Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Ladies Coach

Seperti biasa, keadaan di KL ni memang padat. Dari susur jalan hingga ke tren pengangkutan awam. Manusia memenuhi segenap ruang rongga. Tetapi perjalanan perlu diteruskan, 2 pemuda sedang menunggu ketibaan tren komuter di stesen MidValley. Setibanya tren yang ditunggu, mereka, seperti mana-mana manusia lain masuk ke dalam tren yang berhenti distesen itu. Didalam tren , akibat ketiadaan tempat duduk, mereka berdiri berhampiran pintu masuk dan mula berbual. Tiada topik yang spesifik, tetapi setelah terpandang seseorang yang lebih menyerlah, seorang pemuda mula berkata kepada rakannya....

"Eh, Aku kenal awek tue!"
"Awek yang mana? Habis awek dr serata KL nie ko kenal kan"
"Serius nie. Tu, awek yang pakai tudung-tutup-tak-tutup cam Siti Norhaliza tu!"
"Ohh! Yang tu.... Menarik."
"Menarik luar je tu. Dalam aku tak tau elok ke tidak?"
"Eh, nape ko cakap camtu?"
"Ko tau kan pasal koc wanita kat belakang sana tu. Aku penah overheard dia cakap pasal koc tu. Dia cakap koc tu underestimated kaum wanita. Konon ideal nak merendahkan martabat wanita dengan mengasingkan lelaki dan wanita."
"Hahaha.... Pelik aku! Camne dia boleh fikir camtu? Bukan OK ke asing koc laki perempuan. Kurang sikit perlakuan sumbang untuk tontonan umum. Lagi, kan boleh secure wanita dari apa2 kejadian yang semua orang tak nak jadi."
"Itulah dunia. Dah ada jalan lurus nak wat detour. Dah tu jalan detour tu lak yang diperjuangkan."
"Dunia.... Dunia, berniaga manusia lebih untung dari jual ikan. Hidup penuh duri2 tajam menikam, hanya iman dan taqwa membawa ke jalan yang benar."

Kedua-dua mereka terus berbual dan sesekali tertawa. Apalagi apabila melihatkan awek bertudung ala Siti Nurhaliza itu sibuk membetulkan tudungnya yang hampir terlucut apabila tren berhenti distesen KL Central....



kat flyover stesen MidValley


Style tudung tutup-tak-tutup Siti Nurhaliza
(Gambar dari festival YOUTH'10 di PWTC)

0 critique:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts