Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan

Ini kisah Urban Legend

Professor Achilles (bukan nama sebenar) adalah seorang insan yang bersungguh-sngguh mencari ilmu, mempelajari ilmu, mengamalkan ilmu, menyebar dan mengajarkan ilmu. Dia sangat berdedikasi dengan ilmunya menjadikan dia seorang yang disenangi ramai orang. tapi malangnya dia seorang Atheis (tiada agama) sejak lahir.

Jika dilihatkan kepada perwatakan beliau sekarang, tiada siapa menduga beliau pada asalnya adalah seorang insan biasa sewaktu zaman kanak2nya. Beliau tergolong dalam pelajar kelas ke-2 yang tidak diklasifikasikan sebagai bijak, tidak juga bodoh.

Melihatkan keistimewaan mereka yang lebih bijak darinya, membuatkan Achilles berusaha untuk menjadi bijak dan menggunakan kepandaiannya untuk masyarakat sekeliling. Berpegang kepad pepatah " Wise man read a lot " Achilles bermula dengan kerap membaca buku2 yang ditemuinya. Keinginan untuk menjadi pandai itu, akhirnya membuahkan hasil apabila Achilles mendapat tajaan pengajian yang lumayan dan menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda pada usia muda. Tapi keinginan Achilles untuk menjadi pandai telah bertukar kepada obsesi ingin mencari ilmu. Bukan ilmu yang menjurus kepada sesuatu bidang, tetapi segala ilmu yang ada. Dalam erti kata lain, Achilles ingin menjadi orang yang boleh menjawap segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Seperti insan lain, Achilles perlukan seorang teman dalam menemani perjuangannya. Achilles bertemu jodoh dengan Dr. Haruka (bukan nama sebenar), seorang pakar kimia dari timur. Juga seorang Atheis. Mereka sama2 mengejar ilmu tahap tertinggi. Sama2 mengajar dan menyebarluaskan ilmu yang mereka ada.

Suatu hari, sedang mereka berehat, mereka bebicara sesama sendiri.

Achilles: Haruka, kenapa kamu mengajar pengetahuan dan ilmu?
Haruka: Kerana, saya ingin mencari tuhan. Kamu, Achilles?
Achilles: Kerana saya ingin menjadi tuhan....

Sudah takdirnya, nyawa manusia itu adalah makhluk tuhan yang tidak kekal. Dr. Haruka dan Prof. Achilles mati. Mereka mati bersama-sama ilmu yang mereka ada. Merka mati sebagai seorang atheis. Dr. Haruka mati tanpa menjumpai tuhan yang dicari-carinya. Prof. Achilles mati sebagai manusia biasa, bukan sebagai tuhan tang diidam-idamkannya....

p/s: Ini URBAN LEGEND sahaja. Jangan ambil kisah atau berat tentang cerita ini. Cuma jadikanlah mencari ilmu pengetahuan sebagai kerja seumur hidup. Jangan apabila dah dapat ijazah kita berhenti. Dan carilah ilmu seiring dengan ketaqwaan kita kepada Tuhan. Kerana kita hanya mempelajari sebahagian ilmu Tuhan. (lain2 iktibar fikir sendiri ye....)

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts