Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Hari Guru

16th MAY setiap tahun akan ada sambutan hari guru. Tak kisahlah kat mana. Sekolah, Institut (apa-apa), Universiti, Kolej. So selamat hari guru tuk semua guru-guru yang talah mengajar saya, telah mendidik saya, telah merotan saya, telah marah saya dan sebagainya (waktu sekolah dulu adalah sangat nakal). Tapi saya tak nak cakap pasal cerita saya dan guru serta jasa-jasa beliau. Saya nak cerita pasal 25 pelajar dan seorang guru merangkap warden asrama disekolah saya dulu.


Tersebut kisah disebuah sekolah yang mepunyai disiplin yang ketat kerana berstatus sekolah agama. Melihatkan disiplin dan peraturan yang ketat, maka adalah segelintir pelajar yang berjiwa muda, berdarah hangat dan berani mati yang cuba, berjaya, kantoi membuat onar di sekolah itu. Mereka melakukan onar ini dengan sesuka hati tanpa ada sesiapa yang tau melainkan 25 pelajar senior dari kelas yang sama (mereka semua lelaki). Dari pelajar biasa ke pustakawan ke pengawas. Dari kelas sendiri ke library, makmal komputer hingga ke kawasan-kawasan yang tidak terduga oleh sesiapa. Senang cerita mereka semua suak membuat onar dimana sahaja yang mereka dapat pergi. Adapun setiap kali perbuatan nakal ini dilakukan, hanya kumpulan kecil sahaja yang bergerak, dalam 4-6 orang.


Warden asrama merangkap guru fizik disekolah berkenaan adalah orang muda dan bergaya macho, single dan skema. Dia tak suka sesuatu yang bertentangan dengan ideologi keadilan. Jadi dia mengesyaki pelajar dari 1 kelas ini ada membuat perkara yang kurang sedap didengar dan menyakitkan mata memandang. Tapi tiada bukti kukuh yang menjurus kepada pertuduhan apatah lagi nak menjatuhkan hukuman.


25 pelajar ini amat bijak dalam menghilangkan jejak2 kerja jahat mereka. Masuk ke makmal komputer lepas waktu PREP dengan kunci yang sah. So tak dikira pecah masuk, tapi lebih kepada masuk tanpa izin selepas waktu rasmi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Mereka kantoi melakukan kerja2 jahat mereka ditangan guru fizik ini. Walaupun bukan semua 25 orang yang kantoi, tetapi dengan tertangkapnya sebilangan kecil ini telah mengecewakan banyak pihak. Tak kurang juga yang marah. 1 sekolah tahu, marah,malu. Tapi apa nak buat lagi, benda sudah terjadi.


Jadi selamat hari guru untuk semua guru. Jangan dilupa juga guru dirumah dan pengajaran dari semua guru. Mereka bagi ilmu mereka yang diwarisi dari generasi terdahulu untuk kita dan generasi mendatang.


Terkenang peristiwa silam



p/s: Ini kisah benar....Penulis adalah salah seorang dari 25 pelajar berkenaan. Kini semua 25 pelajar ini telah dewasa dan apabila mengenangkan kisah disekolah, mereka berkat "We were young and stupid then....."

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts