Thanks for viewing my BLOG
Entry dibawah snap 'TALES', 'ABOUT', 'MUMBLING', 'NUKILAN HATI' adalah hak cipta terpelihara dan tidak boleh diulang cetak dimana-mana tanpa kebenaran bertulis Al-Fikr.

Review filem out of context yang meletop boleh baca kat Movie
Al-Fikr juga suka tengok Drama Amerika
Boleh tonton/dengar lagu kegemaran Al-Fikr di Playlist dan Song

Al-Fikr suka Aprillia Shiver 750.

Kegilaan Kanak-Kanak


Kanak-Kanak....Bila sebut jer perkataan ini berbagai emosi kita boleh lihat. Ada yang suka, geram, pasrah, mengamuk, sedih dan macam2 lagi.... (Al-Fikr tak suka kanak2 bawah 8 tahun).

Kanak2 ini ada kegilaan mereka yang tersendiri. Mereka meneroka dunia melalui deria mereka, dengan ilmu yang terbatas, dengan sifat ingin tahu dan tanpa mengenal bahaya atau risiko. Tapi itulah kanak2.... Mereka dengan dunia mereka sendiri....


Arrrgghhh....Aku tak suka orang tua nie!!!


Hai, Mak! Saya besar nanti nak jadi tukang cat. Adik lak nak jadi tukang solek mayat....


Dalam TV tak bagi cuba benda nie....Kalau aku try apa jadi, hah?


Aku nak buat stunt yang Tony Hawk sendiri tak pernah buat....


Doggy, Doggy....Ko jadi r kanvas aku hari nie....Parents aku tak bagi aku conteng dinding lagi....Nanti diorang tak bawa aku pegi McD lagi.

Gambar di ambil dari sini


BACA LAGI- Kegilaan Kanak-Kanak

It is LOGIC....




 Twilight-er jangan marah okay. Kalau difikirkan, perbualan ini ada logiknya....

BACA LAGI- It is LOGIC....

Hillarious Facebook Status


Artikel di ambil dari sini


 Nanti kalau kena hack jangan nak salahkan orang lain....


Kisah private jadi tak private di Facebook


 ....(no komen)


Ni belajar math kat sekolah mane ni?


Ma..langnya key],board tu3 tak?? ber00sih la''gi


Superb r ko!!


 Adoi, Mak Cik....Pergi belajar camne nak pakai Facebook dulu r....


BACA LAGI- Hillarious Facebook Status

December....Always my favourite all year


Back to December - Taylor Swift

Bulan Disember....Bulan kegemaran. Tak tahu sebab apa (maybe pasal banyak cuti / year end). Setiap tahun, Disember memang dinanti. Bukan sekadar ia bulan kelahiran Al-Fikr, tapi ia dinanti atas sebab2 yang best. Terutama sebagai momentum untuk meneruskan kejayaan gemilang sepanjang tahun ke tahun yang mendatang.

Mungkin sejak Al-Fikr kenal dunia ini, Disember memang dah dinobatkan sebagai bulan cuti dan bersantai (cuti sekolah, cuti semester, cuti perayaan, menghabiskan cuti tahunan dan lain2). Disember memang penuh keriangan. Yang menarik Disember adalah penamat tahunan yang perlu dilalui dengan cemerlang agar tahun baru tak suram dan muram. Tahun yang cemerlang perlu ditutup dengan cemerlang juga. 

BACA LAGI- December....Always my favourite all year

My birthday


Today is my birthday.... So I pray....

O Allah, bless me. Give me forgiveness as so many sins I made.
O Allah, The most Loving. Give me love so I can love.
O Allah, The most Wealth. Pour some of thou wealth unto me.
O Allah! I beseech for thou protection, guidance, redemption and salvation. Show me the right path. Bless me, my family, my friends and all Muslim wherever, whenever they are....
BACA LAGI- My birthday

ChromeCryme and Memphis


This is my new sweet heart

ChromeCryme


Hahaha....Dia adalah amat best. Model HP G42 dengan color biscotti.
Dia memang best dan....Ringan.

Jangan tak perasan yer....Wallpaper ChromeCryme adalah gambar Vampire Diaries. Oooo....How I love it.

Dan ini gambar terbaru Memphis, my PC.


Dia telah aku buka dan modified berkali-kali. Jadi kalau Memphis adalah manusia, aku rasa dia dah jadi macam Frankenstein@Cyborg cacat. Hahaha....
Tapi Memphis still bleh menjalankan kewajipannya dengan gagah berani dan perkasa. 


BACA LAGI- ChromeCryme and Memphis

Azam Baru....


Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang mencanang azam baru. Well, mesti r. Tahun baru, zaman baru, masa baru, tarikh baru. Kalo tak, baik tak payah ada tahun baru kalo semua benda nak stay jer camtu, betol tak? Azam baru, azam baru....Azam yang lama tercapai tak?

Al-Fikr tak suka cakap tentang azam baru. Bukan sebab tak pernah tercapai, cuma tak mahu terikut cara biasa untuk berazam. Setiap tahun 1 je azam yang pasti ada. Al-Firk nak jadi lebih baik dari tahun lepas, tahun sebelum tu, dan 2 tahun sebelum tu.

Yang itu di awal tahun. Sepanjang tahun tu, confirm ada 4,5 pencapaian yang Al-Firk berazam untuk capai. Tu pun kira azam gak, pasal dah berazam nak capai. Dan tahun nie 3 azam yang datang dalam perjalanan masa tahun itu sudah tercapai. Mendapat kerja selepas grad (in fact dah dapat 3 kerja), mendapat gaji lebih dari 1.3k dan dapat 1 lappy baru. So kira tahun lepas ditutup dengan kejayaan gemilang. Tahun nie tak tahu lagi. Adakah ia akan jadi lebih elok dan gemilang? Al-Fikr tak tahu....

Kalau waktu belajar dulu benda nie jelas, pointer mesti naik dari tahun ke tahun. Tapi bila dah kerja nie, nak tengok peningkatan tu susah sikit. Kalau dari segi pertambahan barang peribadi, itu memang bertambah. Tapi dari segi prestasi dan juga kecekapan? Tak tahu r nk cakap macam mana.... KPI bukan leh harap sangat, kalau tahu elemen pe yang amik kira, score kat situ dah cukup. Yang lain bleh blah.... So, Al-Fikr memang tak tahu adakah Al-Fikr cekap atau just sekadar score KPI dan tak cekap langsung

Macam mana nak jadi lebih baik dari tahun lepas kalau camnie....



BACA LAGI- Azam Baru....

Salam Maal Hijrah


Salam Tahun Baru Hijrah 1432
Bersama kita hijrah hidup dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Hijrah dari yang lama kepada yang baru
Dan hijrah kearah Iman, Taqwa yang lebih mantap....
Amin....


p/s: ini post yg ke-200. 1 benchmark yang best. Moga blog ini boleh kekal dan menyalurkan ilmu2, info2,  kepada pembacanya di tahun baru ini. Amin.


BACA LAGI- Salam Maal Hijrah

Hujan Itu Rahmat



Bila cakap tentang hujan, macam2 reaksi kita boleh tengok. Ada suka, sedih, lesu, excited dan lain2. Tapi itulah hujan. Bukan kita boleh kawal, tapi boleh dijangka. Al-Fikr pun ada macam2 persepsi pasal hujan. Tapi yang pasti ia adalah fenomena ciptaan ALLAH yang paling menakjubkan. Kenapa? Sebab hujan bukanlah sekadar proses pertukaran wap air kepada titisan air. Ia adalah proses yang lebih kompleks dan diatur dengan sempurna.

Hujan adalah proses precipitation (BM: pengumpalan keladak/kerpasan) wap air menjadi titisan air / salji / hujan batu. Bagi hujan terbentuk, lapisan atmosfera tebal yang bersuhu kurang dari dari takat didih dan tinggi dari takat lebur air. Dan partikel bebas juga diperlukan untuk memegang titisan air yang terbentuk. Partikel bebsa ini biasanya adalah debunga ataupun zarah2 halus yang bertebaran di ruang atmosfera.

Kadangkala, titisan air ini akan jatuh dahulu sebelum hujan dan terpeluwap kembali kepada wap air. Percipitation berlaku apabila titisan air ini berlanggar dan bergumpal menjadi titisan yang besar. Hanya titisan air yang besar sahaja yang akan jatuh sebagai hujan. Proses penyejukkan dan penambahan wap air juga menjadi faktor hujan turun. Ringkas kata, kawasan yang berhampiran dengan punca air seperti laut dan tasik besar serta bersuhu rendah lebih mudah hujan (Malaysia termasuk dalam kategori ini).

Titisan air ini akan jatuh dari gumpalan awan sebagai hujan. Titisan air besar ini jatuh denagn halaju tinggi dan berpecah menjadi titisan hujan kecil yang jatuh kebumi. Ringkasnya, hujan yang jatuh kebumi ini adalah titisan kecil yang berpecah dari titisan besar air diatas awan. Pembentukan salji pula berdasarkan konsep yang sama, cuma sebelum titisan air ini bercantum dan bergumpal ia telah membeku. Sebab itu salji kelihatan lapisan nipis yang rapuh atau flakes. Hujan batu sama seperti salji, cuma ia bergumpal dahulu sebelum membeku dan gugur sebagai ketulan ais besar yang tak pecah akibat halaju tinggi.


Different sizes of raindrops:
  • A) Raindrops are not tear-shaped, as most people think.
  • B) Very small raindrops are almost spherical in shape.
  • C) Larger raindrops become flattened at the bottom, like that of a hamburger bun, due to air resistance.
  • D) Large raindrops have a large amount of air resistance, which makes them begin to become unstable.
  • E) Very large raindrops split into smaller raindrops due to air resistance
Apabila jatuh kebumi, huajn ini akan mengalir ke saliran air atau diserap tanah. Tapi lambat laun air ini akan mengalir juga ke arah yang sama, iaitu  laut. Dan proses pemeluwapan berlaku lagi untuk membentuk hujan. Dapat dibayangkan yang proses pembentukan hujan ini amat unik dan berterusan. Selagi ada air, suhu tinggi untuk pemeluwapan, suhu sejuk untuk penyukan dan juga faktor2 lain, hujan akan turun. Lebat, rintik2, renyai2, hujan tetap turun. 




BACA LAGI- Hujan Itu Rahmat

Islam VS Freemason

Tajuk entry ini agak berat kan....Memang berat pun. Sebab ia  berkaitan dengan keimanan, kepercayaan, prinsip dan macam2 lagi.

Al-Fikr adalah orang yang mengejar kebenaran, bukan khayalan atau khabar angin. Bagi Al-Fikr Freemason dan yang sewaktu dengannya adalah khabar buruk yang tak tahu asal usul. Tah sape yang mula2 bincang pasal perkara nie pun Al-Fikr tak tahu. Tapi yang pasti ramai yang mengambil tahu tentang  Freemason nie. Dan fenomena nie membawa kepada 1 persoalan lain. Iaitu, kenapa diorang nak ambil tahu benda nie? Kenapa diorang taknak ambil tahu tantang Islam itu sendiri? Persoalan yang best kan.

Islam adalah agama gaya hidup. 2 sumber utama yang tak boleh diragui kebenaran dan keagungan: AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Dalam kedua-dua sumber dah terangkan banyak perkara yang boleh bawa kita lebih maju dan kehadapan. Jangan lupa pula yang ia menjamin kita ke syurga. Tapi ada orang yang lebih suka bercerita tentang bentuk papan dam yang dikatakan ada unsur Freemason. Bentuk piramid dan segitiga yang berunsur Freemason dan macam2 lagi. Rasanya, dari diorang sibuk mengkaji benda macam nie, better diorang kaji tentang kebaikan mengikut SUNNAH RASUL dalam kehidupan seharian. Paling tidak, kita menghidupkan SUNNAH di akhir zaman ini.

Mari bertanya tentang SUNNAH. Berapa ramai diantara kita yang tahu tentang jangan makan makanan darat dan laut dalam 1 hidangan, compare dengan yang tahu tentang piramid Freemason kat duit 1 dollar? Rasanya bukan semua tahu, sebab still ada yang makan tomyam campur (ayam+daging+sotong+udang). Perkara ini ada diterangkan dalam hadis. Dan secara sains pun logik juga. Sebab cas2 ion dalam daging hidupan darat dan air adalah berlainan. Kalau ikut pemerhatian pun logik gak. Daging lembu, ayam adalah daging keras yang kena kunyah banyak kali baru boleh lumat dan telan. Tapi daging ikan, udang, ketam adalah daging lembut yang boleh lumat even kita hanya kunyah 7,8 kali sahaja. Tak percaya korang boleh try sendiri. 

Jadi kenapa nak besarkan Freemason seolah-olah AL-QURAN dan AS-SUNNAH itu kecil? Dari sibuk2 cari info pasal Freemason baik kita kaji AL-QURAN dan AS-SUNNAH untuk kebaikan bersama. Dan kalau nak tahu, AL-QURAN dan AS-SUNNAH ini benar dan boleh dijelaskan melalui sains. Mungkin bukan semua (sains tak pernah dapat terangkan tentang roh), tapi still ada kebaikannya. Setidak-tidaknya kita dapat pahala dan ilmu yang benar.

p/s: Pendapat peribadi sahaja. Tiada kaitan antara hidup, mati dan yang terasa hati. Jika terasa, Al-Fikr tidak bertanggungjawap.

BACA LAGI- Islam VS Freemason

A Moment....

Dear Bloggie,

How long its been since my last entry? Ooo, I myself could not remember. But I did know, its been a long while since. 
I do apologize for what I did. But it is not my fault. It is not nobody fault. Just...How could I put the thought into words? Seems like all the word aren't enough for all.
It look like the hole is not meant to be filled with anything. Maybe it want to remain empty for all eternity. Maybe when the time is right it will be filled. Maybe....Just maybe.
OK...OK....OK....I admit that I have a new sweet heart. Yes she is just gorgeous as le arc en ciel. But that does not meant I will leave you behind like some sort of waste. No....Not in billions of seconds. Just bare with the lack of attention for a little while. I'll try to make my new sweet heart to know you better. To love you more. To share a lot of moments together....
BACA LAGI- A Moment....

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU


Al-Fikr goes for a blogwalking and come across this header several time....
First I thought, who is he? Is he somekind of superhero or something? Or maybe a guy that is so generous and willing to help someone?
So open r blog dia, rupanya abang Ben nie nak bantu bloggers baru, dan berkongsi blog yang best....

Jadi dengan semangat yang ada Al-Fikr pun join r, so....

Terima kasih sebab melawat Once upon the Rainy Day. Blog yang dipenuhi bahan2 rawak, gambar unik+rawak, cerita2 rawak.Jadi selamat datang....


BACA LAGI- JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU

Apabila GOOGLE 'berkata-kata'

Bagaimana Google berkata-kata?





lebih kurang macam nie r....

BACA LAGI- Apabila GOOGLE 'berkata-kata'

Random Snap: Jambu Air


Selalu sangat kalau Al-Fikr tunjuk gambar yang cantik2, gambar tu bukan hasil karya (?) Al-Fikr sendiri. So kali nie kita tengok gambar yang Al-Fikr tangkap sendiri. Gambar buah jambu air yang belum dipetik dan nampak sangat merah ini ditangkap dengan kamera Nikon D3100 pinjam dari orang. Gambar tak nampak dramatik, pasal bukan pro yang shoot.

BACA LAGI- Random Snap: Jambu Air

The View



Oooo....Very nice picture. 
View pokok2 yang ada frost layer kat atas daun+pokok2 time musim luruh.
To top it up, depan tasik dengan reflection. Silau mata tengok view nie....
Tapi nie, gambar dari Jepun, bukan Malaysia

Gambar ihsanBING

BACA LAGI- The View

-Doa-

 
Ya ALLAH, Ku mohon rezeki dari langit Kau turunkan, rezeki dari bumi Kau keluarkan, rezeki yang jauh Kau dekatkan, rezeki payah Kau permudahkan
 
BACA LAGI- -Doa-

Saya manusia je pun


Saya manusia....
Banyak buat silap, suka buat salah, malas, tak suka tanggungjawap dan macam2 lagi.
Tapi, saya sentiasa membaiki diri dari hari ke hari.
Janganlah fikir saya nak terus-terusan jadi yang jahat, kotor.
Saya nak juga jadi yang baik, cantik.

Kalau saya tersalah, betulkan saya.
Kalau saya terlupa, ingatkan saya.
Sebab saya manusia....
Tak akan saya jadi sempurna 100%



BACA LAGI- Saya manusia je pun

Mood Swing....


Bangun pagi, ambik towel, pergi mandi....
Habis mandi, buka lappy, browsing awal2 pagi.... (nyanyi ikut lagu famous yang tak tau tajuk ori die)

Hahahaha....Dah seminggu tak blogging.
Nie bangun awal pagi nak paergi keje, amik masa jap nak update blog nie....

Oooo....Mood swing....Mood swing....Saya berada dalam keadaan yang memungkinkan mood saya berubah macam cuaca. Berada di  keadaan yang tak berapa elok untuk mental.
Saya sangat tension sekarang nie............... (tiba2 tak tau nk tulis apa lagi.....)

 
BACA LAGI- Mood Swing....

The Social Network


The Social Network

Cerita nie adalah sangat best.... Cerita pasal Mark Zuckerberg, founder Facebook. Cerita pasal mula2 Facebook muncul dalam dunia nie. Cerita pasal jatuh, duduk, baring, bangun Mark Zuckerberg.

Serius best cerita nie....Tak tau nak cakap pe lagi, korang kena tengok dulu baru boleh feeling2....

I am CEO bitch



BACA LAGI- The Social Network

Kasut Baru saya


 Saya ada kasut baru.... Kasut skate jenama DC color Hitam Putih.
Oooo....Suka, suka, suka....




BACA LAGI- Kasut Baru saya

Banglo Untuk Dilelong



Sesapa yang nak merasa ada banglo bleh r try telefon. Harga tak mahal pun 1.5 k jer. Yang dah kerja boleh beli, yang belajar dengan duit PTPTN ke, biasiswa ke pun boleh beli. 1.5 k je. Dekat SS 16 PJ....

BACA LAGI- Banglo Untuk Dilelong

Scott Pilgrim VS The World



 Scott Pilgrim VS The World

Oooo....Apakah kegilaan ini? Dapat cuti 3 hari, selain makan, tido dan berjalan; Al-Fikr menghabiskan masa dengan menonton movie....

Semalam selain tengok The Other Guy + Youth In Revolt, Al-Fikr layan citer ni plak (lepas habis tengok Piala Malaysia). Superb gak citer nie. Memang sesuai dengan tagline die r, 'An epic of epic epicness'.

Time mula tengok tu rasa excited sangat pasal ada efek tulisan timbul (cam dalam komik). Dan layan sampai habis, memang puas tengok.

Scott (Michael Cera), mamat yang ada band (Sex Bob Omb) jumpa dengan Ramona Flowers (Mary Elizabeth Winstead). Tapi kalo Scott nie bebetol nak Ramona die kena r kalahkan Exes Ramona dulu. Bukan 1, 2 orang tapi 7 orang. Memang best r citer nie....

Hi! Saya Scott. Saya suka main PacMan. Tau tak nama asal PacMan ialah Puk-Man?

BACA LAGI- Scott Pilgrim VS The World

Youth In Revolt



Youth in Revolt

Cerita nie memang bukan love story yang sweet+romantic. Tapi nie love story  yang menjadikan korang seorang penjahat kerana cinta....

Cerita pasal Nick Twisp (Michael Cera) yang jumpa seorang gadis, Sheeni Saunders (Portia Doubleday). Memula nampak macam couple biasa, tapi Nick yang nerd kena ubah diri dia kalo dia nak couple serius dengan Sheeni. So Nick create alter ego, Francois dan mula jadi jahat sampai dia jadi buruan polis. Memang best, especially part yang Nick wat kebakaran besar+letupan kereta....

 Kalau korang rasa berbaloi jadi jahat kerana cinta, korang layan r cerita nie....


Kalau aku jadi jahat, ko nak jadi awek aku tak?




BACA LAGI- Youth In Revolt

The Other Guy



The Other Guy

Cerita nie memang sangat best. Cerita 2 polis yang cam nerd nak jadi superb dengan selesaikan kes yang superb gak. Tapi kalo dah nerd nak jadi superb confirm r ada yang 'ter' dekat sana-sini. Tapi still best pasal director Adam McKay buat gandingan yang agak pelik antara Mark Wahlberg dengan Will Farrel

Scene paling best ialah time The Rock dengan Samuel L. Jackson terjun bangunan 20 tingkat (aim for the bushes!). Memang bodoh....Will Farrel dalam citer nie jadi mamat muka nerd yang ikut arahan. Memang lain r dari mana2 watak dalam citer die yang lain.


BACA LAGI- The Other Guy

Off Day-Annual Leave-Off Day


Pe motif tajuk entry nie? Agak2 poyo jer bunyi....
Well itulah weekend Al-Fikr. Off day (Sabtu) - Annual Leave (Ahad) - Off Day (Isnin)
Bunyi cam best jer dapat cuti 3 hari (memang best pun....)

Dengan gaji yang baru masok tengahmalam tadi (check transaction online-ada tarikh+masa) dan dah bayar PTPTN pagi tadi....Dengan duit yang ada+cuti 3 hari nie, rasa cam nak enjoy jer....

Jadi mari fikir nak buat apa weekend nie? (selain tengok final Piala Malaysia+EPL)


BACA LAGI- Off Day-Annual Leave-Off Day

Ladang Anggur Idamanku


 Ladang anggur di Barossa Valley, Australia

Al-Fikr suka makan anggur. Waktu umur Al-Fikr still bawah 14, Al-Fikr pernah berangan nak ada ladang anggur sendiri. Tapi bila belajar, belajar, dan belajar lagi minat nak ada ladang anggur tu hilang. Sebab....Leceh r nak jaga ladang anggur. Ladang anggur nie, kena r luas baru cantik, sedap mata memandang. Tapi tanah kat Malaysia nie cam terhad jer. + lagi pokok anggur nie, susah nak berbuah kalau tanam kat Malaysia (pengalaman  sendiri). Tapi still best kalau ada ladang anggur sendiri....

BACA LAGI- Ladang Anggur Idamanku

Bentuk Muka Bumi


 Giant Causeway, Northern Ireland

Apa yang korang fikir bila tengok gambar nie?
Al-Fikr, camne r batu2 tu bleh ada bentuk camtu? Cantik jer susunan die....
Try nak cari internet, Al-Fikr tak tau nak type pe tuk search. Bukan tau pun pasal batu2 ke, bentuk muka bumi ke, apa je r. Sesapa yang tau bleh r share dengan Al-Fikr.... 
 
BACA LAGI- Bentuk Muka Bumi

Knowing Someone


Awak tak kenal saya....
Awak tak tahu saya....
Jadi jangan expect saya akan buat macam orang2 sekeliling saya....

Saya tak suka jadi ordinary....
Saya melatih diri saya untuk jadi rare....
Jadi jangan expect saya akan buat macam orang2 sekeliling saya....
 
BACA LAGI- Knowing Someone

Best Friend: Not-So-Great-Friend

Al-Fikr ada seorang kawan yang kalau orang tengok dari luaran (sahaja) nampak macam rapat.... Ibarat kata orang BFF (Best-Favourite-Friend)....

Tapi kebenarannya, kami bertentangan. Tak ada satu perkara pun yang menyimpulkan kami ke simpulan yang sama. Perbezaan yang jelas dan nyata.... Kami ibarat kutub magnet yang sama; saling menolak tapi masih ada nama yang sama....


Satu2 perkara yang sama antara Al-Fikr dengan kawan ini ialah kami manusia. General sangat? Memang kena general pun. Sebab kitorang tak ada persamaan langsung. Tak kisah dari aspek apa pun.

p/s: tiada kena mengena dengan sesiapa yang sudah mati.
Cuma yang hidup dan yang akan mati sahaja.
Maaf dipohon jika ada yang terasa....

BACA LAGI- Best Friend: Not-So-Great-Friend

Yellowcard - Believe

Al-Fikr sangat suka lagu nie, once....
Memang best.... Yellowcard memang best, + Sean selalu wat solo violin, BEST....

Yellowcard


p/s: video nie adalah fan made. 
Lagu Beleive tak ada V-Clip sendiri.
But, a well made video we have here.

BACA LAGI- Yellowcard - Believe

Eminem - Not Afraid



BACA LAGI- Eminem - Not Afraid

Too much to blog about, so little time I have and ....

Sekarang nie memang kurang masa nak online....Penat bekerja itu memang biasa, tapi yang jadi masalahnya adalah masa dan juga PC. Ya, masa dan PC....

Sejak bekerja shift petang nie, masa mengadap PC pundah kurang.... Balik kerja dah awal pagi, sampai rumah, mandi2, makan2, tido. Bangun2 dah tengahhari.... Siap2, pergi kerja dah.... Tah bila nak ngadap PC pun tak tau.

To top it up, I'm using somebody else PC.... It do sound bad. Really bad.... So, blog saya ibarat tertinggal di satu kawasan gersang tanpa pertambahan entry.... Too bad....

Sangat sedih, sebab ada banyak benda best untuk share dengan 1 dunia. Banyak perkara best yang perlu pandangan sedunia. Dan banyak lagi yang untuk kita sama fikir dan sebar.... ( Yes, my new tagline is 'Think & Spread' / 'Fikir & Sebar' )

But no worries, problem always have a solution. So, suck it up.... The solution will come and the problem will go....


BACA LAGI- Too much to blog about, so little time I have and ....

Lesu, Kerja dan Keinginan

Baru2 nie, Al-Fikr dah kurang update blog nie....
Sebab utama ialah Al-Fikr sekarang nie kerja shift petang dan Al-Fikr takde PC/laptop+ internet sendiri. Sedih rasa bila kena mengaku bab takde PC/laptop+ internet tu. Nak buat macam mane lagi hidup menumpang, buat r cara menumpang....

Tapi taknak cakap pun pasal hidup sekarang nie, sebab dah memang best compare dengan zaman belajar dulu. Dulu duit belanja kena catu betol2 kalo tak kena r tagih biasiswa MAMA.... Sekarang tak risau lagi, cukup bulan poket kembali penuh untuk dikosongkan....

Itu dari bright side, yang dark side adalah Al-Fikr sangat2 lesu bila dah bekerja. Yang lesu, letih tu standard r, tapi Al-Fikr punya masa untuk snap2 gambar, baca novel, main game semua dah jadi kurang. Off day jer bleh wat aktiviti camtu. Itu pun kalo bangun awal+cukup rehat. Kalo tidak....Mimpi jer.

Dah rasa lesu kerja nie, tetiba datang lak mood nak sambung belajar. Yang nie lagi 1 hal yang tak tau r nak letak kat mana.... Mencari ilmu itu kerja seumur hidup, tapi kalo dah jadi macam obses, itu dah jadi perkara lain. Sekarang tengah merangka bila boleh sambung belajar. Specialized field confirm r dalam fish breeding and genetic manipulation

Lihatlah keinginan Al-Fikr....So much, but so little time, so little effort....
Manusia tipikal, semua benda dia nak, tapi tiada masa, tiada usaha....
Oooo....Adakah Al-Fikr sudah tergolong dalam kalangan manusia tipikal ini?



BACA LAGI- Lesu, Kerja dan Keinginan

Wudda H***....?


Wudda a bored day I have today....
Just yesterday I happily go to work and suddenly today I have nothing to do just because today is off day....
What a relief (mess....?)....
I just post 2 video from youtube before and I still know nothing right at the moment....
Look like I need to get out and breath some air....



BACA LAGI- Wudda H***....?

My Chemical Romance - Disenchanted (LIVE)


Once my favorite song....
So emotional....


BACA LAGI- My Chemical Romance - Disenchanted (LIVE)

Couple - Lagu Cinta Untukmu



BACA LAGI- Couple - Lagu Cinta Untukmu

Lesu....

Huuuuuuu.... (keluhan berat)
Penat....
Lesu....
Terbeban.....
Rasa yang pasti ada jika kita sudah bekerja. Memang tak boleh lari, memang tak boleh elak....
Pelik, tapi itulah realiti....

Tapi takpe....Dunia nie luas lagi, banyak lagi peluang untuk bermula, berakhir dan maju. Yang penting, diri kita tidak beputus asa dan tidak putus berdoa untuk saat yang lebih bermakna dan bahagia dihadapan.


BACA LAGI- Lesu....

Hitman Reborn



 Gambar atas adalah dari manga Hitman Reborn karya Akira Amano.
Al-Fikr suka baca manga nie....Cerita pasal mafia, standard r kalo ada gadoh2....
Tapi yang paling menarik bagi Al-Fikr adalah style watak2 manga nie. Memang smart r. Camne Akira Amano bleh terfikir nak buat costume camtu agaknya. And, Al-Fikr suka glove dalam gambar atas sangat2. Memang best kalo dapat 1 camtu....Oooo, I want it too

BACA LAGI- Hitman Reborn

No motive


Takde motif betol hari nie....
Sampaikan title entry pun camtu....

Ufff, bosannya off day hari rabu and hari nie saje....
Sudahlah hari nie cerah, bersinar-sinar, diriku pula takde aktiviti....
Cis....
Kawan-kawan sekerja takde mood nak keluar merayau....
Yang lain kerja....
Ufffffff, bosan.....

 
BACA LAGI- No motive

Pedophile

 
Pedophilia (or paedophilia) encompasses a range of adult sexual interest in prepubertal children. As a medical diagnosis, it is defined as a psychiatric disorder in adults or late adolescents (persons age 16 and older) characterized by a primary or exclusive sexual interest in prepubescent children (generally age 13 years or younger, though onset of puberty may vary). The child must be at least five years younger in the case of adolescent pedophiles. According to the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM), pedophilia is a paraphilia in which a person has intense and recurrent sexual urges towards and fantasies about prepubescent children and on which feelings they have either acted or which cause distress or interpersonal difficulty. The International Classification of Diseases (ICD) uses a slightly wider definition, and defines pedophilia as a sexual preference for children of prepubertal or early pubertal age.
Baca lagi tentang pedophile sini



Diatas adalah serba sedikit keterangan mengenai pedophile. Kenape Al-Fikr nak cerita pasal Pedophile nie? Sebab ada makhluk yang terkenal+super pop adalah seorang pedophile....
Siapa? Dia adalah Justin Bieber....Hahahahahaha....



Nak baca lagi kisah die klik sini
BACA LAGI- Pedophile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pembaca Blog Al-Fikr

 

Browse

Photobucket

Happy Hour

Page Rank Checker
Join 4Shared Now!

Popular Posts