Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

3 Generation people: Sex Life and Sex Ed


Mak/Ayah, Anak, Cucu; adalah gelaran untuk 3 generasi keluarga. Melihatkan kepada pangkat ini kita boleh juga menyimpulkan umur dan era kelahiran mereka. Mak/Ayah (Generasi pertama/F1) kebanyakannya adalah yang berumur 60-an hingga 80-an yang lahir pada era sebalum kemerdekaan. Anak (Generasi kedua/F2)pula adalah dari kalangan orang yang berumur lewat 30 hingga pertangahan 50 dan lahir selepas merdeka hingga lewat 70-an. Bagi golongan cucu (Generasi ke-3/F3) pula mereka ini adalah dari belasan tahun hingga lewat 20-an yang lahir awal 80-an hingga lewat 90-an. Melihatkan kepada perbezaan tarikh kelahiran ketiga-tiga generasi ini sahaja boleh membayangkan betapa besar perbezaan perkembangan serta gaya hidup mereka. Jika dibuat imbasan mengenai perbezaan 3 generasi ini pasti banyak. Jadi memandangkan tajuk kita adalah mengenai gaya hidup seksual dan pendidikan seks, so kita boleh kecilkan skop pandangan kita.

Gaya hidup seksual bagi ketiga-tiga generasi ini kalau kita teliti mengikut buku2 sejarah, cerita2 Mak/Ayah (untuk F2 & Nenek/Datuk untuk F3), filem2, rekod2 jenayah serta lain2 ia amat berbeza dengan gaya hidup F2 & F3. F1 dahulu hidup dalam era akhir penjajahan. Pendidikan mereka mungkin tidak tinggi seperti F2 dan tidak hebat dan maju seperti F3. Melihatkan tahap pendidikan yang tidak tinggi dan juga kepayahan hidup, gadis2 F1 kebanyakannya berkahwin pada usia belasan tahun. Tiada kebarangkalian untuk berlakunya jenayah seks atau pergaulan seks bebas kerana F1 sudah mengalami sendiri kehidupan seks pada usia muda. Selain sudah merasai kehidupan seks dan berpasangan, penyebaran media yang lambat dan terbatas (tiada video, tiada gambar berwarna dll). Fenomena ini juga sama untuk kebanyakan gadis2 F2 walaupun ada segelintir agak maju, dan berkahwin lewat. Tetapi tetap kadar untuk berlakunya jenayah seks atau pergaulan seks bebas rendah. There is no point in dwelling in the past. There's no future in it. Kita perlu melihat masa sekarang dan perbaiki sekarang untuk masa depan.

Gaya hidup seksualiti F3 adalah berlainan dengan F1 dan F2. Zaman F3 membesar adalah zaman serba canggih. Penyebaran media adalah mudah, cepat dan terkini. Ambil contoh cerita di pawagam. Kalau dulu untuk menonton filem diluar pawagam kena menunggu dalam masa2 tertentu. Sekarang ni, semalam baru keluar wayang (world wide) selang beberapa jam dah ada link untuk download dalam internet. Semudah itu juga F3 mencari bahan berkaitan seks di internet. Taip sahaja pada enjin carian dan segala link akan muncul kurang seminit. F1 dan F2 sewaktu membesar kurang terdedah dengan bahan porno begini, tambahan umur perkahwinan yang awal tidak menimbulkan masalah pada mereka untuk meneroka seksualiti sendiri. Tetapi F3 adalah berlainan. Tanpa pendedahan awal dari F1 & F2 mereka mula meneroka seksualiti dengan cara sendiri. Pelbagai cara dan kaedah. Dari bersendirian hingga berkumpulan. Dengan perlindungan atau tanpa perlindungan. Dengan mengetahui tentang risiko penyakit berjangkit secara seksual (Sexually Transmitted Disease/STD) atau tidak. Mereka meneroka seksualiti mereka tanpa ilmu, tanpa panduan, tanpa pedoman, tanpa arahan. Maka timbul pelbagai masalah dari satu perkara yang boleh dielakkan.

Kes buang bayi umpamanya adalah berpunca dari perhubungan seks luar nikah yang dilakukan oleh pasangan yang melakukan seks tanpa ilmu. Apakah mereka tidak diajar tentang persenyawaan benih lelaki dan wanita boleh berlaku apabila lelaki dan wanita melakukan hubungan seks, terutamanya pada waktu subur wanita? Apakah mereka tidak diajar hubungan seks lelaki dan wanita hanya halal jika lelaki dan wanita itu sudah bernikah? Apakah F1 dan F2 tidak memberikan meraka jawapan yang bernas, berguna dan mendalam apabila F3 bertanya mengenai perkembangan bayi dalam kandungan dan kelahiran bayi?

Kes STD pula memang agak janggal bagi rakyat Malaysia. Tapi kalau cakap AIDS/HIV, sifilis pasti ada yang tahu. Tapi berapa ramai yang tahu tentang bahaya STD? Berapa ramai pula yang tahu jika terdapat alergi tertentu, STD boleh mengakibatkan maut? Ada tak cara rawatan STD? Adakah F1 dan F2 mengajar F3 tentang perkara ini ketika ditanya?

"Mak, macam mana baby boleh ada dalam perut mak?", "Mak, baby keluar dari perut mak camne?", pernah kita tefikir bagaimana nak menerangkan jawapan soalan begini kepada anak-anak kita? Takkan kita nak jawap "Nanti dah besar nanti awak tahulah!", "Kenapa lak awak tanya pasal tu?". Sebab jawapan macam inilah pelbagai perkara tidak diingini berlaku.

"Mak saya mengandung!" bagaimana pula reaksi kita jika anak kita berkata begini kepada kita? Takkan kita nak jawap "Siapa yang buntingkan kamu? Biar aku penggal kepala dia!" atau "Kau gugurkan kandungan kau tu, kalau tidak aku tak mengaku kau anak!". Kes buang bayi yang berlaku kini adalah disebabkan jawapan begini yang diterima dari ibu bapa apabila si anak membuat pengakuan.

"Takpelah kita buat sekarang. Awak bukan dalam waktu subur!". "Tak salah pun. Tak mengandung punya kalau saya pancut luar! Lagipun inikan dah 3rd time kita buat malam nie!". Adakah waktu subur setiap wanita sama? Adakah tak salah melakukan seks luar nikah? Apakah sebenarnya yang mereka fikir ketika melaukan hubungan seks luar nikah? Keseronokan? Tanggungjawap jika berlaku sesuatu diluar dugaan? "Kalau aku mengandung nanti, aku buang je baby nie!".

Bila ada suara yang nak mengajar pendidkan seks di sekolah, ada pula pekikan dari serata alam yang membantah. Katanya nanti bertambah2 teruk perangai anak2. Nanti ada saja kes buang bayi macam buang sampah. Tapi terfikirkah kita apa yang nak diajar sebenarnya? Apa motif utama pendidikan seks di sekolah? Apa visi? Apa misi? Kalau nak membantah pun, pendidikan seks ini sudah menjadi tangungjawap ibubapa sekarang. Zaman ini dah tak macam dulu2. Kalau dulu gadis2 baru nak kenal seks, rasa nak bermesra dengan pasangan berlainan jantina, sudah berkahwin. Sudah ada ikatan sah. Sudah halal. Sekarang anak baru cakap nama kawan berlainan jantina dah menjeling (bagi ibubapa prihatin). Tapi bila anak tanya pasal seks tak jawap (lagi teruk kena marah, sebab muda2 dah fikir bukan2). Anak2 pula (ikut konteks penulisan ini
F3) mula teroka seksualiti sendiri. Tanpa bimbingan dari orang yang sepatutnya. Bila dah jadi macam2 entah siapa2 yang dimarah. Cikgu sekolah kena marah(pasal tak didik anak murid betul2)! Pegawai Jabatan Agama Islam kena marah (pasal tak buat operasi cegah maksiat)! Menteri (pasal luluskan program hiburan yang pelbagai ragam)! Ibu bapa (pasal tidak prihatin masalah+kebajikan+kesusilaan anak milik persendirian)! Semua orang menuding jari kearah lain. Tiada yang memandang dimana silap diri sendiri.

Pendidkan seks di sekolah tidak salah. Tapi garis panduan asas iaitu agama perlulah kukuh, teguh, keras, tidak mudah goyah dan terurus. Disebabkan di Malaysia, Islam adalah agama majority maka ajarlah asas seks Islam kepada anak2. Ajarlah mereka lelaki dan wanita tidak boleh bergaul dalam keadaan yang mencurigakan dan menimbulkan fitnah. Ajarlah yang seks hanya halal kepada pasangan yang ada ikatan sah dari segi syarak. Ajarlah pergaulan lelaki dan wanita ada batas dalam Islam, even siblings and cousins! Ajarlah anak2 mengenai perkembangan bayi dari sebelum bersenyawanya sperma dan ovum hingga kelahiran bayi. Bagaimana bayi itu lahir dari kasih sayang dua insan bukan atas dasar keseronokan dua binatang!



p/s: Artikel ini adalah hasil telahan, pembacaan, penelitian penulis sendiri. Ia juga adalah adaptasi rasa tidak puas hati penulis terhadap golongan konservatif yang menganggap seks adalah sesuatu yang tidak perlu dipelajari. Juga untuk meluahkan pandangan penulis mengenai kurangnya pendedahan dan pendidikan seks di Malaysia. Rujukan utama, perbualan terbuka mengenai seks, dalil2 yang digunakan serta bahan bacaan lain tidak dinyatakan kerana ia adalah keinginan penulis sendiri untuk meneroka seks mengikut jalan yang betul. Ia adalah ilmu yang dicari, sama seperti orang sesat mencari jalan pulang.

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts