dan Al-Fikr juga sertakan beberapa screenshot dari 1st episode. Enjoy.

Cassie Blake
 Mak Cassie mati kemalangan (spoiler: kebakaran tu sebab magik)

 Magical moment, which is so mesmerizing
Faye Chamberlain (Pheobe Tonkin)


p/s: penulis asal novel The Secret Circle (L J Smith)
juga adalah penulis The Vampire Diaries.


1 critique:

Anonymous said...

sweet. vampire viaries jer dh sngt best, ni tmbh plak secret circle.puas donlod r pasni.xde cte lain nk review?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts