Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Kesayangan dan Ruang Hati

Hati manusia sangat rapuh dan terasing. 
Kalau ia tidak rapuh masakan ada orang yang pendiriannya boleh goyah dengan sesuatu yang sangat kecil.
Hati itu juga, kalau tidak terasing ia akan melumpuhkan pendirian kekar dan tegar seseorang.
Jadi hati itu rapuh, hati itu juga terasing.

Memiliki hati, bererti memiliki perasaan. Dan yang menariknya hati yang rapuh dan terasing itu boleh memuatkan bermacam jenis perasaan. Sayang, suka, terharu, benci, jelik, hina, hampa, dan macam2 lagi.

Tapi cukupkah ruang hati itu? Cukupkah?

Tak pernah cukup gamaknya. Sebab itu ada nafsu. Nafsu itu ada sebab keinginan hati. Dan bagi mereka yang tahu, pandai, terpelajar dan beramal dengan ilmu, mereka tahu bagaimana mengawal hati, sekaligus mengekang nafsu. Tapi bukan semua yang ada hati itu mapu berbuat demikian.

Kesayangan yang timbul dalam hati juga mengeluarkan persoalan yang aneh. Kerap kali tertanya, adakah hati itu mampu menampung setiap rasa sayang yang ada? Sudahlah ruang hati itu dikongsi, rasa sayang pula tak pernah nak menurun. Ruang itu makinn sempit. Makin kurang....

Penyelesaian yang mudah adalah melupakan perasaan yang ada. Menekan diri membiak didalam hati. Ya, melupakan dan melupakan. Manusia yang hidup kepada reputasi Si Pelupa. Manusia lemah yang tak mampu memberi dan menerima. Manusia yang lemah yang berharap dengan melupakan rasa sayang itu, dirinya tidak akn terluka sebab hatinya tiada ruang untuk rasa sayang. untuk membuang rasa sayang yang

Andai sahaja hati, perasaan dan nafsu itu tiada, adakah dunia ini akan jadi kebih senang?




0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts