Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Si Perawan

Dalam perjalanan
Ku temui Si Perawan
Paras yang menawan
Tutur katanya buatku tertawan
Ku berbicara dengan Si Perawan

Katanya,
Dia insan kecil
Belum cukup ilmu di dada
Belum mahu berhenti mengejar ilmu
Belum mengenal dunia
Belum mengerti soal hati
Belum mahu mengerti cinta manusia


Katanya,
Dia insan kecil, tapi dia;
Tahu cintanya kepada PENCIPTA
Tahu ilmunya terkalah kepada YANG MAHA BIJAKSANA
Tahu perjalanannya masih jauh
Tahu perjalanannya akan terhenti mengikut kehendak 
YANG MAHA PENGAWAL & PENGAWAS
Tahu cinta manusia itu tidak kekal
Tahu ilmunya boleh menjadi bekal

Dia
Si Perawan
Membuat ku tertanya sendiri
Di mana iman-ku berdiri?

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts