Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Boys, Girls, Interest, Competition

Apabila bercakap mengenai lelaki dan perempuan, memang tak nampak hujung dia kat mana. Masing-masing mengaku hebat, kuat, bijak dan cekap. Tapi apa yang pasti (jelas, nyata berbeza ikut term aku) lelaki dan perempuan adalah berbeza. Tiada yang sama melainkan mereka manusia. Tapi mereka saling melengkapi ibarat hormon dan enzim yang melengkapkan sistem2 dalam badan manusia (hohohoho). Tapi saya tak nak cakap pasal lelaki dan perempuan secara menyeluruh. Cuma nak cakap mengenai kegemaran dan saingan.

Kenapa kegemaran dan persaingan? Kalau sudah suka kenapa ada persaingan? Saya secara seriusnya tak suka perhubungan lelaki dan perempuan or teman2 rapat or family member yang ada minat dan kegemaran yang sama (in sync). Kenapa agaknya? Mungkin sebab saya tidak suka bersaing dengan orang yang rapat dan ada perhubungan. Kalau sudah ada yang minat fotografi dan sudah bergerak sebagai cameraman, saya takkan kejar perkara yag sama. Mungkin ada yang kata kalau ramai yang ada minat yang sama, senang sikit nak bercakap, berbincang dan macam lagi. Tapi kat mana variasi? Tak terfikir ke yang kita ada dalam ruangan yang sama (kalau tengok TV, macam tengok channel sama dekat TV yang berlainan dalam ruang yang berbeza). Lepas tu tak terfikir ke pasal persaingan? Mesti tak bestkan (kalau ikut contoh TV tadi, kena bayar bil elektrik untuk perkara yang boleh dibuat oleh seorang saja).

Cuba kita apply rule ini dekat pasangan (married/unmarried). Ada minat yang sama. Kebetulan pula ada peluang (kerja/pertandingan/exhibition), dan salah seorang terpilih. Dan mereka ini tahu mengenai keinginan meruap-ruap pasangan mereka. Camne nak inform pihak lain tanpa ada pihak yang terasa hati? Mesti susahkan. Cakaplah kalau boleh, camne pula dengan hubungan mereka dimasa mendatang?

Saya boleh simpulkan disini, yang ada minat yang sama tidak memungkinkan sekelompok manusia menjadi serasi tanpa ada persaingan dalaman.

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts