Yooooooossshhhh.....
Senarai tuk 8 team Quarter-Final World Cup
-Germany
-Ghana
-Brazil
-Spain
-Argentina
-Paraguay
-Uruguay
-Holland
Sape lwn sape check sndiri, aku malas nk cerita....
Aku hari nie nk cerita pasal sebuah kisah yg menrik untuk direnung, di cerita kembali dan dilupakan jgn sekali.... Masih berkisar pasal World Cup, so jgn risau kerana ia tidak berat, cuma ia ringan dan berselirat....
Di suatu malam, ketika melihat kerancakan World Cup di kedai mamak, aku melihat kelibat 2 org tua yg x tau r nk ckp minat bola or saje nk minum2 malam2. So dibiarkan saje mcm batu tepi jln perihal mereka. Aku nk tngok bola kan....
Malam esoknya, 2 org tua nie dtg lagi, mcm semalam, aku buat xtau jer, sebab semalam org bersorak bila bola masuk gol, 2 org tua buat bodoh jer (even mata diorg melekat kt screen besar tmpat projector memancar). Tp, mlm nie diorg bersorak, bukan main lg. Aku fikir, maybe team diorg sokong kot. Biar r. Dan malam2 berikutnya macam tulah diorg. Either diorg duduk diam atau bersorak. Tp, aku nie agak kritis otaknya dan tajam pemerhatian, aku nmpk 2 org tua nie xsokong mane2 team, tp diorg mcm anti kepada team Portugal, Spain, Jepun, England dan Holland.
So, curiousity lvl aku naik mendadak nk tau kenapa cmtu 2 org tua nie pnye perangai. So, 1 mlm aku duduk sebelah meja diorg. Kebetulan Germany tgh lwn England. So aku betanya " Pak cik sokong team mane?"
Pak Cik A jawap " Germany, cu! Pak cik xsokong England. Diorg penah jajah Tanah Melayu
Interesting, aku cuck lg " Pak cik xsokong r Spain dgn Portugal? Diorg pun penah jajah Tanah Melayu (even xjajah secara menyeluruh, pasal Spain xpenah bertapak lama kat Tanah Melayu)."
Pak Cik B jawap " Dh tau nk tnya lg? Mesti r tak! Pak cik sokong Ghana, Ivory Coast. Diorg pun bangsa yg kena jajah gak dulu, tp tngok r dalam World Cup nie, diorg bangun nk diri sama tinggi dgn penjajah. Malaysia kat mane? Dulu2 hebat bukan main, sekarang...." Pak cik B melepaskan keluhan hampa.
Dah smpai bab cmnie, akututup mulut terus adn smbung enjoy World Cup.
Tp aku terfikir gak pasal pe yg 2 pak cik tu ckp. Maybe ada yg btol, salah, terpesong and whatnot. Tp still ia sesuatu yg bernas untuk difikirkan. Bukan nk kata negara kita mundur dan terkebelakang compare dgn negara2 overrated cam England, Jepun dll. Tp still, negara kita masih berada di lvl yg perlu digegas untuk bergegas. Masih di level kena berlaku perkara yg xdiingini baru nk prevent. Bnyk improvement tgh dibuat, tp masih bertimbun improvement yg perlu dilihat dan digerakkan.
p/s: Pak cik dlm kisah nie bkn r tua mne, maybe dlm 48-53 years old cmtu.