Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Merdeka Malaysia, Merdeka rakyat Malaysia

31 Ogos 1957
Tarikh Tanah Melayu mendapat kemerdekaan selepas dijajah selam lebih 400 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman penjajahan itu disirami darah dan air mata.

31 Ogos 2010
Usia kemerdekaan ini sudah 53 tahun.
Perjuangan membebaskan diri dari penjajahan mungkin hanya kata2 kiasan semata.
Tapi zahirnya kita masih terjajah, masih terbelenggu dengan permasalahan hasil karya penjajah.

Bagi Malaysia, merdeka itu amat bermakna.
Lepas dari penjajahan.
Lepas dari penaklukan.
Bebas mentadbir negara dengan acuan sendiri.

Tapi bagi seorang rakyat Malaysia ini, merdeka terasa kosong.
Melihatkan agamanya diperkotak-katik terus-terusan saban waktu.
Melihatkan rakyat negara sendiri tunggang-terbalik.
Melihat pemimpin berlainan teras bercakaran sesama sendiri.
Melihat tunas2 bangsa yang gugur sebelum bercambah besar.

Tertanya dia sendirian
Apakah merdeka itu membebaskan manusia itu dari segala tanggungjawapnya?
Apakah merdeka itu membolehkan mereka melakukan sesuatu tanpa ada balasan?
Dia tak tahu....
Dia ingin mengambil tahu....

Jadi selamat hari kemerdekaan ke-53 Malaysia
Dan, selamat mencari erti kemerdekaan bagi rakyat Malaysia



0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts