Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Lesu, Kerja dan Keinginan

Baru2 nie, Al-Fikr dah kurang update blog nie....
Sebab utama ialah Al-Fikr sekarang nie kerja shift petang dan Al-Fikr takde PC/laptop+ internet sendiri. Sedih rasa bila kena mengaku bab takde PC/laptop+ internet tu. Nak buat macam mane lagi hidup menumpang, buat r cara menumpang....

Tapi taknak cakap pun pasal hidup sekarang nie, sebab dah memang best compare dengan zaman belajar dulu. Dulu duit belanja kena catu betol2 kalo tak kena r tagih biasiswa MAMA.... Sekarang tak risau lagi, cukup bulan poket kembali penuh untuk dikosongkan....

Itu dari bright side, yang dark side adalah Al-Fikr sangat2 lesu bila dah bekerja. Yang lesu, letih tu standard r, tapi Al-Fikr punya masa untuk snap2 gambar, baca novel, main game semua dah jadi kurang. Off day jer bleh wat aktiviti camtu. Itu pun kalo bangun awal+cukup rehat. Kalo tidak....Mimpi jer.

Dah rasa lesu kerja nie, tetiba datang lak mood nak sambung belajar. Yang nie lagi 1 hal yang tak tau r nak letak kat mana.... Mencari ilmu itu kerja seumur hidup, tapi kalo dah jadi macam obses, itu dah jadi perkara lain. Sekarang tengah merangka bila boleh sambung belajar. Specialized field confirm r dalam fish breeding and genetic manipulation

Lihatlah keinginan Al-Fikr....So much, but so little time, so little effort....
Manusia tipikal, semua benda dia nak, tapi tiada masa, tiada usaha....
Oooo....Adakah Al-Fikr sudah tergolong dalam kalangan manusia tipikal ini?



0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts