**Just a mumbling**
Bila terkenang....
Al-Fikr baru2 nie, sering terfikir nak sambung belajar. Nak sambung Master. Nak sambung balik research yang tak habis diteroka. Nak terus-terusan tenggelam dalam arus persoalan ilmiah yang memaksa diri untuk terus berfikir dan menganalisis. Nak saje tengok hasil kajian yang menarik. Nak rasa puas setelah berpenat-lelah, mebuktikan yang teori Al-Fikr tepat dan terbukti secara saintifik.
Memang best bila fikirkan semua tu. Serius, perasaan semua tu tak tergambar oleh gambar2 dan kata2.
Waktu Final Year, Al-Fikr buat thesis tentang genetic alteration pada ikan keli. Biarpun waktu awal2 buat research tu rasa cam susah sangat, tapi step by step ia mematangkan Al-Fikr. Bukan semua orang yang diberi peluang untuk mengkaji keajaiban ciptaan ALLAH ditahap molekul dan sel. Kalau orang lain boleh berbangga ciptaan2 yang superb macam I-Pad, I-Pad 2 dan macam2 lagi, Al-Fikr boleh berbangga kerana dapat melihat kebesaran ALLAH mencipta makhluk.
Sewaktu bertungkus-lumus menyiapkan kajian thesis, Al-Fikr menonton secara live pembentukan embrio ikan keli. Bagaimana dari 1 sel dengan 2 set (dalam kajian thesis, AL-FIkr buat triploid so Al-Fikr tengok 3 set) kromosom membesar membentuk organisma yang dinamakan ikan keli. Memang terbaik.
Bila terkenang semua tu, memang rasa rindu. Siapa yang tak rindu kepada kesukaan sendiri. Sedangkan orang disayang dirindui, inikan pula sesuatu yang kita suka buat. Benda yang kita suka, kita yang set rule nak suka macam mana. Kita yang set rule nak buat macam mana. Siapa yang tak rindu?
Owwhhh....Cepatlah cukup duit, nak tampung pembiayaan pengajian....
p/s: jangan dikeji jika tidak memahami. jangan dicerca jika tidak mengerti....
0 critique:
Post a Comment