Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Sejarah bukan cuma ada 1 versi....

 
Penyelewengan sejarah adalah perkara pelik. Pelik sebab kenapa nak seleweng sejarah. Ada kepentingan ke dengan menipu generasi akan datang? Mungkin ada, tapi bahan bukti boleh ditipu juga ke? Sejarawan  lebih arif & mereka perlu bertanggungjawap untuk perlakuan mereka. Kalau mereka sudah seleweng bahan bukti dan sejarah, maka generasi seterusnya akan hidup dalam penipuan orang2 tua mereka….

Tapi, sejarah sebenarnya bukan 1 benda yang tetap. Siapa2 pun boleh keluarkan teori sejarah mengikut pemahaman dan bahan bukti masing2. Takde masalah untuk memikirkan teori baru sejarah. Hal sejarah ini jadi pada masa lalu. Dan, kita ada selepas perkara itu jadi. Secara logik, kita boleh cakap apa saje asalkan logik dan ada bahan bukti.

1 contoh terbaik adalah mengenai sejarah perjalanan mengelilingi dunia. Dulu, semua sepakat yang Ferdinand Magellan adalah orang pertama mengelilingi dunia. Tapi, faktanya Ferdinand Magellan mati dalam perjalanan dan tak sempat mengelilingi dunia. Jadi di situ fakta sejarah sebenarnya telah berubah.  Teori perubahan ini bermula dengan fakta kematian Ferdinand Magellan dan catatan perjalanan anak2 kapal yang melengkapkan pelayaran. Dan nak jadikan kisah sejarah ni lebih best, orang yang sempurnakan pelayaran ini adalah hamba Magellan yang dikutip dari Melaka. Nama dia Enrique @ Henry The Black(Al-Fikr tak ingat nama Melayu dia, siapa2 ingat boleh bagitau).

Dan, selepas beberapa lama, muncul pula nama Ibn Battutah sebagai orang pertama yang mengelilingi dunia. Bahan bukti adalah juga catatan perjalanan yang bertarikh lebih awal dari gerombolan kapal Ferdinand Magellan. Bahan bukti ini telah dikemukan oleh mereka yang gigih meneroka sejarah perjalanan cendekiawan Islam. Sejarah yang cuba ditutup oleh musuh Islam.

Nampak disini, sejarah berubah mengikut bahan bukti. Jadi, memang tak salah kalau ada sesiapa yang nak kemukakan teori sejarah sendiri. Yang penting tunjukkan bahan bukti yang sahih. Bukan yang dipalsukan….

 Enrique @ Henry The Black
 Ferdinand Magellan
  Ibn Battutah


p/s: pendapat peribadi, tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup. 
Bagi yang sudah mati, maaf dipohon terhadap waris simati….





2 critique:

LydSunshine said...

Erm.. menarik.. Tapi betul... kalau kita tengok silibus sejarah masa kita skolah dulu, sbnrnya pun dah banyak yg diputar alam kan. Sebab tu kebanyakan drpd kita tak suka subjek sejarah, sbb fakta tu semuanya bukan betul. Sbb tu bosan gila.

Al-Fikr said...

hahaha, betol tu. Tp kisah sejarah yg bukn versi pro-pihak tertentu mesti hilang. sejarah bukan 1 versi XO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts