Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Menjadi Tuhan, Mencari Tuhan - V2

Professor Achilles (bukan nama sebenar) adalah seorang insan yang bersungguh-sngguh mencari ilmu, mempelajari ilmu, mengamalkan ilmu, menyebar dan mengajarkan ilmu. Dia sangat berdedikasi dengan ilmunya menjadikan dia seorang yang disenangi ramai orang. tapi malangnya dia seorang Atheis (tiada agama) sejak lahir.

Jika dilihatkan kepada perwatakan beliau sekarang, tiada siapa menduga beliau pada asalnya adalah seorang insan biasa sewaktu zaman kanak2nya. Beliau tergolong dalam pelajar kelas ke-2 yang tidak diklasifikasikan sebagai bijak, tidak juga bodoh.

Melihatkan keistimewaan mereka yang lebih bijak darinya, membuatkan Achilles berusaha untuk menjadi bijak dan menggunakan kepandaiannya untuk masyarakat sekeliling. Berpegang kepad pepatah " Wise man read a lot " Achilles bermula dengan kerap membaca buku2 yang ditemuinya. Keinginan untuk menjadi pandai itu, akhirnya membuahkan hasil apabila Achilles mendapat tajaan pengajian yang lumayan dan menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda pada usia muda. Tapi keinginan Achilles untuk menjadi pandai telah bertukar kepada obsesi ingin mencari ilmu. Bukan ilmu yang menjurus kepada sesuatu bidang, tetapi segala ilmu yang ada. Dalam erti kata lain, Achilles ingin menjadi orang yang boleh menjawap segala persoalan yang diajukan kepadanya.

Seperti insan lain, Achilles perlukan seorang teman dalam menemani perjuangannya. Achilles bertemu jodoh dengan Dr. Haruka (bukan nama sebenar), seorang pakar kimia dari timur. Juga seorang Atheis. Mereka sama2 mengejar ilmu tahap tertinggi. Sama2 mengajar dan menyebarluaskan ilmu yang mereka ada.

Seperti kebanyakan pasangan lain, mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang sihat tubuh badan dan cukup sifat. Tahun berganti tahun. Anak mereka Troy (bukan nama sebenar) membesar menjadi seorang kanak2 yang pintar dan cerdas otak.

Suatu hari dimusim panas, Prof. Achilles, Dr. Haruka membawa Troy berkelah ditaman seperti kebanyakan keluarga yang lain. Mereka berkejaran sesama sendiri ditaman. Setelah penat mereka duduk menikmti hidangan. Troy mengamati tingkah mesra kedua ibu bapanya. Dia tahu mereka adalah bijak pandai, tapi tidak tahu kenapa mereka mahu menjadi pandai.

Troy: Mama! Ayah! Kenapa mama, ayah nak jadi pandai?
Haruka: Kenapa Troy tany camtu?
Troy: Saja nak tahu.
Haruka: Mama, nak jadi pandai sebab mama nak cari tuhan.
Achilles: Papa pula nak jadi tuhan.

Troy terdiam seketika dan berfikir....

Troy: Kalau amcam tu. Mama, ayah boleh berhenti nk jadi pandai.
Haruka & Achilles: Kenapa?
Troy: Mama, nak jadi pandai sebab nak cari tuhan. Ayah nak jadi pandai sebab nak jadi tuhan. Ayah, sebenarnya ayah sudah jadi tuhan, sebab mama sudah jumpa ayah. Mama sudah jumpa tuhan sebab mama sudah jumpa ayah. Mama, ayah nampak bahagia bila bersama.

Dr. Haruka, Prof. Achilles terdiam seketika dan tertawa serentak. Tanpa mereka sedari apa yang mereka idamkan selama ini telah tercapai. Dan insan yang menyedarkan mereka adalah darah daging mereka sendiri.


p/s: Ini kisah version aku sendiri. Aku selitkan unsur family comes first. Even kita ada cita2 sendiri, orang yang sentiasa rapat dengan kita adalah keluarga kta sendiri. Jangan dilupakan keluarga setelah kita berjaya.

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts